20 Pelepasan Cukai Individu 2018
Kini sudah sampai penghujung tahun 2018, kepada mereka yang ada kesempatan untuk memaksimunkan pelepasan yang diberi oleh LHDN, sebaik guna sepenuhnya.
Siapa yang tidak tahu pelepasan yang boleh diperolehi dan untuk anda usahakan ialah seperti dibawah:-
1) Individu dan saudara tanggungan – ➡RM9000
2) Belanja Kepada Ibu Bapa
Perbelanjaan rawatan perubatan,keperluan khas dan penjaga ibu bapa ( Keadaan kesihatan disahkan oleh pengamal perubatan) –
➡TERHAD RM5000
ATAU (Pilih salah satu)
Ibu dan Bapa
Terhad 1,500 bagi hanya seorang ibu
Terhad 1,500 bagi hanya seorang bapa
➡TERHAD RM3000
? Jumlah dibahagi sama rata dengan adik beradik yang tuntut untuk pelepasan cukai
? Pastikan anda tahu no kad pengenalan mak ayah
?Pendapatan mak atau ayah tidak melebihi RM24000/orang bagi setahun
? Umur ibu atau bapa melebihi 60 tahun
3) Peralatan Sokongan Asas (untuk individu kurang upaya, suami/isteri, anak atau ibubapa yang kurang upaya) ➡TERHAD RM6000
?Jangan lupa simpan resit
4) Individu Kurang Upaya –
➡TAMBAHAN RM6000
? Perlu dapatkan pengesahan sbg OKU
5) Yuran Pendidikan (Diri Sendiri Jer) :
(i) Peringkat selain Sarjana dan Doktor Falsafah – bidang undang-undang, perakaunan, kewangan Islam, teknikal, vokasional, industri, saintifik atau teknologi;
(ii) Peringkat Sarjana dan Doktor Falsafah – sebarang bidang atau kursus pengajian
➡TERHAD -RM7000
6) Perbelanjaan perubatan penyakit yang sukar diubati (untuk individu atau suami/isteri atau anak-anak)
ATAU
Pemeriksaan perubatan penuh (Diri sendiri, suami / isteri atau anak) – ➡TERHAD RM500
➡TERHAD KESELURUHAN RM6000
7) Gaya Hidup :
(i) Pembelian buku, jurnal, majalah, suratkhabar bercetak dan penerbitan (selain bahan bacaan terlarang) untuk diri sendiri, suami / isteri atau anak;
(ii) Pembelian komputer peribadi, telefon pintar atau tablet untuk diri sendiri, suami / isteri atau anak;
(iii) Pembelian peralatan sukan untuk aktiviti sukan mengikut Akta Pembangunan Sukan 1997 (tidak terpakai bagi jenis basikal bermotor) dan bayaran keahlian gimnasium untuk diri sendiri, suami / isteri atau anak; dan
(iv) Bayaran langganan internet
➡TERHAD RM2500
? Simpan resit ya
8) Pembelian peralatan penyusuan
➡TERHAD RM1000
9) Yuran penghantaran anak ke Pusat Asuhan Kanak-Kanak atau Pra-sekolah
➡TERHAD RM1000
10) Tabungan bersih dalam skim SSPN (Jumlah simpanan dalam tahun 2018 TOLAK jumlah pengeluaran dalam tahun 2018)
➡TERHAD RM3000
11) Suami/Isteri /Bayaran alimoni kepada bekas isteri (pasangan tidak mempunyai pendapatan atau memilih untuk istihar cukai taksiran Bersama)
➡TERHAD RM4000
12) Suami/Isteri kurang upaya
➡TAMBAHAN RM4000
13) Anak di bawah umur 18 tahun
➡TAMBAHAN RM2000 / seorang
14) Anak yang belum berkahwin dan berumur 18 tahun dan ke atas dan menerima pendidikan sepenuh masa (peringkat A-Level, sijil, matrikulasi, persediaan atau pra-ijazah)
➡TAMBAHAN RM2000 / seorang
15) Anak yang belum berkahwin dan berumur 18 tahun dan ke atas tertakluk kepada syarat-syarat berikut:
(i) mengikuti kursus di peringkat diploma dan ke atas di institusi pengajian tinggi dalam Malaysia (tidak termasuk kursus matrikulasi/pra-ijazah).
(ii) mengikuti kursus di peringkat ijazah dan ke atas di institusi pengajian tinggi luar Malaysia.
(iii) kursus dan institusi pengajian tinggi diiktiraf oleh pihak berkuasa Kerajaan yang berkaitan.
➡TAMBAHAN RM8000 / seorang
16) Anak Kurang upaya
➡TAMBAHAN RM6000 / seorang
DAN
➡Pelepasan tambahan sebanyak RM8,000 / SEORANG
? bagi anak kurang upaya berumur 18 tahun dan ke atas, belum berkahwin dan mengikuti diploma ke atas di dalam Malaysia @ peringkat ijazah ke atas di luar Malaysia dalam kursus dan di IPT yang diiktiraf oleh pihak berkuasa Kerajaan yang berkaitan.
17) Insuran nyawa dan KWSP TERMASUK tidak melalui potongan gaji
➡TERHAD RM4000
18) Skim Persaraan Swasta dan Anuiti Tertunda (Deferred Annuity) – berkuatkuasa mulai Tahun Taksiran 2012 hingga tahun taksiran 2021.
➡TERHAD RM3000
19) Insurans pendidikan dan perubatan TERMASUK tidak melalui potongan gaji
➡TERHAD RM3000
20) Caruman kepada Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO)
➡TERHAD RM250
—–
⚠Rebut peluang selagi belum capai 31 Disember 2018
#amaccgroup
#LHDN