pengarah syarikat

Kisah Benar yang Berlaku pada Pemilik Bisnes

Bila jualan naik mendadak, kebanyakkan pemilik bisnes kena tambah pekerja lah, sewa tempat baru lah dan banyak tambahan kos lain.

Dalam masa sama pula, pemilik bisnes tak ready untuk tambah pekerja sebab akan datang tidak pasti ada demand atau jualan.

So macam mana nak lakukan?

kalau tak tambah pekerja, macam mana nak dapat layan permintaan yang tinggi??

Jawapan untuk soalan ni tak ada lah saya ikut buku universiti atau sekolah.
Saya kongsikan berdasarkan pengalaman dalam bisnes melibatkan diri saya dan juga dari orang lain.

Bukan saya nak katakan diri ni sudah hebat, cuma ini adalah antara perkara yang saya pernah alami dan orang lain juga pernah rasa kan.

1) Ketika jualan mula wujud atau naik mendadak, waktu tu akan wujud kos tambahan yang kita tanpa sedar. Sebagai contoh mempunyai pekerja, sewa pejabat dan kos marketing.

Semua ini jika tidak disusun dengan baik, antara perkara yang akan bagi kesan ialah tidak sedar perniagaan dalam kerugian. Paling sedih pemilik mulai panik apabila tunai di bank mula menyusut.

2) Kebanyakkan kos yang naik sekali dengan jualan ialah kos tetap. Iaitu kos yang terpaksa dibayar walaupun sales tiada.

3) Melalui penambahan kos ni. Apa yang pasti bisnes sama ada untung akan bertambah atau makin mengecil.

Maka untuk menyelesaikan masalah ni, bisnes perlu sentiasa ada untung dan mempunyai tunai yang cukup untuk cover kos tetap yang telah wujud.

4) Inilah punca banyak syarikat diluar sukar untuk kekal dan kukuh dalam perniagaan. Terutama bila jualan sebelum ni sangat hebat, tiba2 jualan turun mendadak. Paling sakit turun hingga bawah dari kos dan belanja. Dalam kata lain dalam tak balik modal atau bisnes tengah rugi.

5) Sebab itu, dalam bisnes kena sentiasa ada perubahan strategi dan kawalan kos yang bijak. Maksudnya strategi mesti sentiasa ada plan A dan B, untuk sentiasa bersedia perubahan yang berlaku pada persekitaran. Sama ada kena ubah harga jualan, tingkatkan kuantiti, kurangkan kos atau pemilihan target market segment yang baru.

6) Wujudkan kawalan kos yang teratur, atau dalam kata lain, sentiasa bersedia dengan bajet atau unjuran untuk hadapi 1 tahun ke 5 tahun akan datang. Bajet ni kena sentiasa perlu bersedia untuk tambah baik bagi hadapi pelbagai situasi yang berbeza. Contoh strategi untuk hadapi banjir atau covid19, mestilah berbeza dengan keadaan normal.

7) Apabila dah banyak komitmen, jangan fokus untuk naikkan jualan jer, fokus juga bagaimana nak kurangkan kos. Sebab fokus naikkan jualan tidak menyelesaikan masalah jika kos pun bertambah.

8) Sebab tu saya katakan, bisnes ni bukan berpaksi pada jualan sahaja, tapi perlu bijak juga dalam mengurus duitkan masuk atau kata lain, pengurusan kewangan.ย 

Ok semua, semoga bermanfaat

โœ๐Ÿป
Amsyari Shakur

CEO AMACC CORPORATE SERVICE

Anda memerlukan khidmat nasihat berkenaan hal-hal persyarikatan seperti percukaian, perakaunan,ย  pengurusan sumber manusia dan pengurusan perniagaan? Hubungi AMACC di talian 03-89208081 atau 011-57536685 (Advisory Department). Lebih mudah isikan maklumat anda diย SINI.ย 

โ€œDAPATKAN ILMU2 BISNES SECARA PERCUMA DARI MENTOR2 USAHAWAN YANG BERPENGALAMAN DARI PELBAGAI BIDANG BISNESS + PERCUMA TEMPLATE PENGURUSAN DUIT BISNES BERNILAI RM97 SEKARANG!โ€ย ?

WEBSITE:
https://geniususahawan.com/

JOIN OUR TELEGRAM GROUP:
https://t.me/geniususahawanadvisory

 

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *