Apa Kelebihan SDN BHD berbanding PLT?


Anda mesti tertanya- tanya apa kelebihan dua entiti perniagaan ini?
Sebelum penjelasan kelebihan SDN BHD dan PLT ini. Jom saya terangkan apakah itu PLT.

PLT atau nama penuh nya Perkongsian Liabiliti Terhad (PLT) adalah satu entiti perniagaan alternatif yang dikawal selia di bawah Akta Perkongsian Liabiliti Terhad 2012. PLT ini menggabungkan ciri-ciri sebuah syarikat (Sdn. Bhd. atau Berhad) dan perkongsian konvensional.


Tanpa membuang masa kita masuk ke point kelebihan Sdn.Bhd. ini berbanding dengan PLT.
Yang pertama:-

 

1) Kekuatan buat pinjaman

Sdn Bhd ada kekuatan untuk buat pinjaman di bank, manakala PLT masih longgar dan tidak kuat untuk buat pinjaman


2) Nilai persaingan

Sdn Bhd ada kekuatan untuk masuk job yang besar, manakala PLT tidak kuat dan masih tidak jelas untuk agensi, glc dan syarikat.


3) PLT tidak boleh diwariskan

Jika tidak wujudkan perjanjian diantara pekongsi dalam PLT, maka ia akan tergantung dan akan wujud konflik.

Sdn Bhd terikat dengan saham dimiliki, dan ia akan jatuh pada waris terdekat.


4) Tidak wujud Setiausaha syarikat untuk PLT

Dalam PLT tidak wujud setiausaha syarikat, iaitu individu yang mampu nasihat dari sudut Do dan Donts berdasarkan Akta Syarikat.

PLT hanya ada pegawai pematuhan. Peranan pegawai pematuhan boleh dilantik kalangan rakan kongsi. Maka risiko untuk wujud conflict of interest tu tinggi


5) PLT tidak mempunyai Saham

Bila tiada saham yang wujud, maka urusan jual beli saham akan jadi masalah. Masalah bila nak kenalpasti nilai 1 unit saham jatuh pada berapa RM.


6) Nasihat professional

Mudah mendapat sokongan/nasihat kewangan dan perniagaan kerana Sdn Bhd sentiasa berurusan & berdampingan dengan Setiausaha Syarikat, Akauntan, Auditor dan Agen Cukai


7) Jual perniagaan lebih tinggi

Sdn Bhd boleh dijual dengan harga yang jauh lebih tinggi berbanding kos dikeluarkan


8) Saiz perniagaan yang lebih besar

‘Saiz’ perniagaan jauh lebih besar daripada PLT

Adakah anda dapat sesuatu? Untuk lebih jelas lagi boleh hubungi kami di wat’s app untuk kami bantu anda.


Anda memerlukan khidmat nasihat berkenaan hal-hal persyarikatan seperti percukaian, perakaunan,  pengurusan sumber manusia dan pengurusan perniagaan? Hubungi AMACC di talian 03-89208081 atau 011-57536685 (Advisory Department). Lebih mudah isikan maklumat anda di SINI. 

 

“DAPATKAN ILMU2 BISNES SECARA PERCUMA DARI MENTOR2 USAHAWAN YANG BERPENGALAMAN DARI PELBAGAI BIDANG BISNESS + PERCUMA TEMPLATE PENGURUSAN DUIT BISNES BERNILAI RM97 SEKARANG!” ?

WEBSITE:

https://geniususahawan.com/

JOIN OUR TELEGRAM GROUP:

https://t.me/geniususahawanadvisory

 

 

Tags: No tags

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *