LHDN : PENANGGUHAN BAYARAN CP204
CUKAI – COVID-19 (KENYATAAN KE 2)
…….
Dalam notis baru ini, LHDN keluarkan 2 kenyataan yang penting.
1. Penangguhan Bayaran CP204
Diberi penangguhan bayaran CP204 (anggaran) selama 6 bulan untuk sektor pelancongan, pengusaha hotel dan penerbangan. Maksudnya, syarikat yang terlibat dalam sektor yang disebut, boleh menangguh buat bayaran selama 6 bulan untuk CP204.
.
Syarikat yang tidak terlibat dalam sektor ini, bayaran CP204 masih berjalan seperti biasa. Tidak dapat sebarang penangguhan. Jangan tanya saya kenapa ya..
.
Berdasarkan kenyataan ini, tidak disebut untuk mereka yang buat Bayaran CP500 iaitu bayaran ansuran anggaran untuk individu yang mempunyai enterprise atau perniagaan. Iaitu untuk yang dalam kategori Enterprise / pemilikan tunggal / perkongsian. Kemungkinan kelebihan ini juga dapat pada mereka terlibat dalam CP500.
.
.
2. Pindaan Anggaran bulan ke 3
Syarikat yang pernah hantar CP204, dan bercadang untuk buat pindaan pada anggaran mereka buat. LHDN memberi peluang untuk buat pindaan pada bulan ke 3.
.
Sebelum ini, pindaan CP204, hanya dibuat bulan ke 6 dan ke 9. Disebabkan covid 19, LHDN memberi tambahan peluang untuk buat pindaan bulan ke3.
.
Sebagai contoh, syarikat yang hantar CP204 dan tutup akaun akhir tahun pada bulan Disember. Dibenarkan untuk buat pindaan sehingga akhir pada bulan Mac ni. Ia disebabkan, bulan ke 3 untuk syarikat yang tutup bulan Disember 2020, jatuh pada bulan Mac 2020.
.
Caranya ialah hantar borang CP204A. Untuk lebih faham tentang ini, boleh PM saya di Facebook.
Terima kasih.
.
Semoga info ini, beri manafaat pada yang terlibat. Boleh kongsi dengan rakan jika ia beri manafaat pada orang lain.
#AMS
Untuk pengetahuan lebih tentang cukai dan pengurusan syarikat. Saya ada kongsi di
1) Telegram Channel
AMACC Advisory Channel : @amaccadvisory
2) Facebook Page
Amsyari Shakur : @amsyarishakur
Anda memerlukan khidmat nasihat berkenaan hal-hal persyarikatan seperti percukaian, perakaunan, pengurusan sumber manusia dan pengurusan perniagaan? Hubungi AMACC di talian 03-89208081 atau 011-57536685 (Advisory Department) atau emailkan kepada contact@amacc.com.my Lebih mudah isikan maklumat anda di sini. Kami sedia membantu.
Add a Comment