amaccc default posting

Manfaat Berupa Barangan Kepada Staff – Contohnya..

Manfaat berupa barangan merupakan manfaat yang majikan berikan pada pekerja berhubung dengan pekerjaan mereka. Sebarang manfaat yang diterima oleh pekerja adalah dikenakan cukai sebagai sebahagian daripada pendapatan kasar mereka.

Contohnya, sebuah kereta syarikat diberikan kepada pekerja untuk kegunaan peribadi, ini akan menjadi manfaat yang dikenakan cukai ke atas pekerja tersebut.

Manfaat ini tidak boleh ditukarkan kepada wang, walaupun mempunyai nilai wang. Ini bermaksud, apabila manfaat itu diberikan kepada pekerja tersebut, ianya tak boleh dijual, diserah hak atau ditukarkan dengan wang tunai.

Antara contoh manfaat berupa barangan ini antaranya:

i)      Kereta

ii)     Kelengkapan rumah – perabot, aircond

iii)    Kelengkapan dapur

iv)    Hiburan dan rekreasi – Piano, TV

v)      Manfaat atau pemberian telefon talian tetap, telefon bimbit, alat kelui dan PDA (didaftarkan atas nama majikan)

Semua Manfaat berupa barangan yang diterima oleh pekerja akan dikenakan cukai.

Majikan perlu jelas tentang pengiraan setiap manfaat yang diberikan dan perlu melaporkannya dalam Penyata Tahunan Saraan Pekerja (Borang EA atau EC) dan Borang E untuk Majikan.

Bagi pekerja pula, anda dikehendaki melaporkan pendapatan yang diterima termasuk semua jumlaH MBB dalam Borang B / BE masing-masing.

Makluman penting, majikan hendaklah simpan semua rekod dan resit berhubung dengan segala tuntutan bagi perbelanjaan yang dilakukan ke atas pekerja. Rekod dan resit ini hendaklah disimpan selama tujuh (7) tahun.

Pekerja juga dikehendaki menyimpan dokumen berhubung dengan segala penerimaan berkaitan dengan pendapatan penggajian termasuk MBB.

—-

Manfaat yang dikecualikan daripada Cukai;

Terdapat beberapa manfaat yang diterima oleh pekerja yang DIKECUALIKAN daripada dikenakan cukai, antaranya:

1.    Manfaat pergigian

2.    Manfaat penjagaan anak. – Pusat jagaan kanak-kanak yang disediakan oleh majikan untuk anak-anak pekerja

3.    Makan dan minum yang diberikan secara percuma

4.    Khidmat pengangkutan percuma yang disediakan di antara rumah/“pick-up point” dan tempat kerja (pergi dan balik)

5.    Premium insurans wajib bagi pekerja asing bagi menggantikan sumbangan PERKESO

6.    Premium insurans berkelompok bagi melindungi pekerja sekiranya berlaku kemalangan

7.    Cuti semasa bekerja: tertakluk kepada pekerja dan ahli keluarga terdekat saja

i) Dalam Malaysia – tak lebih 3 kali setahun

ii) Luar negara – tak lebih dari sekali setahun dan terhad kepada RM3,000

8.    Manfaat yang digunakan oleh pekerja semata-mata untuk menjalankan tugas-tugasnya.

9.    Diskaun bagi produk majikan yang boleh digunakan atau perkhidmatan yang disediakan oleh majikan (bersyarat)

10.  Manfaat dan bil bulanan telefon talian tetap, telefon bimbit dan langganan jalur lebar (bersyarat)

11.  Manfaat rawatan perubatan

12.  Manfaat petrol (bersyarat)

—-

Walaubagaimanapun, pengecualian ini tak terpakai jika pekerja yang menerima MBB daripada majikan mempunyai kawalan ke atas majikannya.

Maksudnya disini, pekerja yang menerima MBB ini adalah pemilik, pekongsi, atau pemegang saham bagi syarikat/perniagaan tersebut.

 

Semoga bermafaat.

 


“DAPATKAN ILMU2 BISNES SECARA PERCUMA DARI MENTOR2 USAHAWAN YANG BERPENGALAMAN DARI PELBAGAI BIDANG BISNESS + PERCUMA TEMPLATE PENGURUSAN DUIT BISNES BERNILAI RM97 SEKARANG!” ?

WEBSITE: 

https://geniususahawan.com/

JOIN OUR FACEBOOK GROUP: 

https://www.facebook.com/groups/395348818323634

JOIN OUR TELEGRAM GROUP: 

https://t.me/geniususahawanadvisory

 

.

#GenU

#MaxCashReserve 

#SeminarGeniusUsahawan

#Ceoflix

#FinacialSwagger

One Response

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *