BELANJAWAN 2020: Cadangan untuk Perubahan Dalam Cukai Individu dan Syarikat
—————————————
Untuk belanjawan kali ini, saya ingin cadangkan beberapa perubahan yang perlu dilakukan untuk cukai individu dan syarikat. Terdapat 5 bahagian yang saya rasa perlu adanya perubahan dan ini akan memberi kesan pada cukai individu atau cukai syarikat.
Ini hanyalah cadangan saya, mungkin ianya akan memberi kesan yang baik untuk semua pihak.
-
KWSP dan Insurans Nyawa Terhad RM7,000 (Cukai Individu)
?Semasa
Terhad RM7,000, tetapi pecahan terhad seperti dibawah:-
EPF @ KWSP. – Terhad RM4,000
Insuran nyawa – Terhad RM3,000
?Cadangan
Tiada pecahan terhad dalam epf dan insurans nyawa, kerana sekarang orang perlukan insuran nyawa yang tinggi untuk perlindungan keluarga mereka. Dengan insuran tinggi, selalunya melibatkan jumlah premium yang tinggi perlu dibayar.
-
Pelepasan Tambahan untuk Pelajar Belajar diluar Negara (Cukai Individu)
?Semasa
Pelepasan yang diberi kini hanya RM8,000/seorang. Pelepasan ini diberi sama dengan anak yang belajar di IPTA dalam negara.
?Cadangan
Ini tidak sesuai lagi, kerana tahap pendidikan tinggi di Malaysia masih belum setanding di luar negara. Untuk wujudkan tenaga boleh kerja atau kualiti seperti diluar, belajar di luar negara adalah yang terbaik. Kos sangat tinggi untuk belajar diluar negara walaupun dapat bantuan dari ptptn atau biasiswa. Maka saya harap ada perubahan untuk anak yang belajar luar negara.
-
Cukai Tinggi dikenakan pada Pinjaman Berlesan @ Along (Cukai Individu atau Syarikat)
?Semasa
Kadar cukai hanya dikenakan pada keuntungan yang sama seperti industri lain.
?Cadangan
Mereka adalah golongan yang dapat keuntungan yang tinggi melalui faedah. Sejak ia berleluasa tanpa kawalan. Apa kata kerajaan kena cukai yang tinggi pada mereka. Tanpa ikut kadar yang biasa dikenakan pada orang atau syarikat awam.
-
Zakat Perniagaan untuk Syarikat Sdn Bhd (Cukai Syarikat)
?Semasa
Zakat perniagaan Sdn Bhd terhad pada 2.5% dari pendapatan aggregat. Bermakna jika syarikat bayar zakat rm15000 dan pendapatan aggregat RM40,000. Zakat hanya terhad pada rm1000 sahaja untuk kurangkan cukai.
?Cadangan
Memandangkan sekarang ramai orang islam ingin menunaikan zakat melalui perniagaan mereka dalam Sdn Bhd. Saya harap tiadalah terhad dikenakan pada mereka yang ingin beri zakat.
Kalau hendak terhad pun biarlah selepas cukai diketahui. Bukan dari jumlah sebelum cukai diketahui. Contoh cukai sebanyak rm20000, mungkin kerajaan boleh terhad untuk kurangan bagi bayaran zakat hanya terhad 30% dari jumlah cukai. Iaitu hanya dibenarkan RM6000. Maka baki cukai perlu bayar hanya RM14,000.
-
Tidak dikenakan denda untuk anggaran cukai yang dibuat, pada syarikat Sdn Bhd yang istihar dalam CP204 (cukai syarikat)
?Semasa
Jika cukai anggaran kurang sebanyak 30% dari cukai sebenar. Pihak LHDN akan kenakan penalti sebanyak 10% untuk perbezaan tersebut
?Cadangan
Tiada penalti dikenakan, memandangkan ia adalah anggaran pihak syarikat. Walaupun ada peluang untuk tukar anggaran, pihak syarikat masih belum tahu jumlah cukai boleh dikenakan. Kemungkinan projek atau jualan tinggi berlaku pada akhir tahun. Dari mengalakkan pihak luar cubaan lari cukai, baik bagi kelonggaran pada bahagian ini.
#amaccgroup
#belanjawan2020
Anda memerlukan khidmat nasihat berkenaan hal-hal persyarikatan seperti percukaian, perakaunan, pengurusan sumber manusia dan pengurusan perniagaan? Hubungi AMACC di talian 0389208081 atau 011-57536685 (Advisory Department) atau emailkan kepada contact@amacc.com.my Lebih mudah isikan maklumat anda di sini. Kami sedia membantu.
Add a Comment