Untung Tak Mengambarkan Baki Bank & Tunai Banyak

Kepada pemilik bisnes, jangan anggap untung syarikat itu sebagai baki akaun bank anda. Ramai pemilik perniagaan salah faham tentang ni.

Contoh

Megah Enterprise dimiliki Encik A, beniaga kasut di uptown dan pasar malam. Tak asingkan belanja peribadi dan bisnes, Encik Ali selalu guna kad atm bisnes @ duit akaun bank syarikat untuk perbelanjaan peribadi.

Apa masalahnya?

1. Boleh sebabkan baki tunai tidak cukup

2. Meyebabkan anda berhutang dengan pihak ke 3 @ pembekal

3. Boleh menyebabkan cukai tinggi dan sukar untuk bayar

—-

Dekat sini apa kesan akan berlaku pada perniagaan?

1. Baki bank tak cukup nak bayar pembekal, disebabkan sudah terlebih guna untuk perbelanjaan lain

2. Syarikat selalu tidak cukup duit dan sukar untuk majukan bisnes sebab kekurangan wang

3. Cukai boleh tinggi disebabkan banyak belanja tidak dapat dikesan dan dibenarkan

4. Boleh sebabkan pemilik syarikat pening bila nak mengadap auditor dan cukai

—-

Cadangan yang boleh dibuat;

1. Asingkan akaun bank perniagaan dan peribadi

2. Ambil sebagai gaji untuk perbelanjaan peribadi atau untuk komitmen, elak keluar dari syarikat tanpa kawalan

3. Wujudkan rekod aliran tunai dan rekod hutang untuk ketahui jumlah sebenar boleh dibelanja

atau

4. Guna sistem akaun yang boleh kawal untuk lebih mudah dan cepat

Semoga Bermanfaat.

 

“DAPATKAN ILMU2 BISNES SECARA PERCUMA DARI MENTOR2 USAHAWAN YANG BERPENGALAMAN DARI PELBAGAI BIDANG BISNESS + PERCUMA TEMPLATE PENGURUSAN DUIT BISNES BERNILAI RM97 SEKARANG!” ?

WEBSITE:

https://geniususahawan.com/

JOIN OUR FACEBOOK GROUP: Circle Genius Usahawan

https://www.facebook.com/groups/395348818323634

JOIN OUR TELEGRAM GROUP:

https://t.me/geniususahawanadvisory

 

.

#GenU

#MaxCashReserve 

#KonvensyenGeniusUsahawan

#Ceoflix

#FinacialSwagger

4 Jenis Pendapatan Penggajian

Semua yang layak bayar cukai tahu, yang salah satu pendapatan yang perlu diisytihar adalah pendapatan penggajian.

Tapi ramai yang tak tahu dan tak faham, yang pendapatan penggajian ni ada jenis-jenisnya yang wajib diisytiharkan sekali dan bukan gaji bulanan yang diterima itu saja.

Berikut merupakan pendapatan penggajian yang dikenakan cukai;

1. Tunai atau sesuatu yang boleh ditukar kepada tunai:-

– Gaji, bonus, yuran pengarah, komisen, elaun, perkuisit, ganjaran dan lain-lain

2. Manfaat berupa barangan (benefit in kind)

– Kereta, telefon bimbit, pemandu, orang gaji dan lain-lain

3. Manfaat kediaman – yang disediakan oleh majikan

4. Pampasan – yang diterima kerana diberhentikan

Pastikan anda semak dan isytihar semua pendapatan yang anda terima untuk elakkan masalah kurang lapor terjadi.

Majikan pun kena alert, adakah jumlah yang diterima pekerja ini layak untuk dikenakan Potongan Cukai Bulanan. Kalau ya, majikan perlulah ambil langkah dengan membuat potongan cukai bulanan berdasarkan gaji pekerja anda.

 

Semoga Bermanfaat.

 


“DAPATKAN ILMU2 BISNES SECARA PERCUMA DARI MENTOR2 USAHAWAN YANG BERPENGALAMAN DARI PELBAGAI BIDANG BISNESS + PERCUMA TEMPLATE PENGURUSAN DUIT BISNES BERNILAI RM97 SEKARANG!” ?

WEBSITE:

https://geniususahawan.com/

JOIN OUR FACEBOOK GROUP: Circle Genius Usahawan

https://www.facebook.com/groups/395348818323634

JOIN OUR TELEGRAM GROUP:

https://t.me/geniususahawanadvisory

 

.

#GenU

#MaxCashReserve

#KonvensyenGeniusUsahawan

#Ceoflix

#FinacialSwagger

Tunai = Jantung Perniagaan

‘80% bisnes gagal adalah disebabkan tiadanya pengurusan aliran tunai dalam perniagaan’

Kajian dapati, antara faktor terbesar kegagalan sesebuah perniagaan sebab tak adanya kawalan tunai dalam perniagaan.

Bila tak ada kawalan tunai dalam perniagaan, kita tak dapat menentukan keupayaan tunai bagi menjalankan operasi perniagaan. Kita tak boleh hanya bergantung pada jumlah jualan, sebab jumlah jualan tak menentukan keupayaan tunai kita yang sebenarnya.

Macam mana nak kawal tunai perniagaan kita?

Salah satu cara yang boleh dibuat adalah dengan menyediakan belanjawan tunai (Budget) untuk perniagaan anda. Budget ini berkaitan dengan aliran duit masuk & duit keluar perniagaan.

Boleh digunakan sebagai alat untuk mengawal dan menguruskan penggunaan tunai perniagaan supaya tak salah belanja ke perkara yang tak perlu.

.

Antara kepentingan belanjawan tunai:

a. Menentukan keupayaan tunai bagi menjalankan operasi perniagaan pada masa akan datang

b. Menganggarkan penerimaan tunai agar strategi dan pemberian kredit yang tepat dapat dilaksanakan.

c. Merancang untuk pembelian asset dan pelaburan jika terdapat lebihan tunai

d. Boleh mengambil tindakan awal jika menghadapi kekurangan tunai

e. Menunjukkan jangkaan kedudukan kewangan syarikat.

 

Semoga Bermanfaat.

 


“DAPATKAN ILMU2 BISNES SECARA PERCUMA DARI MENTOR2 USAHAWAN YANG BERPENGALAMAN DARI PELBAGAI BIDANG BISNESS + PERCUMA TEMPLATE PENGURUSAN DUIT BISNES BERNILAI RM97 SEKARANG!” ?

WEBSITE:

https://geniususahawan.com/

JOIN OUR FACEBOOK GROUP: Circle Genius Usahawan

https://www.facebook.com/groups/395348818323634

JOIN OUR TELEGRAM GROUP:

https://t.me/geniususahawanadvisory

 

.

#GenU

#MaxCashReserve

#KonvensyenGeniusUsahawan

#Ceoflix

#FinacialSwagger

7 Perkara Asas Business Owner Diminta Berfikir Sebelum Bertindak

Bila kita jadi Business Owner atau bahasa senangnya, pemilik bisnes ni, banyak perkara yang kita perlu tahu dan bijak dalam membuat keputusan.

Perkara Asas Business Owner Diminta Berfikir Sebelum Bertindak

1) Bila diajar untuk kurangkan cukai, tapi tanpa tahu risiko dan apa dokumen yang perlu wujud.

.

2) Ambil dividen tanpa tahu syarat yang ditetapkan dan tahu kekuatan duit syarikat akan datang.

.

3) Beli kenderaan atas nama syarikat, tanpa tahu kesan pada cukai individu atau pada syarikat.

.

4) Beli aset atas nama syarikat tanpa tahu kekuatan tunai dan kelebihannya untuk syarikat.

.

5) Diminta untuk tingkatkan jualan tanpa fikir berapa keuntungan yang patut anda sasarkan.

.

6) Berbelanja untuk kurangkan cukai tanpa ketahui kelebihan ada cash reserved pada mata bank dan pelabur.

.

7) Buka syarikat Sdn Bhd tanpa ketahui kekuatan syarikat dan keperluan ke Sdn. Bhd.

 

Semoga Bermanfaat.

 


“DAPATKAN ILMU2 BISNES SECARA PERCUMA DARI MENTOR2 USAHAWAN YANG BERPENGALAMAN DARI PELBAGAI BIDANG BISNESS + PERCUMA TEMPLATE PENGURUSAN DUIT BISNES BERNILAI RM97 SEKARANG!” ?

WEBSITE:

https://geniususahawan.com/

JOIN OUR FACEBOOK GROUP: Circle Genius Usahawan

https://www.facebook.com/groups/395348818323634

JOIN OUR TELEGRAM GROUP:

https://t.me/geniususahawanadvisory

 

.

#GenU

#MaxCashReserve 

#KonvensyenGeniusUsahawan

#Ceoflix

#FinacialSwagger

Bila Berduit, Jangan Lupa 11 Perkara

Sebagai insan biasa, normal jika kita berasa gembira dan lapang hati bila duit bukan lagi menjadi masalah kita. Bila berduit ni, apa saja yang kita mahu dan perlukan bukan lagi menjadi satu masalah.

.

Tapi sebagai pemilik bisnes dan sebagai seorang usahawan janganlah anda sesekali lupakan 11 perkara ini bila anda mempunyai duit yang banyak;

1) Jangan lupa kita menjalankan tanggungjawab kita pada Allah swt, iaitu berzakat dan membantu orang yang memerlukan.

.

2) Jangan lupa hubungan kita dengan pembekal (supplier), bank atau sesiapa creditors. Maksudnya jangan kita lupa hutang pada mereka. Bayarlah hutang jika sudah mengguna servis atau sudah berjaya menjual produk mereka .

.

3) Jangan lupa bahawa anda perlu melakukan beberapa pematuhan (compliances) seperti cukai, Kastam, SSM dan lain-lain badan berkanun yang diberi tanggungjawab untuk mendapat hasil dari perniagaan. Agar kita sentiasa dapat melakukan perniagaan dengan baik dan harmoni.

.

4) Jangan lupa saat kita berada diatas, kita boleh berada dibawah. Maka sentiasa ingat bila kita berduit, ada masa kita boleh tiada duit. Maka perlunya kita punyai kekuatan reserved untuk hadapi segala kemungkinan yang bakal berlaku akan datang.

.

5) Saat kita berduit, jangan kita lupa pada staff dan pasukan yang bersama dalam menaikkan dan mengurus perniagaan anda. Maka jangan lupa untuk mempunyai beberapa amaun atau peruntukan untuk mereka.

.

6) Jangan lupa bahawa produk dan servis perlu sentiasa ditingkatkan untuk bersedia dengan pesaingan yang wujud. Maka jangan lupa untuk sentiasa lakukan development pada produk dan servis anda ada, supaya tidak ketinggalan dengan perubahan persekitaran, teknologi dan persaing.

.

7) Mantapkan sistem yang perlu wujud dalam syarikat anda, seperti sistem CRM (Customer Relationship Management), sistem penerimaan duit (ecommerce), sistem kawalan pekerja dan banyak lagi. Untuk mewujudkan kestabilan dan kecekapan dalam proses perniagaan kita

.

8) Belilah aset yang dapat meningkatkan produk dan servis kita. Bukan hanya beli aset yang untuk tunjukkan kekuatan individu atau syarikat, sebagai contoh mustang atau velfire.

.

9) Tambahkan duit anda dengan melakukan beberapa pelaburan. Pelaburan ini ada yang low risk dan high risk. Maka dalam keadaan begini, anda kena tahu pelaburan yang terbaik untuk dilakukan.

.

10) Sebelum kita kehilangan semua yang kita bina. Pastikan anda laburkan sedikit untuk pastikan perniagaan anda tidak alami masalah jika berlaku kejadian seperti kematian keyman (orang utama yang menjalankan perniagaan), masalah dalaman (antara shareholder atau director).

Maka anda perlu sentiasa mempunyai persediaan seperti ambil takaful/insurans, wasiat, hibah dan upah lawyer untuk perjanjian.

.

11) Selain anda ambil gaji secara bulanan. Bila ada duit dan anda ingin reward diri anda, ambillah dalam bentuk dividen atau reward dalam bentuk bonus. Raikan diri anda selepas bisnes anda mempunyai kejayaan atau perolehi keuntungan.

 

Semoga Bermanfaat.

 

 


“DAPATKAN ILMU2 BISNES SECARA PERCUMA DARI MENTOR2 USAHAWAN YANG BERPENGALAMAN DARI PELBAGAI BIDANG BISNESS + PERCUMA TEMPLATE PENGURUSAN DUIT BISNES BERNILAI RM97 SEKARANG!” ?

WEBSITE:

https://geniususahawan.com/

JOIN OUR FACEBOOK GROUP: Circle Genius Usahawan

https://www.facebook.com/groups/395348818323634

JOIN OUR TELEGRAM GROUP:

https://t.me/geniususahawanadvisory

 

.

#GenU

#MaxCashReserve

#KonvensyenGeniusUsahawan

#Ceoflix

#FinacialSwagger

5 Kelebihan Syarikat Sdn Bhd Yang Anda Perlu Tahu

Ada beberapa perubahan yang berlaku pada Akta Syarikat 2016. Perubahan ini masih ramai yang tidak tahu dan gunakan. Selain perubahan pada akta syarikat 2016 ini.

Terdapat juga perubahan pada Penjana, dimana ada beberapa kelebihan untuk mereka yang buka Sdn Bhd.

.

1) Menurut akta yang baru, anda boleh buka Sdn Bhd dengan sendiri. Hanya perlu ke SSM dan lakukan proses untuk buka Sdn Bhd. Cuma anda kena tahu, dalam masa sebulan selepas anda buka/daftar anda perlu cari setiausaha syarikat.

.

2) Pembayaran untuk buka Sdn Bhd kini tidak mahal seperti sebelum ini, dimana sebelum ini harga buka Sdn Bhd bergantung kepada nilai modal dibenarkan.

Sejak wujudnya akta baru ni, modal dibenarkan tidak lagi wujud. Kos pembukaan paling maksimun sepatutnya dalam RM3000.

.

3) Dulu buka Sdn Bhd perlukan 2 orang untuk jadi shareholder atau pengarah syarikat. Kini seorang pengarah atau seorang pemegang saham pun dah boleh diluluskan.

Oleh kerana sebelum ini, banyak sangat kes syarikat yang tidak dapat ditutup sebab salah seorang pemegang saham dan pengarah tidak bagi kerjasama atau MIA (missing in action)

.

4) Mesyuarat tahunan atau Annual general Meeting (AGM) tidak wajib dilakukan, sebelum ini AGM menjadi kemestian, tapi kina bergantung pada keputusan pemegang saham.

.

5) Dulu, apa pun situasi syarikat anda, wajib membuat laporan audit untuk dihantar ke SSM. Kini Ada 3 situasi anda tidak perlu buat audit;

a) Dormant

– Dimana syarikat tidak melakukan sebarang aktiviti dalam syarikat termasuk melakukan perbelanjaan gaji. Selain lakukan perbelanjaan wajib seperti secretary fees, audit dan lain-lain.

b) Zero revenue

– Syarikat yang tidak mempunyai pendapatan pada tahun kewangan semasa dan 2 tahun kewangan sebelumnya

– Jumlah asset dalam Penyata Kewangan (Financial Statements) semasa tidak melebihi RM300,000 dan juga dalam Penyata Kewangan dua tahun kewangan sebelumnya

c) Threshold Qualified

– Jumlah pendapatan yang diperolehi tidak melebihi RM100,000 pada tahun kewangan semasa dan untuk 2 tahun kewangan terakhir sebelumnya

– Jumlah asset dalam Penyata Kewangan semasa tidak melebihi RM300,000 dan dalam Penyata Kewangan untuk 2 tahun sebelumnya

– Pekerja tidak melebihi daripada 5 orang pada tahun kewangan semasa dan untuk 2 tahun kewangan sebelumnya

 

Semoga Bermanfaat.

 

 


“DAPATKAN ILMU2 BISNES SECARA PERCUMA DARI MENTOR2 USAHAWAN YANG BERPENGALAMAN DARI PELBAGAI BIDANG BISNESS + PERCUMA TEMPLATE PENGURUSAN DUIT BISNES BERNILAI RM97 SEKARANG!” ?

WEBSITE:

https://geniususahawan.com/

JOIN OUR FACEBOOK GROUP: Circle Genius Usahawan

https://www.facebook.com/groups/395348818323634

JOIN OUR TELEGRAM GROUP:

https://t.me/geniususahawanadvisory

 

#GenU

#MaxCashReserve

#KonvensyenGeniusUsahawan

#Ceoflix

#FinacialSwagger

Cukai Tinggi: Kutipan & Kawalan Debtors Tidak Dijaga.

Antara masalah yang sering berlaku dalam syarikat, tidak menjaga kutipan dan kawalan penghutang (debtors) dengan betul. Akhirnya, ramailah senarai penghutang dalam syarikat.

Macam mana boleh terjadi masalah ini? Antara sebabnya ialah;

1) Tidak membuat invois yang betul atau tepat

2) Tidak kemaskini penyata kewangan syarikat

3) Tidak mempunyai atau kekurangan pekerja dibahagian admin untuk buat kutipan (collection)

Masalah ini boleh menyebabkan anda membayar cukai yang tinggi tanpa ada tunai yang cukup. Bayaran belum diterima daripada penghutang (debtors), tapi rekod jualan ada.

Bukan sekadar itu, syarikat anda juga boleh alami masalah pembayaran pada pembekal dan gaji pekerja. Lebih menyusahkan ialah syarikat anda tidak boleh membuat perancangan seterusnya.

Jagalah kutipan dan kawalan penghutang (debtors) anda dengan betul untuk kebaikkan bisnes anda.

 

Semoga Bermanfaat.

 


“DAPATKAN ILMU2 BISNES SECARA PERCUMA DARI MENTOR2 USAHAWAN YANG BERPENGALAMAN DARI PELBAGAI BIDANG BISNESS + PERCUMA TEMPLATE PENGURUSAN DUIT BISNES BERNILAI RM97 SEKARANG!” ?

WEBSITE:

https://geniususahawan.com/

JOIN OUR FACEBOOK GROUP: Circle Genius Usahawan

https://www.facebook.com/groups/395348818323634

JOIN OUR TELEGRAM GROUP:

https://t.me/geniususahawanadvisory

 

.

#GenU

#MaxCashReserve

#KonvensyenGeniusUsahawan

#Ceoflix

#FinacialSwagger

Belanja EPF Boleh Kurangkan Cukai?

Tapi…

Tidak untuk caruman Pemilik Enterprise @ (Pemilik Tunggal dan Perkongsian)

Belanja caruman EPF memang merupakan perbelanjaan perniagaan. Tapi hanya CARUMAN PEMILIK PERNIAGAAN SAHAJA dianggap sebagai perbelanjaan yang tidak dibenarkan dalam kiraan cukai bagi perniagaan tersebut (kecuali Sdn Bhd).

Kenapa?

Ini kerana dalam entiti tersebut (kecuali Sdn Bhd dan Bhd), ia dianggap bukan entiti berasingan. Dalam kata lain Enterprise tersebut merupakan mewakili pemilik.

Disebabkan itu, kiraan cukai untuk enterprise, jika ada caruman EPF untuk pemilik. Ianya dianggap sebagai simpanan.

Bagaimana dengan pelepasan individu?

Untuk pelepasan individu, potongan/pelepasan hanya dibenarkan untuk bahagian caruman pekerja saja. Tidak untuk caruman majikan.

..

Semoga Bermanfaat.

 


” DAPATKAN ILMU2 BISNES SECARA PERCUMA DARI MENTOR2 USAHAWAN YANG BERPENGALAMAN DARI PELBAGAI BIDANG BISNESS + PERCUMA TEMPLATE PENGURUSAN DUIT BISNES BERNILAI RM97 SEKARANG!” ?

 

WEBSITE:

https://geniususahawan.com/

JOIN OUR FACEBOOK GROUP: Circle Genius Usahawan

https://www.facebook.com/groups/395348818323634

JOIN OUR TELEGRAM GROUP:

https://t.me/geniususahawanadvisory

.

#GenU
#MaxCashReserve
#KonvensyenGeniusUsahawan
#FinacialSwagger

Kenapa perlu fikir untung, selain jualan?

Terdapat 5 sebab saya katakan perniagaan perlu fikir untung dan bukan saja hanya fokuskan pada jualan.

.

1) Jualan bukan tunjukkan kekuatan syarikat dalam perniagaan. Memang ia nampak indah di mata para usahawan. Tapi ianya boleh jadi sia-sia jika tidak kita tak ketahui berapa % untung yang dapat. Malah jadi cerita sembang jika ia rugi.

.

2) Melalui untung kita boleh elak dari masalah tunai tidak cukup. Jika bijak dalam pasti untung adalah dalam bentuk tunai. Ia sebenarnya boleh bantu perniagaan untuk dalam membuat keputusan seperti nak belanja marketing dan beli aset.

.

3) Bagi Sdn Bhd untung yang wujud memang ada cukai yang perlu dibayar. Cuma jangan lupa, untung selepas cukai boleh kita ambil sebagai dividen untuk mereka dalam Sdn Bhd (jika penuhi beberapa syarat). Dividen yang diterima tidak dikenakan cukai pada individu.

.

4) Untung boleh bantu perniagaan dan syarikat, untuk ada peluang dapat pinjaman. Makin kuat untung yang wujud untung, makin kuat peluang untuk ada pinjaman. Majoriti bank akan pandang keuntungan syarikat selama 2 tahun.

.

5) Melalui untung, barulah kita boleh fikirkan mempunyai cash reserve. Seperti saya katakan sebelum ni cash reserve sangat penting, dalam kehidupan peribadi kita pun perlu wang untuk teruskan kehidupan. Begitu juga dalam kehidupan perniagaan, perlu ada tunai untuk teruskan perjalanan perniagaan.

.

Apa-apa pun, tindakan untuk naikkan jualan, jangan lupa fikir bagaimana nak tingkatkan keuntungan.


Semoga Bermanfaat.

 


” DAPATKAN ILMU2 BISNES SECARA PERCUMA DARI MENTOR2 USAHAWAN YANG BERPENGALAMAN DARI PELBAGAI BIDANG BISNESS + PERCUMA TEMPLATE PENGURUSAN DUIT BISNES BERNILAI RM97 SEKARANG!” ?

 

WEBSITE:

https://geniususahawan.com/

JOIN OUR FACEBOOK GROUP: Circle Genius Usahawan

https://www.facebook.com/groups/395348818323634

JOIN OUR TELEGRAM GROUP:

https://t.me/geniususahawanadvisory

 

.

#GenU
#MaxCashReserve
#KonvensyenGeniusUsahawan
#Ceoflix
#FinacialSwagger

Nak Ada Cash Reserve?

Nak cash reserve power ada 5 benda pantang jangan kau langgar 3 tahun pertama bisnes kau,

1. Jangan beli keta besau

2. Jangan beli ghumah besau

3. Jangan tayang-tayang kekayaan kau

4. Jangan rompak syarikat kau

5. Jangan campur kau dengan company

 

Kenapa ?

Meh aku citer…

1) 3 tahun pertama, bisnes baru nak mula kearah mempunyai kekuatan tunai. Maka sebaiknya 3 tahun pertama, bina lah kekuatan cash reserve sekurang-kurangnya 6 bulan belanja operasi dan admin. Barulah seronok nak plan nak beli semua beshau

2) Beli kenderaan yang tiada kaitan dengan bisnes bukan boleh kurangkan cukai sepeuhnya. Dah lah baru nak berbisnes yang ada kekuatan tunai. Sibuklak nak tambah lagi beban dengan cukai tinggi

3) Sibuk apa nak tayangkan kekayaan kat facebook, instagram. Sampai lupa ada mata yang jeles atau nak tahu siapa lah orang kaya ni.

So jangan lah sibuk nak kata, kenapa mereka cari anda. Sebab anda pun dah sibuk nak dedahkan. Maka kurang lah lagi duit jika terpaksa bayar kompaun dan yang terkurang lapor. Selalunya cukai lah..

4) Kenalah pandai jaga pengurusan kewangan peribadi gak. Tidak kira dah berduit atau tidak berduit, jika tak pandai uruskan memang tak akan pernah cukup.

Bila tak cukup mulalah menjeling kat akaun bank bisnes. Ni duit semua aku yang punya. Maka mulalah anda digelar perompak duit syarikat.

5) Elakkan semua perbelanjaan peribadi nak masuk dalam syarikat. Kononnya buat macam ni boleh kurangkan cukai. Kena lah bijak sikit.

3 tahun pertama baru nak bina duit. dah sibuk fikir nak kurangkan cukai. Dari fikir nak kurangkan cukai. Fikirkan nak ada duit reserve untuk boleh maximise lagi perbelanjaan akan datang atau simpan untuk ada pelaburan. Betul.. kurangkan cukai tu tak salah, tapi bukan larikan cukai.. harap semua faham ya…

Semoga Bermanfaat.

 

.

” DAPATKAN ILMU2 BISNES SECARA PERCUMA DARI MENTOR2 USAHAWAN YANG BERPENGALAMAN DARI PELBAGAI BIDANG BISNESS + PERCUMA TEMPLATE PENGURUSAN DUIT BISNES BERNILAI RM97 SEKARANG!” ?

 

WEBSITE:

https://geniususahawan.com/

 

JOIN OUR FACEBOOK GROUP: Circle Genius Usahawan

https://www.facebook.com/groups/395348818323634

 

JOIN OUR TELEGRAM GROUP:

https://t.me/geniususahawanadvisory

 

.

#GenU

#MaxCashReserve 

#KonvensyenGeniusUsahawan

#Ceoflix

#FinacialSwagger