AKTA SYARIKAT 2016, APA PERUBAHAN YANG ANDA PERLU TAHU?
Akta syarikat 2016 sudah dikuatkuasakan pada 31 Januari 2017. Majoriti pemegang saham, pengarah syarikat dan usahawan diluar tidak mengetahui perubahan yang berlaku pada akta baru tersebut. Setelah 51 tahun kita mengunakan Akta Syarikat 1965, akhirnya akta baru untuk syarikat telah diperbahurui. Kini untuk sebarang perkara dan rujukan berkaitan syarikat adalah dibawah Akta Syarikat 2016. Namun persoalan kini ialah apa yang perlu kita tahu dengan kewujudan Akta Syarikat 2016 ini.
Untuk menjawab persoalan tersebut, saya akan menerangkan lebih terperinci tentang beberapa perkara yang perlu diambil tahu. Perubahan akta ini dilakukan atas 4 objektif penting iaitu:-
- Memudahkan orang awam dan mengurangkan kos untuk membuka syarikat.
- Memudahkan cara kepada umum dalam memulakan perniagaan dari segi perubahan peraturan
- Pengurusan berkaitan urusan syarikat akan lebih mudah dan fleksibiliti.
- Meningkatkan kawalan dalaman, urustadbir korporat dan tanggungjawab korporat dari segi menguruskan perniagaan.
Atas 4 objektif utama tersebut, Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) telah melakukan perubahan dalam untuk akta. Perubahan tersebut sebenarnya sangat signifikan untuk diketahui orang ramai. Tentunya perubahan ini dilakukan SSM dalam usahakan meramaikan bakal usahawan untuk melakukan perniagaan di Malaysia.
Perubahan yang perlu diketahui umum adalah seperti dibawah:-
1) Hanya seorang Pengarah dan Pemegang Saham
Sebelum kewujudan Akta Syarikat 2016, antara perkara wajib dalam pemerbadanan syarikat ialah minimum mempunyai 2 orang pengarah dan 2 pemegang saham. Dalam proses memudahkan pembukaan syarikat, SSM menetapkan hanya seorang sahaja sudah boleh membuka Sdn Bhd. Bermaksud hanya seorang pemegang saham dan seorang pengarah sahaja sudah boleh memulakan proses pembukaan Sdn. Bhd.
Namun untuk pemerbadanan Berhad, tetap memerlukan sekurang-kurangnya 2 orang pemegang saham dan 2 orang pengarah syarikat. Tiada perubahan untuk syarikat yang berstatus Berhad.
Kelebihan yang diberi ini juga perlu diambil kesempatan oleh mereka yang berniaga secara perseorangan dan memerlukan entiti perniagaan berstatus Sdn Bhd. Ia juga memberi jalan penyelesaian pada syarikat yang mempunyai masalah dengan rakan kongsi mereka.
2) Tiada Harga Par untuk unit modal
Dalam Akta Syarikat 2016, tiada lagi sekatan untuk menetapkan jumlah RM untuk 1 unit modal berbayar. Bermakna selepas ini, 1 unit sudah menjadi pilihan pemegang saham untuk tetapkan berapa jumlah harga perunit syer syarikat mereka.
Sebelum ini, sebarang pembelian syer berbayar ditetapkan oleh SSM ialah RM1 untuk 1 unit syer.
3) Tiada lagi Modal Dibenarkan
Dalam Akta Syarikat 1965, untuk kita meletakkan jumlah modal berbayar sebagai modal syarikat bergantung pada jumlah maksimun modal dibenarkan. Bermaksud jika modal dibenarkan kita hanya 400,000 unit, maka kita tidak boleh meletakkan modal berbayar melebihi 400,000 unit. Dalam akta syarikat sebelum ini juga menetapkan setiap modal dibenarkan mempunyai bayaran yang berbeza perlu dibayar ke SSM. Jadual bayaran tersebut seperti dibawah:-
Untuk Akta Syarikat 2016, tiada lagi wujud modal dibenarkan. Ini bermakna syarikat boleh mempunyai syer berbayar tanpa memikirkan jumlah modal dibenarkan sebagai tanda aras. Kemudahan ini diberikan untuk menjimatkan kos penubuhan syarikat dan memudahkan syarikat dalam meningkatkan modal berbayar.
Sebelum ini sering wujud kesukaran untuk naikkan modal berbayar melebihi tanda aras modal dibenarkan. Ini disebabkan perlu menunggu tingkatkan modal dibenarkan di SSM sebelum dapat tingkatkan modal berbayar. Kini proses meningkatkan modal berbayar tidak perlu mengambil masa yang lama dan mudah.
4) Penyerahan Laporan Tahunan dan Penyata Kewangan Beraudit
Dalam Akta Syarikat 1965, syarikat menyerahkan laporan tahunan “annual return” dan penyata kewangan beraudit dalam tempoh 7 bulan 14 hari selepas tempoh akaun syarikat ditutup. Ini bermakna, jika syarikat tutup tempoh akuan pada 31 Disember 2016, laporan tahunan dan penyata kewangan beraudit hendaklah diserahsimpan di SSM pada 14 Februari 2017.
Dengan kewujudan Akta Syarikat 2016, tempoh untuk penyerahan laporan tahunan dan penyata kewangan sudah berubah. Selepas ini sebarang penyerahan laporan tahunan adalah mengikut tarikh penubuhan syarikat. Manakala penyerahan laporan kewangan beraudit adalah 6 bulan selepas tempoh akhir akaun syarikat ditutup. Dengan kewujudan akta ini, boleh mengurangkan risiko kelewatan menghantar laporan tahunan ke SSM. Dimana kelewatan sering berlaku disebabkan tidak dapat menyiapkan penyata kewangan beraudit mengikut waktu yang telah ditetapkan.
5) Mesyuarat Tahunan “Annual General Meeting”
Mesyuarat ini dilakukan untuk pembentangan oleh setiausaha syarikat mengenai penyata kewangan beraudit, dividen, status pengarah serta pemegang saham. Mesyuarat ini dilakukan untuk setiap tahun dan dalam tempoh 6 bulan selepas tempoh akhir akaun syarikat. Mesyuarat ini wajib untuk dilaksanakan dan dengan kehadiran majoriti pemegang saham serta kesemua pengarah.
Untuk Akta Syarikat 2016, mesyuarat ini tidak wajib lagi dilaksanakan. Ini bermakna syarikat boleh memilih untuk melakukan mesyuarat tahunan atau tidak. Antara sebab akta ini dimansuhkan ialah disebabkan kewujudan kemudahan hanya seorang pengarah dan seorang pemegang saham sudah boleh ada dalam syarikat. Dengan wujud kemudahan, sebarang keputusan hanya atas tanggungjawab seorang pengarah dan pemegang saham tersebut. Oleh sebab itu, SSM menetapkan tidak diwajibkan lagi untuk diadakan mesyuarat tahunan.
6) Proses Pemerbadanan Syarikat
Proses pemerbadanan Syarikat dipermudahkan lagi untuk Akta Syarikat 2016. Selain hanya seorang pengarah dan seorang pemegang saham. Pemilik boleh membuka Sdn Bhd tanpa perlu mengguna khidmat Setiausaha Syarikat Bertauliah. Pemilik boleh memilih untuk membuka Sdn Bhd dengan menggunakan sistem MYcoid yang diperkenalkan oleh SSM. Namun syarikat ini tetap perlu memilih seorang Setiausaha Syarikat Bertauliah dalam masa 30 hari dari tarikh ia diperbadanankan. Jika tidak ia akan menjadi kesalahan pada syarikat dan pengarah boleh dipertanggungjawab atas kesalahan tersebut.
7) Cop meterai pemerbadanan “Common Seal”
Sebelum wujud Akta Syarikat 2016, cop meterai pemerbadanan wajib ada untuk setiap syarikat yang berdaftar. Cop ini sering digunakan pada perjanjian serta sijil saham. Bermula 31 Januari 2017, tiada kewajipan untuk syarikat mempunyai cop meterai pemerbadanan. Dengan wujudnya kemudahan ini, akan mengurangkan kos untuk pemerbadanan syarikat dan mengelakkan dari salahguna cop tersebut.
8) Sijil Syer “Share Certificate”
Sijil Syer/ sijil Saham tidak lagi wajib untuk disediakan oleh setiausaha syarikat bertauliah. Ia menjadi pilihan samaada pemegang saham tersebut ingin memiliki sijil tersebut atau tidak. Namun setiausaha syarikat diwajibkan untuk merekod nama pemegang saham tersebut didalam Buku Daftar Pemegang Saham “Register of Member”.
9) Memorandum dan Artikel
Memorandum ialah dokumen yang diperlukan untuk menentukan hubungan syarikat dengan luar. Manakala artikel ialah perlembangaan syarikat dan pengurusan dalaman syarikat. Ia menjadi kewajipan untuk disediakan dalam proses pemerbadanan syarikat. Namun dengan kewujudan Akta Syarikat 2016, memorandum dan artikel ini tidak lagi menjadi kewajipan untuk disediakan dalam proses pemerbadanan syarikat.
10) Sijil Pemerbadanan
Dengan kewujudan Akta Syarikat 2016, tiada lagi sijil pemerbadanan disediakan sebagai dokumen bukti pemerbadanan syarikat tersebut. Namun pihak SSM belum menetapkan lagi bentuk notis yang akan disediakan untuk membukti pemerbadanan syarikat tersebut.
Dengan wujud beberapa perubahan dalam Akta Syarikat 2016, sememangnya memudahkan orang awam untuk memilih membuka Sdn Bhd dengan mudah. Dalam masa yang sama memberi peluang banyak pada usahawan untuk memilih entiti perniagaan yang sesuai. Sebelum ini sering wujud kesukaran membuka Sdn Bhd disebabkan terlalu banyak prosuder dan peraturan yang menyukarkan. Diantara masalah yang wujud ialah kesalahan memilih rakan kongsi untuk dijadikan pengarah syarikat dan pemegang saham. Akta Syarikat 2016 ini telah mengambilkira banyak perkara yang berbangkit dan memikirkan penyelesaian masalah yang wujud.
Assalamualaikum,
Nak tanya, bagaimana pula sekiranya nak buka syarikat sendirian berhad, kemudian modal syarikat tersebut datangnya daripada syarikat luar negara?
Terima kasih
Terima kasih tuan atas pencerahan.
Sy mmpunyai soalan bGaimana kita mngemaskini deceased shareholder dalam MYCOID ROM?
Proses perbadanan syarikat (No.6), pemilik boleh membuka Sdn Bhd tanpa perlu mengguna khidmat Setiausaha Syarikat Bertauliah. Pemilik boleh memilih untuk membuka Sdn Bhd dengan menggunakan sistem MYcoid yang diperkenalkan oleh SSM. Namun syarikat ini tetap perlu memilih seorang Setiausaha Syarikat Bertauliah dalam masa 30 hari dari tarikh ia diperbadanankan. Jika tidak ia akan menjadi kesalahan pada syarikat dan pengarah boleh dipertanggungjawab atas kesalahan tersebut.
Soalan saya, tujuan apakah masih perlu memilih seorang Setiausaha Syarikat selepas diperbadankan? Daripada bacaan saya, keperluan Setiausha Syarikat banyak kepada sebelum perbadanan syarikat. Mohon pencerahan, terima kasih.
Nak tanya, dalam akta brpa dinyatakan dividen hanya dibayar sekiranya syarikat memperolehi keuntungan?
Akta Syarikat 2016, Seksyen 131 & Seksyen 132