3 SEBAB KENAPA USAHAWAN PERLU TAHU UNTUNG


Kenapa kami tekankan pada usahawan di luar sana  perlu tahu untuk menguruskan untung perniagaan?


Yang pertama, bila ada jualan tinggi, usahawan secara tidak  langsung akan melakukan banyak perkara yang boleh melibatkan perbelanjaan yang tinggi.


Antaranya komisen pada agen, belanja marketing, menambah pekerja dibahagian jualan dan mula menyewa kedai atau tempat baru.


Ini terjadi kerana tiada pengurusan di dalam keuntungan perniagaan.


Yang kedua, bila ada jualan yang tinggi, sebenarnya belum tentu ada  untung yang tinggi.


Sebab usahawan mungkin akan mengeluarkan duit yang banyak untuk menambah stok dan mengeluarkan  perbelanjaan untuk staff uruskan jualan.


Manakala yang ketiga, bila ada jualan, selalunya usahawan mula kurang fokus pada jualan dan baki tunai yang banyak. Ini terjadi jika tidak ada orang yang pantau atau kemaskini akaun.


Sebenarnya banyak lagi perkara yang boleh terjadi jika seseorang usahawan itu tidak mengambil tahu tentang  keuntungan perniagaan ini.


Tanpa sedar perkara-perkara di atas boleh memberikan kesan kepada perniagaan usahawan.


Antara perkara yang akan terganggu pada perniagaan adalah :-


1) Duit tunai terganggu

2) Pekerja tidak efisien

3) Perbelanjaan agak terhad untuk lain


Maka sebagai usahawan yang hebat, pentingnya target untung bersih yang boleh dicapai berbanding target kepada jualan sahaja.


Semoga bermanfaat!

 


Anda memerlukan khidmat nasihat berkenaan hal-hal persyarikatan seperti percukaian, perakaunan,  pengurusan sumber manusia dan pengurusan perniagaan? Hubungi AMACC di talian 03-89208081 atau 011-57536685 (Advisory Department). Lebih mudah isikan maklumat anda di SINI. 

 

“DAPATKAN ILMU2 BISNES SECARA PERCUMA DARI MENTOR2 USAHAWAN YANG BERPENGALAMAN DARI PELBAGAI BIDANG BISNESS + PERCUMA TEMPLATE PENGURUSAN DUIT BISNES BERNILAI RM97 SEKARANG!” ?

WEBSITE: ?

https://geniususahawan.com/

JOIN OUR TELEGRAM GROUP: ?

https://t.me/geniususahawanadvisory

 

Tags: No tags

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *