amaccc default posting

Glamour ke Ada Syarikat Sdn Bhd?

Ramai usahawan disini memilih bergerak dengan entiti atau guna kenderaan Enterprise. Kata lain menggunakan pendaftaran di SSM sebagai pemilikan tunggal atau perkongsian. Malah tidak dinafikan masih ramai yang tidak tahu pro dan kontra setiap entiti yang wujud di Malaysia.

Saya setuju apa pun entiti atau kenderaan yang kita daftar di SSM, ianya melibatkan SSP, iaitu Seni, Strategi dan Pematuhan.

Apa yang dimaksudkan dengan cara atau seni kita menggunakannya?

Seni ialah bagaimana anda gunakan kelebihan dan kelemahan entiti tersebut.

Strategi ialah cara untuk kita wujudkan entiti tersebut menjadi kuat dan ambil kesempatan ke atas peluang yang ada.

Pematuhan ialah melibatkan perkara yang ada perlu tahu dari sudut cukai, SSM, Kastam dan lain-lain badan yang kawal pematuhan. Sebab ia melibatkan perkara yang berbeza dan kompaun yang berbeza.

Sini saya kongsi beberapa kelebihan dan kelemahan yang ada setiap kenderaan yang wujud:

1) Renew

– Mengunakan Sdn Bhd, tidak perlu renew di SSM setiap tahun berbanding dengan Enterprise. Namun Sdn bhd perlu kemaskini laporan audit dan Annual Return untuk pastikan ia kekal aktif. Jika tidak, ia boleh diarah winding up (tutup) oleh SSM

2) Liabiliti

– Bergerak dengan menggunakan kenderaan enterprise, jika ada saman atau tuntutan hutang, ia boleh bagi kesan pada aset peribadi pemilik.

– Manakala Sdn Bhd, liabiliti hanya jatuh pada syarikat. Tidak bagi kesan pada pemilik, kecuali pemilik menjadi penjamin hutang yang diterima

3) Continuity

– Jika berlaku kematian pada bisnes owner, maka enterprise ini juga akan terkubur. Jika partnership, tiada perjanjian untuk pengganti. Maka ia juga akan terkubur.

4) Cukai

– Secara kasar, jika keuntungan anda sudah lebih RM70k setahun. Kemungkinan besar anda memperolehi pendapatan boleh cukai melebihi RM70k. Jika itu berlaku, maka pemilihan Sdn Bhd boleh anda fikirkan.

– Ini kerana kadar cukai untuk enterprise akan lebih tinggi berbanding Sdn Bhd. Iaitu sebanyak 21% keatas, berbanding Sdn Bhd hanya 17% (untuk Sdn Bhd)

5) Formal

– Enterprise lebih bebas dan tidak banyak protokol. Manakala Sdn Bhd perlu resolusi jika ingin membuat keputusan.

6) Kos Pengurusan

– Dalam Sdn Bhd, beberapa kos wajib perlu anda berikan komitmen. Iaitu bayaran audit dan setiausaha syarikat. Manakala bagi enterprise tidak muncul kos2 seperti ini.

 

 


“DAPATKAN ILMU2 BISNES SECARA PERCUMA DARI MENTOR2 USAHAWAN YANG BERPENGALAMAN DARI PELBAGAI BIDANG BISNESS + PERCUMA TEMPLATE PENGURUSAN DUIT BISNES BERNILAI RM97 SEKARANG!” 👇

WEBSITE: 👇

https://geniususahawan.com/

JOIN OUR FACEBOOK GROUP: 👇

https://www.facebook.com/groups/395348818323634

JOIN OUR TELEGRAM GROUP: 👇

https://t.me/geniususahawanadvisory

 

.

#GenU

#MaxCashReserve 

#SeminarGeniusUsahawan

#Ceoflix

#FinacialSwagger

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *