URUS BISNES ANDA

URUS BISNES ANDA: KUKUH, KEKAL, KEMBANG

Kenapa penting untuk urus bisnes anda? Pengurusan bisnes amat penting untuk memastikan operasi perniagaan berjalan dengan lancar.

Ramai peniaga di luar sana, hanya fikirkan kepentingan menghasilkan duit tanpa mengambil kira pengurusan yang boleh menyebabkan ketidakstabilan dalam operasi perniagaan anda.

Banyak sebenarnya cara terbaik untuk anda urus perniagaan anda.

Dalam artikel ini saya kongsikan beberapa perkara yang mungkin anda boleh contohi

1. Tetapkan matlamat / objektif

  • Matlamat / objektif membantu menetapkan hala tuju sesebuah syarikat dan pastikan fokus utama perniagaan tidak tersasar.
  • Tanpa adanya matlamat, visi dan misi yang jelas, anda tidak akan mempunyai semangat dan bermotivasi untuk terus berkembang maju.

 

2. Sasarkan jualan / keuntungan

  • Setiap perniagaan perlu menetapkan berapakah jumlah jualan / keuntungan yang mereka ingin capai
  • Tanpa sasaran, perniagaan tidak ada motivasi untuk bergerak ke hadapan dalam usaha untuk mencapai keuntungan


3. R&D

  • Sentiasa kemaskini dan ambil tahu trend terbaru yang bersesuaian dengan kehendak pelanggan.
  • Ketahui apakah trend terbaru dan lakukan pembaharuan dalam produk / servis yang dikeluarkan
  • Kunci utama, jangan syok sendiri dengan produk / servis yang anda tawarkan


4. Kawal perbelanjaan overhead

  • Peniaga perlu bijak dalam mengawal dan meminimakan kos overhead yang dikeluarkan.
  • Contoh kos overhead : bil air, elektrik, gaji pekerja, sewa premis, bil internet dan telefon
  • Urus kewangan bisnes anda dengan baik dan sistematik


5. Tetapkan prioriti

  • Terlalu banyak perancangan yang dibuat sehingga menimbulkan kekeliruan
  • Dalam setiap urusan perniagaan perlu ada prioriti, kena tahu perkara apa yang perlu diutamakan dan yang perlu didahulukan.
  • Perlu rancang agar tenaga dan masa tidak habis sia-sia untuk perkara yang tidak menguntungkan


6. Lakukan mengikut bidang, kemahiran dan kepakaran

  • Perniagaan yang dijalankan perlulah seiring dengan kemampuan dan kemahiran yang diperolehi.
  • Tanpa kemahiran dan pengetahuan yang sesuai, perniagaan boleh menghadapi risiko kegagalan kerana pengurusan dan operasi perniagaan tidak dapat dikawal dengan sebaiknya

 

Semoga Bermanfaat.

—-

Penulisan:

HAYA NAJWA,

Advisory Executive , 
AMACC Corporate Services Sdn. Bhd.

 


#GenU
#BizMap

 

Untuk info tentang pengurusan bisnes, saya ada didalam

1) Facebook pages
@GenU

2) Telegram
@Genius Usahawan Advisory Channel

3) Instagram
@Genius Usahawan 

#amaccgroup


Anda memerlukan khidmat nasihat berkenaan hal-hal persyarikatan seperti percukaian, perakaunan,  pengurusan sumber manusia dan pengurusan perniagaan? Hubungi AMACC di talian 03-89208081 atau 011-57536685 (Advisory Department) atau emailkan kepada contact@amacc.com.my Lebih mudah isikan maklumat anda di sini. Kami sedia membantu.

 

 

ENTERPRISE DAN CUKAI

TANGGAPAN SALAH PEMILIK ENTERPRISE TENTANG CUKAI

Enterprise dan cukai: Tanggapan salah yang sering bermain di fikiran pemilik enterprise tentang cukai. 

Seringkali pemilik perniagaan enterprise beranggapan bahawa cukai tidak penting bagi mereka. Di bawah ini saya nyatakan beberapa tanggapan yang salah tentang cukai:

.

1. “Perniagaan saya baru lagi , rugi pulak tu tak payah lah hantar borang cukai”

Seperti yang anda semua sedia maklum, pemilik perniagaan enterprise perlu menghantar borang B kepada LHDN untuk melaporkan pendapatan setiap tahun. Terdapat segelintir pemilik perniagaan enterprise beranggapan bahawa jika mereka baru memulakan perniagaan dan perniagaan tersebut rugi, mereka tak perlu hantar Borang B. Tanggapan ini sememangnya salah kerana  Borang B ini ‘wajib’ dihantar oleh semua pemilik perniagaan enterprise tak kisah sama ada rugi, untung ataupun baru memulakan perniagaan. 

Jika perniagaan anda rugi sekarang ianya sebenarnya boleh di bawa ke tahun hadapan dan tolak dengan untung tahun hadapan, kalau anda tak hantar borang ini  sebenarnya merugikan diri anda sendiri. Selain itu, jika anda tidak hantar borang ini penalti juga akan dikenakan kerana anda tak melaporkan dengan betul jumlah pendapatan.

.

2. “ Tak nak saya daftar dengan LHDN nanti mesti kena bayar cukai”

Tanggapan ini ternyata salah, tak semestinya anda mendaftar LHDN anda perlu membayar cukai. Mendaftar dengan LHDN ini ialah sebenarnya tanggungjawab kita sebagai pemilik  perniagaan di Malaysia walaupun ramai yang tak setuju dengan kenyataan ini tapi itula realitinya. Kiraan cukai  sebenarnya tak sama dengan kiraan untung rugi  syarikat.

Mungkin anda tidak akan dikenakan cukai langsung kerana sudah tolak segala pelepasan yang di beri oleh LHDN. Terdapat banyak pelepasan yang diberi dimana anda boleh menggunakan pelepasan tersebut se maksima mungkin. Untuk lebih lanjut anda boleh rujuk dengan ejen cukai anda tentang pelepasan-pelepasan yang wujud.

.

3. “ Saya dah bayar zakat, buat apa nak bayar cukai lagi”

Zakat ialah undang- undang islam , manakala cukai ialah undang- undang dalam Negara. Ternyata ini adalah dua benda yang berbeza. Tapi jika anda membayar zakat perniagaan sebenarnya ini akan membantu dengan mengurangkan jumlah cukai yang akan dibayar tapi perlu menghantar  borang terlebih dahulu.

Banyak mana pun anda bayar zakat, tetapi tak bayar cukai anda masih akan dikenakan penalti terhadap kesalahan tersebut. Jadi, lagi bagus jika anda mengambil langkah selamat dengan membuat  kedua- duanya iaitu bayar zakat dan bayar cukai.


Semoga bermanfaat.


—-

Penulisan:

NUR HIDAYAH,

Account Executive , 
AMACC Corporate Services Sdn. Bhd.


#GenU
#cukai
#BizMap

 

Untuk info tentang pengurusan bisnes, saya ada didalam

1) Facebook pages
@GenU

2) Telegram
@Genius Usahawan Advisory Channel

 

#amaccgroup


Anda memerlukan khidmat nasihat berkenaan hal-hal persyarikatan seperti percukaian, perakaunan,  pengurusan sumber manusia dan pengurusan perniagaan? Hubungi AMACC di talian 03-89208081 atau 011-57536685 (Advisory Department) atau emailkan kepada contact@amacc.com.my Lebih mudah isikan maklumat anda di sini. Kami sedia membantu.

 

SYARIKAT SDN BHD

Apa yang perlu anda tahu?

Syarikat SDN BHD, perkataan yang selalu dikaitkan dengan jenis perniagaan yang banyak ditubuhkan. Ada yang telah naik taraf dari Enterprise kepada SDN BHD. Tetapi untuk naik taraf atau menubuhkan syarikat SDN BHD ada beberapa perkara yang anda perlu tahu.

Semoga bermanfaat.

 

1. Penubuhan & Pemilikan syarikat

Syarikat – Syarikat Berhad dihadkan dengan saham. Saham syarikat ini tidak boleh dijual kepada orang awam. Syarikat sendirian berhad ditubuhkan dengan matlamat untuk memperolehi keuntungan. Pemilik syarikat ini, berdasarkan akta baru boleh dimiliki oleh seorang individu. Setiap penubuhan syarikat perlu membuat pendaftaran penubuhan syarikat  kepada SSM (Suruhanjaya Syarikat Malaysia).

.

2. Pengurusan syarikat

Selalunya Pemilik syarikat sendirian berhad merupakan pemegang saham terbesar syarikat. Pemilik syarikat boleh memilih untuk terlibat atau tidak, dalam urusan syarikat. Setiap keputusan berkenaan dengan syarikat perlu mendapatkan sokongan dan dipersetujui oleh setiap ahli Lembaga Pengarah Syarikat. Ketua Pengarah Urusan merupakan ialah individu yang dilantik untuk menguruskan syarikat. Jawatan ini boleh diberikan kepada pemegang saham syarikta ataupun individu yang bukan pemegang saham.

Pengurusan syarikat SDN BHD perlu dibantu oleh Setiausaha Syarikat (Company Secretary) dalam hal-hal mengendalikan syarikat. Sekurang kurangnya seorang setiausaha perlu dilantik oleh syarikat. Setiausaha syarikat merupakan pegawai syarikat dan penasihat kepada Lembaga Pengarah Syarikat.

.

3. Risiko & keuntungan Syarikat

Syarikat SDN BHD dan pemilik syarikat merupakan dua entiti yang berasingan. Keuntungan dan kerugian syarikat tidak akan menjejaskan pemilik syarikat. Risiko yang di hadapi syarikat tidak akan mengugat hak personal pemilik syarikat. Keuntungan juga bukan sepenuhnya milik pemilik syarikat.

.

4. Cukai yang akan dikenakan

Sama seperti perniagaan dan jenis syarikat yang lain, cukai tetap akan dikenakan ke atas syarikat SDN BHD. Kesemua perbelanjaan yang terlibat dalam pendapatan sebuah Syarikat Sdn Bhd itu boleh diberi pelepasan bagi tujuan cukai pendapatan. Pelepasan cukai termasuklah faedah ke atas pinjaman yang diambil bagi modal pusingan, gaji pekerja, komputer, kereta dan yuran audit.

 

—-

Disediakan oleh:

Azzareena Syahirah,

Senior Executive, 
AMACC Corporate Services Sdn. Bhd.

Original Artikel: The Usahawan


#GenU
#Business Booster

Untuk info tentang pengurusan bisnes, saya ada didalam

1) Facebook pages
@GenU

2) Telegram
@Genius Usahawan Advisory Channel

 

#amaccgroup


Anda memerlukan khidmat nasihat berkenaan hal-hal persyarikatan seperti percukaian, perakaunan,  pengurusan sumber manusia dan pengurusan perniagaan? Hubungi AMACC di talian 03-89208081 atau 011-57536685 (Advisory Department) atau emailkan kepada contact@amacc.com.my Lebih mudah isikan maklumat anda di sini. Kami sedia membantu.

 

PKS DALAM HADAPI ‘NEW NORMAL’

Perkara yang perlu dilakukan oleh PKS dalam menghadapi New Normal

New Normal: Kesan wabak pandemik COVID-19 memaksa semua manusia mengubah rutin normal mereka. Perkara biasa yang sudah menjadi kebiasaan tidak lagi boleh dilakukan.

Kehilangan nyawa, kemerosotan ekonomi, rutin perniagaan tidak dapat dijalankan seperti biasa sehingga ada yang mungkin terpaksa menutup operasi mereka dan juga berlakunya peningkatan kadar pengangguran. Besarnya impak yang dibawa oleh wabak pandemik ini kepada seluruh dunia.

Ini jelas mempengaruhi sebahagian besar perniagaan di Malaysia terutamanya PKS. Setelah hampir 2 bulan virus ini mengganggu kehidupan kita, bagaimana kita harus bertindak balas?

Seperti yang dikatakan oleh banyak pakar, ” Kita perlu bangunkan suatu normal baru yang melibatkan semua individu, organisasi, komuniti ataupun negara ”.

Dalam artikel ini saya membincangkan tentang bagaimana seharusnya PKS bertindak balas terhadap “normal baru” dan apa perkara penting yang perlu dilakukan untuk perniagaan mereka.

Semoga bermanfaat.

….

1. Pengurusan Liquidity

Pengurusan liquidity merupakan perkara utama yang perlu dilakukan oleh perniagaan. Analisis dan perancangan liquidity yang baik akan membantu pihak pengurusan mengenal pasti dan meramal kemungkinan masalah yang mungkin berlaku dan ini boleh mengurangkan risiko masalah tersebut menjadi lebih besar.

Setelah Pakej Rangsangan Ekonomi  diumumkan oleh kerajaan Malaysia, kebanyakkan PKS telah menggerakkan rancangan krisis mereka dengan merebut sebanyak mungkin bantuan kewangan yang diberikan oleh kerajaan. Dengan Bank Negara Malaysia menurunkan kadar faedah dan kerajaan menawarkan geran dan pinjaman, apakah cara paling berkesan untuk memanfaatkan peluang yang diberi? Apakah strategi yang syarikat boleh lakukan untuk menggerakkan perniagaan mereka yang terkesan akibat krisis wabak pandemik ini.

……

2. Fokus pada Aliran Tunai Semasa Syarikat

Pemilik perniagaan harus fokus pada aliran tunai semasa. Apakah dan berapakah perbelanjaan yang boleh dikurangkan, dipotong ataupun ditangguhkan pembayaran?

Sebagai contoh,sediakan senarai pembekal utama dan bayaran kritikal yang mesti dilakukan untuk memastikan kesinambungan operasi syarikat tidak terganggu. Pada masa yang sama, lihat juga bahagian mana yang boleh menjimatkan perbelanjaan, misalnya, batalkan pesanan jika lihat permintaan telah menurun.

Sekiranya boleh, mereka harus mengenalpasti lebihan modal kerja dan membuat inisiatif untuk menukarkannya menjadi tunai dengan cepat.

……

3. Lihat tenaga kerja syarikat

Pekerja adalah aset terbesar syarikat, dan sekarang ini, pekerja anda mungkin sedang risau dengan pekerjaan dan keselamatan masa depan mereka. Di sini, masalah liquidity yang terjadi menyebabkan banyak syarikat mempertimbangkan pemberhentian pekerja.

Cabaran ekonomi yang dihadapi adalah nyata, dan sebilangan perniagaan tidak dapat mengelak daripada perkara ini terjadi.

Kepimpinan yang bagus dapat menyampaikan dengan jelas dan teratur langkah-langkah yang perlu mereka ambil untuk melindungi semua pihak. Tentukan aktiviti pekerjaan yang kritikal yang masih dapat beroperasi, dan menentukan siapa yang boleh melakukan pekerjaan ini dan pekerja mana dalam seluruh organisasi punyai kemahiran untuk membantu lakukannya.

……

4. Semak ketersediaan rantaian bekalan (Supply Chain)

Pemilik perniagaan perlu menilai secarai realistik ketersediaan rantaian bekalan dan permintaan. Memandangkan ekonomi dunia yang perlahan, tetapi mereka perlu jua membuat rancangan untuk mengaktifkan semula pesanan setelah sekatan pergerakaan ditarik balik dan permintaan mulai meningkat.

……

5. Menganalisis status kewangan perniagaan

Perkara ini merupakan langkah penting untuk bertahan dalam krisis. Tanpa ada bimbingan yang betul, anda mungkin membuat keputusan yang salah. Dapatkan nasihat pakar mengenai status perniagaan anda sekarang. 

Tidak perlu malu dan sembunyikan status kewangan anda. Anda mungkin terkejut apabila sedar bahawa beban yang ditanggung berkurangan setelah kongsikan dengan yang pakar.

Mempunyai pasukan pengurusan krisis yang berdedikasi juga membantu mengurangkan beban pemilik perniagaan. Ini mampu meringankan beban minda dan tenaga pemilik perniagaan dan mereka boleh fokus kepada isu-isu penting yang lain.

Ingat, jika pemilik perniagaan hanya memfokuskan diri melawan kebakaran, kebakaran akan mendahului, dan pada waktu itu tidak ada perkara lain yang dapat dilakukan!

……

Mengamati model perniagaan baru tidak akan membahayakan perniagaan anda. Model perniagaan anda sekarang mungkin tidak relevan lagi dengan ‘New Normal’. Mungkin ianya sementara dan mungkin juga ianya kekal.

Ingat, kunci kejayaan adalah persiapan, ketangkasan, data yang tepat dan kesediaan untuk merealisasikan idea yang baik. Sememangnya tidak mudah untuk meninggalkan kebiasaan. Tidak mudah untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran baru atau menggunakan sumber yang tidak biasa, tetapi semua ‘pejuang’ tahu bahawa pesimisme dan ketidakpastian merugikan anda pada saat ini.

Walaupun ancaman datang daripada banyak pihak, dengan kekuatan dan tekad yang ada, kita dapat mencapai matlamat kita. Kombinasi tenaga dan kecerdasan  serta keseimbangan antara emosi dan akal, etika, keupayaan membuat strategi baru berdasarkan pengalaman, semangat kepimpinan, kesedaran kekuatan yang ada dalam kerja berpasukan adalah fator kritikal untuk kejayaan perniagaan. 

—-

Penulisan:

NOR FARHANA,

Account Manager, 
AMACC Corporate Services Sdn. Bhd.

 


#GenU
#Business Booster

Untuk info tentang pengurusan bisnes, saya ada didalam

1) Facebook pages
@GenU

2) Telegram
@Genius Usahawan Advisory Channel

#amaccgroup
#LHDN
#cukaisyarikat


Anda memerlukan khidmat nasihat berkenaan hal-hal persyarikatan seperti percukaian, perakaunan,  pengurusan sumber manusia dan pengurusan perniagaan? Hubungi AMACC di talian 03-89208081 atau 011-57536685 (Advisory Department) atau emailkan kepada contact@amacc.com.my Lebih mudah isikan maklumat anda di sini. Kami sedia membantu.