Bila Berduit, Jangan Lupa 11 Perkara

Sebagai insan biasa, normal jika kita berasa gembira dan lapang hati bila duit bukan lagi menjadi masalah kita. Bila berduit ni, apa saja yang kita mahu dan perlukan bukan lagi menjadi satu masalah.

.

Tapi sebagai pemilik bisnes dan sebagai seorang usahawan janganlah anda sesekali lupakan 11 perkara ini bila anda mempunyai duit yang banyak;

1) Jangan lupa kita menjalankan tanggungjawab kita pada Allah swt, iaitu berzakat dan membantu orang yang memerlukan.

.

2) Jangan lupa hubungan kita dengan pembekal (supplier), bank atau sesiapa creditors. Maksudnya jangan kita lupa hutang pada mereka. Bayarlah hutang jika sudah mengguna servis atau sudah berjaya menjual produk mereka .

.

3) Jangan lupa bahawa anda perlu melakukan beberapa pematuhan (compliances) seperti cukai, Kastam, SSM dan lain-lain badan berkanun yang diberi tanggungjawab untuk mendapat hasil dari perniagaan. Agar kita sentiasa dapat melakukan perniagaan dengan baik dan harmoni.

.

4) Jangan lupa saat kita berada diatas, kita boleh berada dibawah. Maka sentiasa ingat bila kita berduit, ada masa kita boleh tiada duit. Maka perlunya kita punyai kekuatan reserved untuk hadapi segala kemungkinan yang bakal berlaku akan datang.

.

5) Saat kita berduit, jangan kita lupa pada staff dan pasukan yang bersama dalam menaikkan dan mengurus perniagaan anda. Maka jangan lupa untuk mempunyai beberapa amaun atau peruntukan untuk mereka.

.

6) Jangan lupa bahawa produk dan servis perlu sentiasa ditingkatkan untuk bersedia dengan pesaingan yang wujud. Maka jangan lupa untuk sentiasa lakukan development pada produk dan servis anda ada, supaya tidak ketinggalan dengan perubahan persekitaran, teknologi dan persaing.

.

7) Mantapkan sistem yang perlu wujud dalam syarikat anda, seperti sistem CRM (Customer Relationship Management), sistem penerimaan duit (ecommerce), sistem kawalan pekerja dan banyak lagi. Untuk mewujudkan kestabilan dan kecekapan dalam proses perniagaan kita

.

8) Belilah aset yang dapat meningkatkan produk dan servis kita. Bukan hanya beli aset yang untuk tunjukkan kekuatan individu atau syarikat, sebagai contoh mustang atau velfire.

.

9) Tambahkan duit anda dengan melakukan beberapa pelaburan. Pelaburan ini ada yang low risk dan high risk. Maka dalam keadaan begini, anda kena tahu pelaburan yang terbaik untuk dilakukan.

.

10) Sebelum kita kehilangan semua yang kita bina. Pastikan anda laburkan sedikit untuk pastikan perniagaan anda tidak alami masalah jika berlaku kejadian seperti kematian keyman (orang utama yang menjalankan perniagaan), masalah dalaman (antara shareholder atau director).

Maka anda perlu sentiasa mempunyai persediaan seperti ambil takaful/insurans, wasiat, hibah dan upah lawyer untuk perjanjian.

.

11) Selain anda ambil gaji secara bulanan. Bila ada duit dan anda ingin reward diri anda, ambillah dalam bentuk dividen atau reward dalam bentuk bonus. Raikan diri anda selepas bisnes anda mempunyai kejayaan atau perolehi keuntungan.

 

Semoga Bermanfaat.

 

 


“DAPATKAN ILMU2 BISNES SECARA PERCUMA DARI MENTOR2 USAHAWAN YANG BERPENGALAMAN DARI PELBAGAI BIDANG BISNESS + PERCUMA TEMPLATE PENGURUSAN DUIT BISNES BERNILAI RM97 SEKARANG!” ?

WEBSITE:

https://geniususahawan.com/

JOIN OUR FACEBOOK GROUP: Circle Genius Usahawan

https://www.facebook.com/groups/395348818323634

JOIN OUR TELEGRAM GROUP:

https://t.me/geniususahawanadvisory

 

.

#GenU

#MaxCashReserve

#KonvensyenGeniusUsahawan

#Ceoflix

#FinacialSwagger

5 Kelebihan Syarikat Sdn Bhd Yang Anda Perlu Tahu

Ada beberapa perubahan yang berlaku pada Akta Syarikat 2016. Perubahan ini masih ramai yang tidak tahu dan gunakan. Selain perubahan pada akta syarikat 2016 ini.

Terdapat juga perubahan pada Penjana, dimana ada beberapa kelebihan untuk mereka yang buka Sdn Bhd.

.

1) Menurut akta yang baru, anda boleh buka Sdn Bhd dengan sendiri. Hanya perlu ke SSM dan lakukan proses untuk buka Sdn Bhd. Cuma anda kena tahu, dalam masa sebulan selepas anda buka/daftar anda perlu cari setiausaha syarikat.

.

2) Pembayaran untuk buka Sdn Bhd kini tidak mahal seperti sebelum ini, dimana sebelum ini harga buka Sdn Bhd bergantung kepada nilai modal dibenarkan.

Sejak wujudnya akta baru ni, modal dibenarkan tidak lagi wujud. Kos pembukaan paling maksimun sepatutnya dalam RM3000.

.

3) Dulu buka Sdn Bhd perlukan 2 orang untuk jadi shareholder atau pengarah syarikat. Kini seorang pengarah atau seorang pemegang saham pun dah boleh diluluskan.

Oleh kerana sebelum ini, banyak sangat kes syarikat yang tidak dapat ditutup sebab salah seorang pemegang saham dan pengarah tidak bagi kerjasama atau MIA (missing in action)

.

4) Mesyuarat tahunan atau Annual general Meeting (AGM) tidak wajib dilakukan, sebelum ini AGM menjadi kemestian, tapi kina bergantung pada keputusan pemegang saham.

.

5) Dulu, apa pun situasi syarikat anda, wajib membuat laporan audit untuk dihantar ke SSM. Kini Ada 3 situasi anda tidak perlu buat audit;

a) Dormant

– Dimana syarikat tidak melakukan sebarang aktiviti dalam syarikat termasuk melakukan perbelanjaan gaji. Selain lakukan perbelanjaan wajib seperti secretary fees, audit dan lain-lain.

b) Zero revenue

– Syarikat yang tidak mempunyai pendapatan pada tahun kewangan semasa dan 2 tahun kewangan sebelumnya

– Jumlah asset dalam Penyata Kewangan (Financial Statements) semasa tidak melebihi RM300,000 dan juga dalam Penyata Kewangan dua tahun kewangan sebelumnya

c) Threshold Qualified

– Jumlah pendapatan yang diperolehi tidak melebihi RM100,000 pada tahun kewangan semasa dan untuk 2 tahun kewangan terakhir sebelumnya

– Jumlah asset dalam Penyata Kewangan semasa tidak melebihi RM300,000 dan dalam Penyata Kewangan untuk 2 tahun sebelumnya

– Pekerja tidak melebihi daripada 5 orang pada tahun kewangan semasa dan untuk 2 tahun kewangan sebelumnya

 

Semoga Bermanfaat.

 

 


“DAPATKAN ILMU2 BISNES SECARA PERCUMA DARI MENTOR2 USAHAWAN YANG BERPENGALAMAN DARI PELBAGAI BIDANG BISNESS + PERCUMA TEMPLATE PENGURUSAN DUIT BISNES BERNILAI RM97 SEKARANG!” ?

WEBSITE:

https://geniususahawan.com/

JOIN OUR FACEBOOK GROUP: Circle Genius Usahawan

https://www.facebook.com/groups/395348818323634

JOIN OUR TELEGRAM GROUP:

https://t.me/geniususahawanadvisory

 

#GenU

#MaxCashReserve

#KonvensyenGeniusUsahawan

#Ceoflix

#FinacialSwagger

Untung Ada, Tunai Pula Takda?

Sebelum ni selalu saya katakan bila buat marketing, pastikan ada untung. Bukan hanya pada jumlah jualan. Cuma kali ni berbeza sikit, bila ada untung duit pula tak tahu ke mana.

Ini saya bezakan untung atas kertas dengan untung yang genuine. Bagi saya untung genuine ni yang boleh masuk jadi cash. Bukan ia ke tempat lain. Maka pentingnya kena faham maksud untung genuine ni.

Antara sebabnya;

1) Untung disebabkan stok yang banyak. Stok yang banyak sebenarnya boleh menjadikan syarikat dalam keuntungan, ini kerana stok ini adalah aset yang boleh dijadikan keuntungan akan datang. Maka jika anda bayar untung kat sini, ia bukan untung yang genuine untuk tahun semasa.

.. Jangan simpan stok yang banyak, jika tidak mempunyai stok turnover yang cepat.

.

2) Untung telah dirompak oleh pemilik sendiri. Pemilik bisnes wujudkan perbelanjaan perbadi yang banyak untuk ditanggung oleh syarikat. Kononnya untuk kurangkan cukai syarikat, tapi sebenarnya habiskan atau rompak duit syarikat.

… Maka mesti ada plan urus kewangan peribadi dan syarikat.

.

3) Untung banyak kena bayar hutang yang dicipta oleh syarikat. Untung syarikat dikira hanya setelah tolak faedah pinjaman, tanpa bayaran pokok. Maka bila duit keluar tidak sama dengan belanja yang wujud untuk dalam penyata untung rugi.

… Kurangkan ambil hutang yang tinggi, seperti kenderaan atau aset tetap yang tidak hasilkan pendapatan.

.

4) Untung yang wujud tapi terpaksa bayar hutang pembekal atau hutang pihak ketiga yang sebelum ini. Bila untung wujud, ada pula hutang kena bayar. Ini antara akibat duit tunai tidak wujud dalam syarikat. Maka untuk elak ini berlaku kena lah bijak mengurus bayaran dan tempahan dari pembekal. Untuk elak hutang yang banyak.

.

5) Beli aset tetap dengan tunai, antara yang paling sering dilakukan ialah pembelian kenderaan dan aset kehendak diri. Ini sering berlaku sebab bila baki bank nampak macam menarik, mulalah pemilik syarikat akan fikir utk raikan diri. Tidak slaah, cuma ia jadi masalah jika tidak fikir kekuatan untuk syarikat.

.

6) Untung banyak tapi buat renovation pada syarikat. Buat renovation jenis yang mewah selalu akan menjerat kekuatan tunai. Sebab perlu nampak wowwww, baru orang yakin. Tidak salah untuk nak nampak woww. Cuma biarlah kita bawa wow tu boleh wujudkan jualan dan keuntungan untuk syarikat.

.

7) Wujudnya bad debts, tidak tuntut hutang dari customer lebih setahun. Ini antara sebab syarikat akan ada masalah tunai. Untung ada tapi duit masih ada pada customer. Atau dengan kata lain mereka tak bayar. Lebih masalah jika hutang tersebut langsung tidak berbayar.

.

8) Antara sebab duit kita tidak banyak ialah disebabkan bayar cukai atau kompaun. Cuma ia bukan lah sebab duit berkurangan sepenuhnya. Selalunya duit ini akan berkurangan jika mula wujud tiada perancangan cukai dan bayaran. Perancangan yang tak betul boleh sebabkan kompaun. Maka fikirkan betul-betul tentang nak larikan cukai.

Penyelesaian yang boleh dilakukan antaranya;

1) Ambil gaji tetap daripada sentiasa ambil duit dalam syarikat

2) Ambil dividen akhir tahun jika ada untung

3) Asingkan duit operation dengan duit reserved

4) Asingkan duit ke investment, dari nampak nak ambil jer

5) rancang cukai dengan betul, supaya tiada masalah cukai terutama kompaun.

 

Semoga Bermanfaat.

—-

” DAPATKAN ILMU2 BISNES SECARA PERCUMA DARI MENTOR2 USAHAWAN YANG BERPENGALAMAN DARI PELBAGAI BIDANG BISNESS + PERCUMA TEMPLATE PENGURUSAN DUIT BISNES BERNILAI RM97 SEKARANG!” ?

 

WEBSITE: Genius Usahawan

https://geniususahawan.com/

 

JOIN FACEBOOK GROUP: Circle Genius Usahawan

https://www.facebook.com/groups/395348818323634

 

.

#GenU

#MaxCashReserve 

#KonvensyenGeniusUsahawan

#Ceoflix

#FinacialSwagger

5 Akibat Jika Duit Jualan Bisnes Tak Masuk Dalam Akaun Bank Syarikat

Kisah benar yang berlaku kepada satu syarikat ini yang hilang hampir RM100 ribu akibat duit hasil jualan tak dimasukkan ke dalam bank.

Alasannya, duit tersebut senang nak digunakan untuk membayar kepada supplier dan juga untuk kegunaan kedai.

Tambahan lagi, pengarah berikan sepenuh kepercayaan pada pekerja kedai untuk uruskan duit jualan tersebut.

Selepas setahun, pihak kami melakukan audit terhadap syarikat tersebut, kami dapati hampir RM100 ribu tidak dimasukkan ke dalam bank.

Disebabkan sikap tidak ambil serius terhadap pengurusan dan kutipan tunai jualan, akibatnya syarikat menanggung pelbagai masalah dan kerugian yang berlipat ganda, seperti;

  1. Duit hilang, taktahu digunakan untuk apa
  2. Untung tinggi, tapi tunai sentiasa tak cukup
  3. Terpaksa hutang dengan supplier
  4. Cukai tinggi – sebabnya rekod untung banyak walaupun duit tak ada
  5. Tak tahu jumlah sebenar untung/rugi syarikat

Jadi, sebagai pemilik perniagaan anda wajib tahu bagaimana caranya untuk menguruskan duit jualan anda.

Simpan duit jualan dalam bank dan buat jadual penyimpanan bila perlu dimasukkan ke dalam bank.

Jangan terlalu lama dibiarkan tak masukkan ke dalam bank.

Satu lagi, penting untuk anda rekod setiap urusan yang berkaitan dengan wang perniagaan anda. Ini ramai yang abaikan, bila duit tak cukup, duit hilang, baru terkapai-kapai cari ke mana perginya duit tersebut sedangkan untung perniagaan tinggi.

PROGRAM SUBSIDI UPAH (PSU)

‘Perluasan PSU dibawah PENJANA’

Di bawah Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA), Program Subsidi Upah (PSU) telah dilanjutkan untuk 3 bulan tambahan, menjadikan tempoh bagi PSU ini adalah selama 6 bulan.

Objektif utama adalah untuk menggalakkan pengekalan pekerja dan mengurangkan kehilangan pekerjaan melalui Program Subsidi Upah yang sedia ada.  

Ini merupakan salah satu usaha kerajaan dalam menjana semula ekonomi untuk membantu bukan sahaja syarikat dalam meneruskan operasi perniagaan tapi ianya juga untuk mengelakkan pekerja daripada kehilangan pekerjaan.

Program ini khas untuk pekerja yang bergaji RM4,000 dan ke bawah sahaja. Kadar bayaran yang ditetapkan untuk bulan tambahan (Bulan ke 4, 5, 6) adalah sebanyak RM600 sebulan kepada setiap pekerja untuk tempoh 3 bulan.


Syarat – syarat kelayakan

PSU

 

Syarat-syarat lain:-

  1. Majikan perlu mengekalkan semua pekerja yang bergaji RM4,000 dan ke bawah
  2. Dibenarkan untuk mengurangkan waktu bekerja / pengurangan gaji selepas berunding dengan pekerja

 

Tarikh Permohonan

PSU berkuatkuasa mulai 1 April 2020 dan Tarikh akhir bagi permohonan adalah pada 30 September 2020 (tertakluk kepada baki dana yang diperuntukkan atau sebarang keputusan oleh Kerajaan)

 

Siapa yang TIDAK LAYAK memohon?

  1. Majikan atau perusahaan yang mendaftar dan beroperasi pada atau selepas 1 Januari 2020
  2. Majikan dan pekerja yang belum berdaftar atau mencarum dengan PERKESO sebelum 1 April 2020
  3. Pekerja yang bergaji melebihi RM4,000 sebulan
  4. Pekerja yang telah diberhentikan kerja
  5. Merka yang bekerja sektor awam, badan berkanun, persekutuan dan negeri, semua badan berkanun yang diasingkan saran, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan mereka yang bekerja sendiri (tidak mempunyai majikan) termasuk Freelancers
  6. Pekerja asing dan pegawai dagang (expatriate)
  7. Majikan yang menarik diri dari permohonan PSU selepas mengemukan permohonan selepas atau pada 15 Jun 2020

 

EMPLOYMENT RETENTION PROGRAM (ERP)

  1. Mulai 15 Jun 2020, program ERP akan digabungkan di bawah PSU
  2. Perluasan PSU ini meliputi:
    • Pekerja yang diarahkan mengambil cuti tanpa gaji (CTG)
    • Dengan syarat, bekerja di sektor pelancongan atau sektor-sektor yang tersenarai dalam aktiviti ekonomi yang masih dilarang semasa tempoh PKPP
    • Majikan boleh terus memohon PSU, dengan syarat pekerja menerima bayaran subsidi secara langsung



Maklumat lanjut boleh rujuk  SINI atau layari www.perkeso.com.my

Semoga Bermanfaat.

 


#AMS


Untuk info tentang pengurusan bisnes, saya ada didalam

1) Facebook pages
@GenU

2) Telegram
@Genius Usahawan Advisory Channel

3) Instagram
@Genius Usahawan 

 

#amaccgroup
#perkeso
#subsidiupah


Anda memerlukan khidmat nasihat berkenaan hal-hal persyarikatan seperti percukaian, perakaunan,  pengurusan sumber manusia dan pengurusan perniagaan? Hubungi AMACC di talian 03-89208081 atau 011-57536685 (Advisory Department) atau emailkan kepada contact@amacc.com.my Lebih mudah isikan maklumat anda di sini. Kami sedia membantu.

URUS BISNES ANDA

URUS BISNES ANDA: KUKUH, KEKAL, KEMBANG

Kenapa penting untuk urus bisnes anda? Pengurusan bisnes amat penting untuk memastikan operasi perniagaan berjalan dengan lancar.

Ramai peniaga di luar sana, hanya fikirkan kepentingan menghasilkan duit tanpa mengambil kira pengurusan yang boleh menyebabkan ketidakstabilan dalam operasi perniagaan anda.

Banyak sebenarnya cara terbaik untuk anda urus perniagaan anda.

Dalam artikel ini saya kongsikan beberapa perkara yang mungkin anda boleh contohi

1. Tetapkan matlamat / objektif

  • Matlamat / objektif membantu menetapkan hala tuju sesebuah syarikat dan pastikan fokus utama perniagaan tidak tersasar.
  • Tanpa adanya matlamat, visi dan misi yang jelas, anda tidak akan mempunyai semangat dan bermotivasi untuk terus berkembang maju.

 

2. Sasarkan jualan / keuntungan

  • Setiap perniagaan perlu menetapkan berapakah jumlah jualan / keuntungan yang mereka ingin capai
  • Tanpa sasaran, perniagaan tidak ada motivasi untuk bergerak ke hadapan dalam usaha untuk mencapai keuntungan


3. R&D

  • Sentiasa kemaskini dan ambil tahu trend terbaru yang bersesuaian dengan kehendak pelanggan.
  • Ketahui apakah trend terbaru dan lakukan pembaharuan dalam produk / servis yang dikeluarkan
  • Kunci utama, jangan syok sendiri dengan produk / servis yang anda tawarkan


4. Kawal perbelanjaan overhead

  • Peniaga perlu bijak dalam mengawal dan meminimakan kos overhead yang dikeluarkan.
  • Contoh kos overhead : bil air, elektrik, gaji pekerja, sewa premis, bil internet dan telefon
  • Urus kewangan bisnes anda dengan baik dan sistematik


5. Tetapkan prioriti

  • Terlalu banyak perancangan yang dibuat sehingga menimbulkan kekeliruan
  • Dalam setiap urusan perniagaan perlu ada prioriti, kena tahu perkara apa yang perlu diutamakan dan yang perlu didahulukan.
  • Perlu rancang agar tenaga dan masa tidak habis sia-sia untuk perkara yang tidak menguntungkan


6. Lakukan mengikut bidang, kemahiran dan kepakaran

  • Perniagaan yang dijalankan perlulah seiring dengan kemampuan dan kemahiran yang diperolehi.
  • Tanpa kemahiran dan pengetahuan yang sesuai, perniagaan boleh menghadapi risiko kegagalan kerana pengurusan dan operasi perniagaan tidak dapat dikawal dengan sebaiknya

 

Semoga Bermanfaat.

—-

Penulisan:

HAYA NAJWA,

Advisory Executive , 
AMACC Corporate Services Sdn. Bhd.

 


#GenU
#BizMap

 

Untuk info tentang pengurusan bisnes, saya ada didalam

1) Facebook pages
@GenU

2) Telegram
@Genius Usahawan Advisory Channel

3) Instagram
@Genius Usahawan 

#amaccgroup


Anda memerlukan khidmat nasihat berkenaan hal-hal persyarikatan seperti percukaian, perakaunan,  pengurusan sumber manusia dan pengurusan perniagaan? Hubungi AMACC di talian 03-89208081 atau 011-57536685 (Advisory Department) atau emailkan kepada contact@amacc.com.my Lebih mudah isikan maklumat anda di sini. Kami sedia membantu.

 

 

SYARIKAT SDN BHD

Apa yang perlu anda tahu?

Syarikat SDN BHD, perkataan yang selalu dikaitkan dengan jenis perniagaan yang banyak ditubuhkan. Ada yang telah naik taraf dari Enterprise kepada SDN BHD. Tetapi untuk naik taraf atau menubuhkan syarikat SDN BHD ada beberapa perkara yang anda perlu tahu.

Semoga bermanfaat.

 

1. Penubuhan & Pemilikan syarikat

Syarikat – Syarikat Berhad dihadkan dengan saham. Saham syarikat ini tidak boleh dijual kepada orang awam. Syarikat sendirian berhad ditubuhkan dengan matlamat untuk memperolehi keuntungan. Pemilik syarikat ini, berdasarkan akta baru boleh dimiliki oleh seorang individu. Setiap penubuhan syarikat perlu membuat pendaftaran penubuhan syarikat  kepada SSM (Suruhanjaya Syarikat Malaysia).

.

2. Pengurusan syarikat

Selalunya Pemilik syarikat sendirian berhad merupakan pemegang saham terbesar syarikat. Pemilik syarikat boleh memilih untuk terlibat atau tidak, dalam urusan syarikat. Setiap keputusan berkenaan dengan syarikat perlu mendapatkan sokongan dan dipersetujui oleh setiap ahli Lembaga Pengarah Syarikat. Ketua Pengarah Urusan merupakan ialah individu yang dilantik untuk menguruskan syarikat. Jawatan ini boleh diberikan kepada pemegang saham syarikta ataupun individu yang bukan pemegang saham.

Pengurusan syarikat SDN BHD perlu dibantu oleh Setiausaha Syarikat (Company Secretary) dalam hal-hal mengendalikan syarikat. Sekurang kurangnya seorang setiausaha perlu dilantik oleh syarikat. Setiausaha syarikat merupakan pegawai syarikat dan penasihat kepada Lembaga Pengarah Syarikat.

.

3. Risiko & keuntungan Syarikat

Syarikat SDN BHD dan pemilik syarikat merupakan dua entiti yang berasingan. Keuntungan dan kerugian syarikat tidak akan menjejaskan pemilik syarikat. Risiko yang di hadapi syarikat tidak akan mengugat hak personal pemilik syarikat. Keuntungan juga bukan sepenuhnya milik pemilik syarikat.

.

4. Cukai yang akan dikenakan

Sama seperti perniagaan dan jenis syarikat yang lain, cukai tetap akan dikenakan ke atas syarikat SDN BHD. Kesemua perbelanjaan yang terlibat dalam pendapatan sebuah Syarikat Sdn Bhd itu boleh diberi pelepasan bagi tujuan cukai pendapatan. Pelepasan cukai termasuklah faedah ke atas pinjaman yang diambil bagi modal pusingan, gaji pekerja, komputer, kereta dan yuran audit.

 

—-

Disediakan oleh:

Azzareena Syahirah,

Senior Executive, 
AMACC Corporate Services Sdn. Bhd.

Original Artikel: The Usahawan


#GenU
#Business Booster

Untuk info tentang pengurusan bisnes, saya ada didalam

1) Facebook pages
@GenU

2) Telegram
@Genius Usahawan Advisory Channel

 

#amaccgroup


Anda memerlukan khidmat nasihat berkenaan hal-hal persyarikatan seperti percukaian, perakaunan,  pengurusan sumber manusia dan pengurusan perniagaan? Hubungi AMACC di talian 03-89208081 atau 011-57536685 (Advisory Department) atau emailkan kepada contact@amacc.com.my Lebih mudah isikan maklumat anda di sini. Kami sedia membantu.

 

AMBIL ALIH SYARIKAT @ PERNIAGAAN

LANGKAH YANG PERLU DIAMBIL SEBELUM AMBIL ALIH SYARIKAT @ PERNIAGAAN ORANG LAIN

Baru ini saya jumpa seorang kenalan. Gaya agak cemas. Bila tanya, rupanya nak tahu prosedur ambil alih aset dan kilang syarikat lain.

Bunyi memang macam untung jer dapat ambil alih perniagaan orang lain.  Tapi awas,  kalau salah langkah anda boleh kerugian lebih banyak. Banyak kes saya jumpa, jarang orang nak jual perniagaan atau aset mereka jika perniagaan mereka tiada masalah.

Untuk jadikan cerita, klien ini sudah keluarkan duit hampir RM50k lebih. Bila saya tanya apa yang dia bayar. Beliau sudah bayar deposit dan hutang lama syarikat tersebut. Jumlah keseluruhan jualan tersebut bernilai RM200K.

Soalan saya seterusnya, ada sebarang perjanjian tak untuk pembelian ini. Jawapannya, hanya melalui senarai dalam whatssap. Alamak, saya dah mula risau. Whatssap bukan perjanjian yang kuat untuk jadikan bukti jika berlaku masalah.

Saya rujuk pula tentang proses pindahan pengarah dan pemegang saham.  Belum berlaku sebarang perpindahan disebabkan pemilik lama hendak ada syer dalam syarikat jika tidak mereka tidak bayar penuh.

Fuhhhh bahaya ni, Jika pemilik lama masih ingin ada dalam syarikat terutama sebagai pemegang saham.  Bermakna dia masih boleh terima dividen dan boleh jual syer dia dengan harga tinggi bila syarikat dah stabil atau maju.

Ok lah, jom saya bagi langkah yang sebaiknya sebelum anda berminat nak ambil alih perniagaan atau syarikat orang lain.

—————————————

Langkah #1.

Dapatkan data-data dibawah:-

1) Semak dengan pihak LHDN, jika ada sebarang hutang yang berkaitan dengan syarikat.

2) Semak dengan Bank Negara, jika syarikat ini ada hutang atau tidak dengan bank lain.

3) Semak dengan SSM, untuk ketahui sudah buat serah simpan laporan tahunan atau penyata kewangan beraudit

4) Jika ia melibatkan kilang atau klinik, dapatkan kelulusan yang penting seperti sijil halal atau sijil keselamatan.

5) Buat semakan kawasan pejabat atau kilang, bil TNB, bil air, bil telefon, semakan kerosakan premis, 

 

Langkah #2

1) Buat semakan termasuk kos yang perlu ditanggung terutama melibatkan kompaun, hutang dan sebarang renovasi yang perlu dibuat.

2) Sebaiknya bayaran untuk pembelian tersebut sudah ditolak dengan kos yang perlu ditanggung. Atau sekurangnya ketahui berbaloi atau tidak dengan tawaran dibuat.

 

Langkah #3

1) Jika dah rasa setuju, jangan terus keluarkan cek. Buat perjanjian dengan pemilik asal (sebaiknya dengan lantikan peguam)

2) Pastikan perjanjian ada beberapa perkara dibawah:-

– Aset yang ingin dijual

– Tiada tanggungan hutang dengan pembekal sebelum ambil alih (kecuali anda boleh kawal penghutang sebelum ini untuk bayar pembekal)

– Apa yang ingin dijanjikan untuk dijual seperti lesen kilang, ISO, trademark dan sijil halal.

– Cara bayaran untuk elak belian tidak adil

– Proses perubahan pada pemegang saham dan pengarah. Sebaiknya jangan letak nama pemilik lama dalam syarikat.

 

Langkah #4

– Dapatkan pandangan setiausaha syarikat, untuk pastikan kelancaran proses ambil alih

– Antara yang anda boleh buat dengan mereka: –

1) Pastikan mereka uruskan pertukaran pengarah dan pemegang saham sebelum bayaran dibuat sepenuhnya

2) Pastikan mereka tahu perjanjian anda dengan penjual

3) Dapatkan maklumat tambahan tentang status kemaskini syarikat tersebut dengan LHDN dan SSM.

 

Langkah diatas sangat penting untuk anda tahu supaya dapat mengelakkan kita ditipu atau ada masalah dikemudian hari.   Sebab jarang orang ingin jual syarikat jika tiada masalah. Ikuti langkah diatas untuk mengelakkan berlaku masalah dikemudian hari dan menjadi beban kepada kita.

——-

#BusinessBooster
#GenU
#amaccgroup


Nak tahu lagi banyak info bisnes, follow dan join saya di

1) fb pages
@amsyari shakur

2) telegram
http://bit.ly/AmsyariShakur

 

#AMS


Anda memerlukan khidmat nasihat berkenaan hal-hal persyarikatan seperti percukaian, perakaunan,  pengurusan sumber manusia dan pengurusan perniagaan? Hubungi AMACC di talian 03-89208081 atau 011-57536685 (Advisory Department) atau emailkan kepada contact@amacc.com.my Lebih mudah isikan maklumat anda di sini. Kami sedia membantu.

TIP MENULIS PELAN PERNIAGAAN (BUSINESS PLAN)

5 perkara utama ini perlu anda buat sebelum sediakan pelan perniagaan.

1. Rangka setiap proses dalam menjalankan perniagaan.

2. Rangka kos-kos yang diperlukan.

3. Kenal pasti kemahiran dan siapa yang diperlukan.

4. Kenal pasti pasaran yang bersesuaian.

5. Kenal pasti pesaing dalam pasaran.

Bila semua ini sudah dikenal pasti baru mudah anda nak buat pelan perniagaan.

.

Apa pula perkara wajib yang perlu ada?

1. Maklumat Perniagaan

Anda perlu gambarkan secara ringkas dan spesifik maklumat perniagaan anda seperti, nama syarikat, tarikh penubuhan, aktiviti-aktiviti utama perniagaan dan termasuk juga maklumat pengurusan organisasi.

 

2. Analisis Pasaran

Ramalkan apa yang diperlukan oleh pelanggan, tentukan siapakah sasaran pelanggan dan juga saiz pasaran. Selain itu, penting juga untuk anda menjelaskan keunikan barang atau servis yang ingin ditawarkan kepada pelanggan anda.


3. Pesaing Bisnes Anda

Kenal pasti siapakah pesaing utama perniagaan anda dan buat satu analisis untuk mengetahui apakah kekuatan dan kelemahan yang ada pada pesaing.


4. Strategi Operasi 

Bahagian ini anda perlu senaraikan semua aktiviti yang terlibat daripada penyediaan produk hingga pengeluaran produk. Selain itu, senaraikan juga bahan atau alatan yang digunakan dalam penyediaan produk anda. Gambarkan juga ruang yang digunakan dalam menjalankan aktiviti perniagaan anda dan tenaga buruh / pekerja yang diperlukan.


5. Rancangan Kewangan.

Rancangan kewangan ini perlulah disediakan untuk memudahkan pembaca memahami dan menilai status perniagaan anda. Analisis kewangan boleh dibuat berdasarkan satu pro forma penyata kewangan yang lengkap dan terperinci. 

Penyata kewangan yang diperlukan:

a. Penyata aliran tunai

b. Penyata untung rugi

c. Kunci kira-kira

.

Tidak kiralah sama ada anda seorang usahawan atau tidak, mereka yang benar-benar boleh realisasikan apa yang diinginkan, adalah mereka yang menulis pelan perniagaan berbanding yang hanya berkata-kata dan berangan-angan dalam kepala.

 


Nak tahu lagi banyak info bisnes, follow dan join saya di

1) fb pages
@amsyari shakur

2) telegram
http://bit.ly/AmsyariShakur

 

#AMS
#businessplan


Anda memerlukan khidmat nasihat berkenaan hal-hal persyarikatan seperti percukaian, perakaunan,  pengurusan sumber manusia dan pengurusan perniagaan? Hubungi AMACC di talian 03-89208081 atau 011-57536685 (Advisory Department) atau emailkan kepada contact@amacc.com.my Lebih mudah isikan maklumat anda di sini. Kami sedia membantu.

PELAN PERNIAGAAN (BUSINESS PLAN)

KEPENTINGAN PELAN PERNIAGAAN (BUSINESS PLAN) KEPADA BISNES ANDA

Dalam artikel sebelum ni, saya ada kongsikan mengenai 10 punca kenapa syarikat anda gulung tikar?

Salah satu puncanya ialah bila anda buat bisnes tapi tak ada perancangan yang jelas berkenaan matlamat, operasi dan strategi. Lemah merancang sampai ‘terlupa’ nak tetapkan matlamat. Akhirnya, bisnes yang dijalankan pun tak kemana. 

Sebab itu, jika kita berniat serius untuk berniaga kita perlu ada dokumen bertulis yang menjelaskan tentang bisnes yang kita buat. Barulah kita tak ‘sesat’.

Dokumen inilah yang dipanggil kertas kerja perniagaan, pelan perniagaan atau Business Plan.

—————————————

Kenapa penting dan perlu ada Business Plan?

  1. Sebagai panduan supaya usahawan dapat capai matlamat yang diinginkan.
  2. Bantu usahawan kekal fokus dengan objektif yang telah ditetapkan.
  3. Sebagai dokumen sokongan yang penting untuk dapatkan dana atau pelaburan dalam perniagaan.
  4. Dari Business Plan ini jugalah anda dapat lihat dan jelas dengan bisnes yang anda buat. Sama ada mampu berkembang dan berdaya saing dalam industri yang anda ceburi atau tidak.

Nampak saja mudah, tetapi inilah langkah pertama yang anda tak boleh abaikan. Jatuh hukum wajib buat jika anda mahu berjaya.

.

Siapa yang memerlukan Business Plan?

Ada 4 golongan yang memerlukan Business Plan.

  1. Usahawan
  • Menetapkan fokus kepada matlamat dan objektif yang ingin dicapai. Usahawan perlu lebih faham bisnes mereka berbanding orang lain. Mereka perlu tahu bila masa yang sesuai untuk capai apa yang dirancang dalam bisnes.
  1. Pelabur
  • Menilai prestasi sesebuah bisnes sebelum membuat keputusan untuk melabur ke dalam bisnes tersebut. Pelabur akan menilai sekiranya bisnes tersebut mampu untuk berkembang lebih jauh dan mendatangkan keuntungan.
  1. Institusi kewangan
  • Menilai kekuatan bisnes dari segi operasi, pengurusan dan kewangan dalam membayar balik pinjaman atau dana yang diperlukan oleh usahawan
  1. Kakitangan syarikat
  • Kakitangan syarikat perlu fahami matlamat dan objektif utama syarikat untuk bersama-sama membangunkan bisnes dan bergerak seiring dengan apa yang pemilik mahukan. Mereka perlu tahu apa matlamat, tujuan dan peranan dan tanggungjawab mereka.

Sebab itu pentingnya Business Plan diurus dan disediakan dengan lebih bersistematik supaya setiap orang yang terlibat faham kenapa ia wujud.

Tak ada lah nanti anda ‘berjalan’ tanpa tujuan.

Ingat! Dokumenkan apa yang anda mahu capai supaya pemikiran dan idea lebih jelas.

 

business plan

Info berkaitan: Tip Menulis Rancangan Perniagaan


Untuk info tentang pengurusan bisnes, saya ada didalam

1) fb pages
@amsyari shakur

2) telegram
http://bit.ly/AmsyariShakur

 

#celikbisness
#amaccgroup
#AMS


Anda memerlukan khidmat nasihat berkenaan hal-hal persyarikatan seperti percukaian, perakaunan,  pengurusan sumber manusia dan pengurusan perniagaan? Hubungi AMACC di talian 03-89208081 atau 011-57536685 (Advisory Department) atau emailkan kepada contact@amacc.com.my Lebih mudah isikan maklumat anda di sini. Kami sedia membantu.