Kini sudah sampai penghujung tahun 2023, kepada mereka yang ada kesempatan untuk memaksimunkan pelepasan yang diberi oleh LHDN, sebaik guna sepenuhnya.
Siapa yang tidak tahu pelepasan yang boleh diperolehi dan untuk anda usahakan ialah seperti dibawah: –
PELEPASAN INDIVIDU
1) Individu dan saudara tanggungan – RM9,000
2) Suami / Isteri / Bayaran alimoni kepada bekas isteri (pasangan tidak mempunyai pendapatan atau memilih untuk istihar cukai taksiran bersama) –
TERHAD RM4,000
3) Suami / Isteri kurang upaya –
TAMBAHAN RM5,000
4) Yuran Pendidikan (Diri Sendiri sahaja) –
(i) Peringkat selain sarjana atau doktor falsafah – bidang undang-undang, perakaunan, kewangan Islam, teknikal, vokasional, industri, saintifik atau teknologi;
(ii) Peringkat sarjana atau doktor falsafah – sebarang bidang atau kursus pengajianKursus peningkatan kemahiran atau kemajuan diri (TERHAD RM2,000)
KESELURUHAN TERHAD RM7,000
5) Individu kurang upaya –
TAMBAHAN RM6,000
Perlu dapatkan pengesahan sebagai OKU
BELANJA PERUBATAN
6) Perbelanjaan Perubatan Individu / Suami / Isteri / Anak –
(i) Penyakit serius
(ii) Rawatan kesuburan (Sendiri / Pasangan)
(iii) Perbelanjaan pemvaksinan
(iv) Pemeriksaan penuh ujian Covid-19 & kesihatan mental (TERHAD RM1,000)
(v) Rawatan intervensi awal/pemulihan anak kurang upaya pembelajaran (TERHAD RM4,000)
TERHAD KESELURUHAN RM10,000
7) Belanja kepada Ibu Bapa
Perbelanjaan rawatan perubatan, keperluan khas dan penjaga ibu bapa (keadaan kesihatan disahkan oleh pengamal perubatan) –
TERHAD RM8,000
BELANJA GAYA HIDUP
8) Gaya Hidup –
(i) Pembelian buku, jurnal, majalah, suratkhabar bercetak dan penerbitan (selain bahan bacaan terlarang) untuk diri sendiri, suami / isteri atau anak;
(ii) Pembelian komputer peribadi, telefon pintar atau tablet untuk diri sendiri, suami / isteri atau anak;
(iii) Pembelian peralatan sukan untuk aktiviti sukan mengikut Akta Pembangunan Sukan 1997 (tidak terpakai bagi jenis basikal bermotor) dan bayaran keahlian gymnasium untuk diri sendiri, suami / isteri atau anak; dan
(iv) Bayaran langganan internet (atas nama sendiri)
Simpan resit ya
TERHAD RM2,500
9) Aktiviti Sukan –
(i) Pembelian peralatan sukan untuk aktiviti sukan mengikut Akta Pembangunan Sukan 1997;
(ii) Bayaran sewa atau fi kemasukan ke fasiliti sukan;
(iii) Bayaran fi pendaftaran bagi menyertai pertandingan yang mana penganjur diluluskan dan dilesenkan oleh Pesuruhjaya Sukan di bawah Akta Pembangunan Sukan 1997
TAMBAHAN RM500
10) Peralatan Sokongan Asas (untuk kegunaan individu kurang upaya, suami / isteri, anak atau ibu bapa yang kurang upaya)
TERHAD RM6,000
Jangan lupa simpan resit
11) Pembelian peralatan penyusuan ibu (wanita sahaja) untuk kegunaan sendiri bagi anak berumur 2 tahun dan kebawah (Potongan dibenarkan sekali setiap DUA (2) tahun taksiran) –
TERHAD RM1,000
12) Perbelanjaan bayaran pemasangan, sewaan, pembelian termasuk sewa-beli peralatan atau langganan bagi penggunaan kemudahan pengecasan kenderaan elektrik bagi kenderaan sendiri –
TERHAD RM2,500
PELEPASAN ANAK
13) Anak di bawah umur 18 tahun –
TAMBAHAN RM2,000 / seorang
14) Anak yang belum berkahwin dan berumur 18 tahun dan ke atas dan menerima pendidikan sepenuh masa (peringkat A-Level, sijil, matrikulasi, persediaan atau pra-ijazah)
TAMBAHAN RM2,000 / seorang
15) Anak yang belum berkahwin dan berumur 18 tahun dan ke atas tertakluk kepada syarat-syarat berikut:
(i) Mengikuti kursus di peringkat diploma dan ke atas di institusi pengajian tinggi dalam Malaysia (tidak termasuk kursus matrikulasi / pra-ijazah / A-level).
(ii) Mengikuti kursus di peringkat ijazah dan ke atas di institusi pengajian tinggi luar Malaysia.
(iii) Kursus dan institusi pengajian tinggi diiktiraf oleh pihak berkuasa Kerajaan yang berkaitan.
(iv) Berkhidmat di bawah satu ikatan artikel atau indentur untuk memperoleh kelayakan perdagangan atau profesion di Malaysia.
TAMBAHAN RM8,000 / seorang
16) Anak kurang upaya
TAMBAHAN RM6,000 / seorang
17) Pelepasan tambahan anak kurang Upaya –
RM8,000 / seorang
bagi anak kurang upaya berumur 18 tahun dan ke atas, belum berkahwin dan mengikuti diploma ke atas di dalam Malaysia @ peringkat ijazah ke atas di luar Malaysia dalam kursus dan di IPT yang diiktiraf oleh pihak berkuasa Kerajaan yang berkaitan.
18) Yuran penghantaran anak ke Pusat Asuhan Kanak-Kanak atau Pra-sekolah berdaftar –
(i) 6 tahun ke bawah
(ii) Tuntutan sama ada suami / isteri
TERHAD RM3,000
CARUMAN / SUMBANGAN
19) Skim Persaraan Swasta dan Anuiti Tertangguh (Deferred Annuity) –
TERHAD RM3,000
20) Caruman kepada Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) / skim insuran pekerjaan
TERHAD RM350
21) Insurans pendidikan dan perubatan (Individu / Pasangan / Anak)
TERHAD RM3,000
22) Tabungan bersih dalam skim SSPN (Tabungan bersih adalah jumlah simpanan dalam tahun 2023 TOLAK jumlah pengeluaran dalam tahun 2023)
kini ia akan muncul auto dalam sistem filing.
TERHAD RM8,000
23) Insuran nyawa & KWSP (individu penjawat / selain penjawat awam (berpencen) & bekerja sendiri) –
TERHAD RM7,000
(i) KWSP – TERHAD RM4,000
(ii) Insuran Nyawa – TERHAD RM3,000
Rebut peluang selagi belum capai 31 Disember 2023.
Nota:-
Terhad – maksimun boleh tuntut
Tambahan – tambahan tuntut pelepasan