URUS BISNES ANDA: KUKUH, KEKAL, KEMBANG
Kenapa penting untuk urus bisnes anda? Pengurusan bisnes amat penting untuk memastikan operasi perniagaan berjalan dengan lancar.
Ramai peniaga di luar sana, hanya fikirkan kepentingan menghasilkan duit tanpa mengambil kira pengurusan yang boleh menyebabkan ketidakstabilan dalam operasi perniagaan anda.
Banyak sebenarnya cara terbaik untuk anda urus perniagaan anda.
Dalam artikel ini saya kongsikan beberapa perkara yang mungkin anda boleh contohi
—
1. Tetapkan matlamat / objektif
- Matlamat / objektif membantu menetapkan hala tuju sesebuah syarikat dan pastikan fokus utama perniagaan tidak tersasar.
- Tanpa adanya matlamat, visi dan misi yang jelas, anda tidak akan mempunyai semangat dan bermotivasi untuk terus berkembang maju.
2. Sasarkan jualan / keuntungan
- Setiap perniagaan perlu menetapkan berapakah jumlah jualan / keuntungan yang mereka ingin capai
- Tanpa sasaran, perniagaan tidak ada motivasi untuk bergerak ke hadapan dalam usaha untuk mencapai keuntungan
3. R&D
- Sentiasa kemaskini dan ambil tahu trend terbaru yang bersesuaian dengan kehendak pelanggan.
- Ketahui apakah trend terbaru dan lakukan pembaharuan dalam produk / servis yang dikeluarkan
- Kunci utama, jangan syok sendiri dengan produk / servis yang anda tawarkan
4. Kawal perbelanjaan overhead
- Peniaga perlu bijak dalam mengawal dan meminimakan kos overhead yang dikeluarkan.
- Contoh kos overhead : bil air, elektrik, gaji pekerja, sewa premis, bil internet dan telefon
- Urus kewangan bisnes anda dengan baik dan sistematik
5. Tetapkan prioriti
- Terlalu banyak perancangan yang dibuat sehingga menimbulkan kekeliruan
- Dalam setiap urusan perniagaan perlu ada prioriti, kena tahu perkara apa yang perlu diutamakan dan yang perlu didahulukan.
- Perlu rancang agar tenaga dan masa tidak habis sia-sia untuk perkara yang tidak menguntungkan
6. Lakukan mengikut bidang, kemahiran dan kepakaran
- Perniagaan yang dijalankan perlulah seiring dengan kemampuan dan kemahiran yang diperolehi.
- Tanpa kemahiran dan pengetahuan yang sesuai, perniagaan boleh menghadapi risiko kegagalan kerana pengurusan dan operasi perniagaan tidak dapat dikawal dengan sebaiknya
Semoga Bermanfaat.
—-
Penulisan:
HAYA NAJWA,
Advisory Executive ,
AMACC Corporate Services Sdn. Bhd.
#GenU
#BizMap
Untuk info tentang pengurusan bisnes, saya ada didalam
1) Facebook pages
@GenU
2) Telegram
@Genius Usahawan Advisory Channel
3) Instagram
@Genius Usahawan
#amaccgroup
Anda memerlukan khidmat nasihat berkenaan hal-hal persyarikatan seperti percukaian, perakaunan, pengurusan sumber manusia dan pengurusan perniagaan? Hubungi AMACC di talian 03-89208081 atau 011-57536685 (Advisory Department) atau emailkan kepada contact@amacc.com.my Lebih mudah isikan maklumat anda di sini. Kami sedia membantu.
Add a Comment