SELEPAS BUKA SDN BHD


7 PERKATA YANG PERLU DI LAKUKAN SELEPAS PEMBUKAAN SDN BHD


1. Buat Cop Syarikat (bulat atau petak).

Tujuannya untuk urusan buka akaun bank dan urusan lain yang berkaitan. Sebaiknya buat cop bulat tanpa alamat.

Kenapa? Sebab kalau tukar alamat tidak perlu tukar cop. Jika ada alamat, setiap kali pertukaran alamat. Perlu buat cop baru, terutama urusan berkaitan bank.


2. Buka akaun bank syarikat.

Selepas dapat no syarikat, terus buka akaun bank. Bawa resolusi dari setiausaha syarikat untuk kenalpasti siapa dan terma tandatangan.

Tidak boleh buka akaun bank jika, pengarah atau penandatangan
– Tidak punyai visa kerja (foreigner)
– Ada masalah bankrap


3. Buat Common Seal (Optional)

Selalunya semasa pembukaan syarikat, setiausaha syarikat akan bertanya sama ada perlu ke tidak mempunyai common seal. Ini kerana ia tidak wajib berbanding akta syarikat lama.

Penting atau tak common seal ini? Nasihat kami, baik buat. Ini kerana common seal ini diperlukan untuk urusan pinjaman, perjanjian atau penerimaan geran.

Kalau anda ada buat kelas atau latihan, boleh guna benda ni untuk cop sijil. Barulah orang yang menerima nampak original.


4. Memohon lesen (jika perlu) 

(yang berkaitan dengan perniagaan yang dijalan. Contoh: MOF, CIDB, MOTAC)

Ini antara perkara penting yang anda perlu lakukan. Terutama mereka yang ingin masuk kerja kerajaan atau tender.

Maka ketahui setiap lesen ini dan kelebihan yang anda boleh dapat.

Tahukah anda, dengan adanya lesen ni. Nilai syarikat anda boleh naik gak.


5. Daftar lesen PBT (sekiranya ada pejabat urusan/office)

Bila dah ada pejabat atau kedai, daftar lesen dengan PBT. Jika tiada, risiko untuk disaman tu sangat tinggi.

Ada lesen ni, mudahkan anda untuk buat renovasi dan pemasangan signboard.


6. Daftar Kwsp/Socso (sekiranya mempunyai pekerja)

Bila dah ada pekerja atau status contract for job. Anda dikehendaki mendaftar EPF, SOCSO dan EIS. Kalau tak anda boleh dikenakan denda atas kesalahan tidak mencarum.


7. Daftar no file cukai (no C dan no E)

Selepas buka Sdn Bhd, dalam tempoh 3 bulan anda wajib hantar borang CP204. Untuk hantar borang ni, anda perlu ada No C. Anda boleh upah agen cukai atau masuk website LHDN untuk daftar.

No. E selalunya akan dapat sekali dengan no. C. No E ni digunakan untuk hantar borang E dan EA. Apa tu? Kita sambung kemudianlah ya.

Semoga bermanfaat untuk yang membaca.


Jika ingin tahu lebih tentang buka syarikat. Boleh tekan logo wats’ app di kanan website. Sebab kami ada bagi harga best untuk yang ingin buka SDN BHD bulan ini. Jangan terlepas peluang yang datang setahun sekali ini.

#AMACCGROUP
#7tanggabisnes


Anda memerlukan khidmat nasihat berkenaan hal-hal persyarikatan seperti percukaian, perakaunan,  pengurusan sumber manusia dan pengurusan perniagaan? Hubungi AMACC di talian 03-89208081 atau 011-57536685 (Advisory Department). Lebih mudah isikan maklumat anda di SINI. 

 

“DAPATKAN ILMU2 BISNES SECARA PERCUMA DARI MENTOR2 USAHAWAN YANG BERPENGALAMAN DARI PELBAGAI BIDANG BISNESS + PERCUMA TEMPLATE PENGURUSAN DUIT BISNES BERNILAI RM97 SEKARANG!” 

WEBSITE:

https://geniususahawan.com/

JOIN OUR TELEGRAM GROUP:

https://t.me/geniususahawanadvisory

Tags: No tags

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *