Selalu orang bertanya, apa manfaat jika hantar borang dan buat bayaran pada LHDN. Soalan ni sebenarnya, kalau nak dijawab dalam bentuk skema soalan SPM, ianya untuk pembangunan negara dan banyak lagi berkaitan urus tadbir negara.Kami lebih berminat kongsi apa manfaat atau kelebihan yang pemilik bisnes boleh dapat jika anda isytihar cukai.
1) Berpeluang untuk dapat pinjaman
Kebanyakkan bank perlukan borang cukai yang diisytiharkan sebagai dokumen sokongan untuk dapatkan pinjaman. Dokumen sokongan tambahan untuk ni antaranya ialah penyata kewangan beraudit.
2) Tiada ketakutan untuk buat marketing atau pernigaan.
Antara tempat yang mudah untuk pihak LHDN semak dan ketahui kelayakkan anda ialah melalui media sosial. Jika mahu sentiasa rasa selamat dan tidak gusar jika pihak LHDN dapat kesan anda. Lakukan perkara yang sepatutnya, iaitu isytihar & hantar borang cukai pendapatan anda.
3) Berpeluang untuk dapat projek dengan kerajaan
Ada juga Kementerian atau jabatan kerajaan yang minta dokumen sokongan pembayaran atau borang cukai untuk dapatkan tender. Tujuannya ialah untuk pastikan kontraktor yang mereka pilih juga menyokong usaha dan patuhi undang-undang yang ditetapkan oleh kerajaan.
4) Berpeluang untuk dapatkan geran dan bantuan kerajaan
Saya pernah dapatkan dan bantu buat audit untuk syarikat mendapat geran dibawah Kementerian. Peluang cerah untuk dapat geran jika syarikat tersebut tidak mempunyai masalah cukai dan lain2 yang berkaitan dengan kerajaan.
5) Nampak kuat dimata pelabur
Jika dapat pelabur yang sangat tekankan pematuhan dan pengurusan. Antara perkara yang mereka minta ialah pematuhan dari sudut cukai. Dimata mereka, jika pematuhan ni dapat dilakukan. Maka anda dianggap Genuine dalam perniagaan.
6) Elak dapat sekatan keluar negara
Ini antara perkara yang LHDN ada kuasa untuk buat tindakan jika dapati pemilik bisnes itu layak tapi tidak hantar borang cukai serta buat bayaran. Jika banyak kali amaran dan notis dibuat pada pemilik bisnes tersebut dah dibuat. Dalam masa tiada respond, maka LHDN boleh kerjasama dengan Imigresen untuk sekat anda ke luar negara.
Semoga bermanfaat.
Anda memerlukan khidmat nasihat berkenaan hal-hal persyarikatan seperti percukaian, perakaunan, pengurusan sumber manusia dan pengurusan perniagaan? Hubungi AMACC di talian 03-89208081 atau 011-57536685 (Advisory Department). Lebih mudah isikan maklumat anda di SINI.
“DAPATKAN ILMU2 BISNES SECARA PERCUMA DARI MENTOR2 USAHAWAN YANG BERPENGALAMAN DARI PELBAGAI BIDANG BISNESS + PERCUMA TEMPLATE PENGURUSAN DUIT BISNES BERNILAI RM97 SEKARANG!”
WEBSITE:
JOIN OUR TELEGRAM GROUP:
https://t.me/geniususahawanadvisory
Add a Comment