PUNCA BISNES GULUNG TIKAR

10 Punca Bisnes Anda Gulung Tikar

Mereka yang memulakan perniagaan, kemudian gulung tikar disebabkan banyak perkara.

Begitulah dunia perniagaan. Ada bermacam-macam masalah, tetapi jika tak diselesaikan dari awal ia akan jadi masalah yang lebih besar di kemudian hari.

Penat-penat anda berniaga akhirnya terpaksa tutup syarikat!

Hari ni saya nak kongsikan 10 punca yang membuatkan bisnes anda gulung tikar

—————————————

1. Tiada matlamat / objektif

Objektif bertujuan untuk menetapkan hala tuju sesebuah syarikat dan bagi memastikan fokus utama syarikat tidak tersasar. Ini adalah perkara paling asas yang perlu ada sebelum memulakan apa-apa bisnes. Tanpa matlamat yang jelas, anda tidak akan bersemangat dan tiada motivasi untuk terus berkembang maju. 

.
2. Mengabaikan pelanggan

Perlu diingat pelanggan adalah aset besar bagi setiap perniagaan. Sesebuah perniagaan tidak mungkin mendapat keuntungan tanpa adanya pelanggan. Tanpa pelanggan bisnes yang dijalankan tidak dapat beroperasi. Kekuatan sesebuah perniagaan bukan bergantung kepada kekuatan produk atau servis semata-mata, tetapi hubungan antara syarikat dengan pelanggan juga penting. 

.
3. Tiada sasaran jualan

Sebagai usahawan anda perlu tetapkan sasaran jualan bagi bagi tempoh tertentu seperti jualan mingguan, bulanan atau suku tahunan. Pada masa sama tetapkan strategi untuk capai target jualan. Apabila jualan syarikat dibuat sambil lewa tanpa ada sasaran yang jelas, bisnes anda sukar untuk bergerak kehadapan untuk dapatkan keuntungan.

.
4. Gagal tetapkan prioriti

Terlalu banyak perancangan yang dibuat juga mendatangkan kekeliruan. Dalam setiap urusan perniagaan perlu ada prioriti, kena tahu perkara apa yang perlu diutamakan dan yang perlu didahulukan. Perlu rancang agar tenaga dan masa tidak habis sia-sia untuk perkara yang tidak menguntungkan. 

.
5. Buat sesuatu di luar bidang, kemahiran atau kepakaran

Tanpa kemahiran dan pengetahuan yang sesuai, perniagaan boleh menghadapi risiko kegagalan kerana pengurusan dan operasi perniagaan tidak dapat dikawal dengan baik.

.
6. Lemah urus kewangan

Tiada rekod duit keluar masuk, dokumen perbelanjaan tidak disimpan dengan baik, tiada bajet yang dibuat untuk operasi syarikat, dan mencampurkan urusan peribadi dengan bisnes. Ini antara masalah yang sering berlaku di luar sana. Semakin besar perniagaan anda semakin dalam ilmu yang perlu ada tahu bagaimana untuk menguruskan kewangan secara sistematik.

.
7. Penyelewengan

Inilah masalahnya apabila segala aset syarikat dianggap milik peribadi. Anda membelanjakan duit syarikat untuk kegunaan peribadi. Tidak ada amalan atau konsep pengasingan antara pemilik dan syarikat. Ini belum lagi isu penyelewengan oleh pekerja dalam urusan jualan.

.
8. Tiada pembaharuan dalam produk

Tiada pembaharuan atau sangat minima membuat R&D pada produk dikeluarkan bahkan tidak mengikut trend sesuai dengan kehendak pelanggan antara punca permintaan terhadap produk anda menurun.

.
9. Perbelanjaan overhead yang tinggi

Usahawan perlu bijak dalam meminimakan kos overhead yang dikeluarkan. Perbelanjaan overhead seperti penggunaan air, elekrik, gaji pekerja, sewa premis, bil internet dan telefon antara punca keuntungan syarikat merosot.

.
10. Modal pusingan tidak cukup

Ini antara faktor terbesar yang boleh mengakibatkan kegagalan sesebuah perniagaan. Apabila hasil jualan tidak memberangsangkan dan tiada pulangan modal dalam jangka masa yang ditetapkan.

.

Semoga bermanfaat kepada semua.

#AMS


Untuk info tentang pengurusan bisnes, saya ada didalam

1) fb pages
@amsyari shakur

2) telegram
http://bit.ly/AmsyariShakur

 

#celikbisness
#amaccgroup
#AMS


Anda memerlukan khidmat nasihat berkenaan hal-hal persyarikatan seperti percukaian, perakaunan,  pengurusan sumber manusia dan pengurusan perniagaan? Hubungi AMACC di talian 03-89208081 atau 011-57536685 (Advisory Department) atau emailkan kepada contact@amacc.com.my Lebih mudah isikan maklumat anda di sini. Kami sedia membantu.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *