๐Ÿ“ ๐ฌ๐ž๐›๐š๐› ๐›๐จ๐ฅ๐ž๐ก ๐ฃ๐š๐๐ข ๐Š๐ž๐ฌ ๐Œ๐š๐ก๐ค๐š๐ฆ๐š๐ก (๐ฎ๐ง๐ญ๐ฎ๐ค ๐ฉ๐ž๐ฆ๐ข๐ฅ๐ข๐ค ๐›๐ข๐ฌ๐ง๐ž๐ฌ)


Pemilik bisnes jangan ambil ringan perkara dibawah, sebab isu ini boleh dibawa sehingga jadi kes mahkamah


1)ย  Buat perjanjian dengan pemegang saham yang lain, terutama bagaimana hendak selesai dengan baik jika wujud tidak persefahaman. Kalau tak ada, boleh jadi kes berebut di mahkamah untuk tuntut hak dan kemahuan.

2)ย  ย Jangan adakan kerjasama dengan orang di atas sebab hubungan keluarga, kawan baik, ustaz atau saudara mara. Kerjasamalah di atas sebab ingin ada hubungan professional. Sebab duit dan kuasa boleh mengkaburi manusia untuk bertindak luar siuman.

Maka jangan lupa buat perjanjian pengarah atau director agreement


3) Jika sdn bhd, pengarah yang ambil gaji, pastikan dapat persetujuan pemegang saham (jika wujud perbezaan antara pemegang saham dengan pengarah). Cara nak dapatkan ialah dengan buat resolusi antara pemegang saham.


4) Wujudkan perjanjian atau hibah pemegang saham untuk pemilikan yang ada dalam syarikat.

Jika tidak mahu ia jatuh pada orang yang bukan waris atau orang yang ingin dipilih. Jangan nanti dah meninggal atau cacat kekal, syarikat akan mengalami masalah sebab tiada peganti. Keluarga waris akan merana sebab tiada pendapatan.


5) Jangan ambil ringan tentang pengarah ambil duit untuk pelaburan atau peribadi.

Pastikan ada resolusi atau perjanjian untuk sebarang duit yang diambil.

Jika tidak ia boleh jadi isu tidak bersetuju atau pecah amanah.


Semua ni kami akan tekankan di dalam program 7 tangga Bisnes berkaitan dengan risiko. Jangan ambil ringan sebab kos dan kerugian agak tinggi, jika kita terkena.

Kenapa ni perlu diajar? bila melibatkan duit, saudara mara pun boleh jadi musuh.

Semoga bermanfaat

Amsyari Shakur
Founder AMACC dan
Coach GenU



Anda memerlukan khidmat nasihat berkenaan hal-hal persyarikatan seperti percukaian, perakaunan,ย  pengurusan sumber manusia dan pengurusan perniagaan? Hubungi AMACC di talian 03-89208081 atau 011-57536685 (Advisory Department). Lebih mudah isikan maklumat anda di SINI.ย 

ย 

“DAPATKAN ILMU2 BISNES SECARA PERCUMA DARI MENTOR2 USAHAWAN YANG BERPENGALAMAN DARI PELBAGAI BIDANG BISNESS + PERCUMA TEMPLATE PENGURUSAN DUIT BISNES BERNILAI RM97 SEKARANG!”ย 

WEBSITE:

https://geniususahawan.com/

JOIN OUR TELEGRAM GROUP:

https://t.me/geniususahawanadvisory

amaccc default posting

Manfaat Berupa Barangan Kepada Staff – Contohnya..

Manfaat berupa barangan merupakan manfaat yang majikan berikan pada pekerja berhubung dengan pekerjaan mereka. Sebarang manfaat yang diterima oleh pekerja adalah dikenakan cukai sebagai sebahagian daripada pendapatan kasar mereka.

Contohnya, sebuah kereta syarikat diberikan kepada pekerja untuk kegunaan peribadi, ini akan menjadi manfaat yang dikenakan cukai ke atas pekerja tersebut.

Manfaat ini tidak boleh ditukarkan kepada wang, walaupun mempunyai nilai wang. Ini bermaksud, apabila manfaat itu diberikan kepada pekerja tersebut, ianya tak boleh dijual, diserah hak atau ditukarkan dengan wang tunai.

Antara contoh manfaat berupa barangan ini antaranya:

i)      Kereta

ii)     Kelengkapan rumah โ€“ perabot, aircond

iii)    Kelengkapan dapur

iv)    Hiburan dan rekreasi โ€“ Piano, TV

v)      Manfaat atau pemberian telefon talian tetap, telefon bimbit, alat kelui dan PDA (didaftarkan atas nama majikan)

Semua Manfaat berupa barangan yang diterima oleh pekerja akan dikenakan cukai.

Majikan perlu jelas tentang pengiraan setiap manfaat yang diberikan dan perlu melaporkannya dalam Penyata Tahunan Saraan Pekerja (Borang EA atau EC) dan Borang E untuk Majikan.

Bagi pekerja pula, anda dikehendaki melaporkan pendapatan yang diterima termasuk semua jumlaH MBB dalam Borang B / BE masing-masing.

Makluman penting, majikan hendaklah simpan semua rekod dan resit berhubung dengan segala tuntutan bagi perbelanjaan yang dilakukan ke atas pekerja. Rekod dan resit ini hendaklah disimpan selama tujuh (7) tahun.

Pekerja juga dikehendaki menyimpan dokumen berhubung dengan segala penerimaan berkaitan dengan pendapatan penggajian termasuk MBB.

—-

Manfaat yang dikecualikan daripada Cukai;

Terdapat beberapa manfaat yang diterima oleh pekerja yang DIKECUALIKAN daripada dikenakan cukai, antaranya:

1.    Manfaat pergigian

2.    Manfaat penjagaan anak. โ€“ Pusat jagaan kanak-kanak yang disediakan oleh majikan untuk anak-anak pekerja

3.    Makan dan minum yang diberikan secara percuma

4.    Khidmat pengangkutan percuma yang disediakan di antara rumah/โ€œpick-up pointโ€ dan tempat kerja (pergi dan balik)

5.    Premium insurans wajib bagi pekerja asing bagi menggantikan sumbangan PERKESO

6.    Premium insurans berkelompok bagi melindungi pekerja sekiranya berlaku kemalangan

7.    Cuti semasa bekerja: tertakluk kepada pekerja dan ahli keluarga terdekat saja

i) Dalam Malaysia โ€“ tak lebih 3 kali setahun

ii) Luar negara โ€“ tak lebih dari sekali setahun dan terhad kepada RM3,000

8.    Manfaat yang digunakan oleh pekerja semata-mata untuk menjalankan tugas-tugasnya.

9.    Diskaun bagi produk majikan yang boleh digunakan atau perkhidmatan yang disediakan oleh majikan (bersyarat)

10.  Manfaat dan bil bulanan telefon talian tetap, telefon bimbit dan langganan jalur lebar (bersyarat)

11.  Manfaat rawatan perubatan

12.  Manfaat petrol (bersyarat)

—-

Walaubagaimanapun, pengecualian ini tak terpakai jika pekerja yang menerima MBB daripada majikan mempunyai kawalan ke atas majikannya.

Maksudnya disini, pekerja yang menerima MBB ini adalah pemilik, pekongsi, atau pemegang saham bagi syarikat/perniagaan tersebut.

 

Semoga bermafaat.

 


“DAPATKAN ILMU2 BISNES SECARA PERCUMA DARI MENTOR2 USAHAWAN YANG BERPENGALAMAN DARI PELBAGAI BIDANG BISNESS + PERCUMA TEMPLATE PENGURUSAN DUIT BISNES BERNILAI RM97 SEKARANG!” ?

WEBSITE: 

https://geniususahawan.com/

JOIN OUR FACEBOOK GROUP: 

https://www.facebook.com/groups/395348818323634

JOIN OUR TELEGRAM GROUP: 

https://t.me/geniususahawanadvisory

 

.

#GenU

#MaxCashReserve 

#SeminarGeniusUsahawan

#Ceoflix

#FinacialSwagger

amaccc default posting

Glamour ke Ada Syarikat Sdn Bhd?

Ramai usahawan disini memilih bergerak dengan entiti atau guna kenderaan Enterprise. Kata lain menggunakan pendaftaran di SSM sebagai pemilikan tunggal atau perkongsian. Malah tidak dinafikan masih ramai yang tidak tahu pro dan kontra setiap entiti yang wujud di Malaysia.

Saya setuju apa pun entiti atau kenderaan yang kita daftar di SSM, ianya melibatkan SSP, iaitu Seni, Strategi dan Pematuhan.

Apa yang dimaksudkan dengan cara atau seni kita menggunakannya?

Seni ialah bagaimana anda gunakan kelebihan dan kelemahan entiti tersebut.

Strategi ialah cara untuk kita wujudkan entiti tersebut menjadi kuat dan ambil kesempatan ke atas peluang yang ada.

Pematuhan ialah melibatkan perkara yang ada perlu tahu dari sudut cukai, SSM, Kastam dan lain-lain badan yang kawal pematuhan. Sebab ia melibatkan perkara yang berbeza dan kompaun yang berbeza.

Sini saya kongsi beberapa kelebihan dan kelemahan yang ada setiap kenderaan yang wujud:

1) Renew

– Mengunakan Sdn Bhd, tidak perlu renew di SSM setiap tahun berbanding dengan Enterprise. Namun Sdn bhd perlu kemaskini laporan audit dan Annual Return untuk pastikan ia kekal aktif. Jika tidak, ia boleh diarah winding up (tutup) oleh SSM

2) Liabiliti

– Bergerak dengan menggunakan kenderaan enterprise, jika ada saman atau tuntutan hutang, ia boleh bagi kesan pada aset peribadi pemilik.

– Manakala Sdn Bhd, liabiliti hanya jatuh pada syarikat. Tidak bagi kesan pada pemilik, kecuali pemilik menjadi penjamin hutang yang diterima

3) Continuity

– Jika berlaku kematian pada bisnes owner, maka enterprise ini juga akan terkubur. Jika partnership, tiada perjanjian untuk pengganti. Maka ia juga akan terkubur.

4) Cukai

– Secara kasar, jika keuntungan anda sudah lebih RM70k setahun. Kemungkinan besar anda memperolehi pendapatan boleh cukai melebihi RM70k. Jika itu berlaku, maka pemilihan Sdn Bhd boleh anda fikirkan.

– Ini kerana kadar cukai untuk enterprise akan lebih tinggi berbanding Sdn Bhd. Iaitu sebanyak 21% keatas, berbanding Sdn Bhd hanya 17% (untuk Sdn Bhd)

5) Formal

– Enterprise lebih bebas dan tidak banyak protokol. Manakala Sdn Bhd perlu resolusi jika ingin membuat keputusan.

6) Kos Pengurusan

– Dalam Sdn Bhd, beberapa kos wajib perlu anda berikan komitmen. Iaitu bayaran audit dan setiausaha syarikat. Manakala bagi enterprise tidak muncul kos2 seperti ini.

ย 

ย 


“DAPATKAN ILMU2 BISNES SECARA PERCUMA DARI MENTOR2 USAHAWAN YANG BERPENGALAMAN DARI PELBAGAI BIDANG BISNESS + PERCUMA TEMPLATE PENGURUSAN DUIT BISNES BERNILAI RM97 SEKARANG!” ๐Ÿ‘‡

WEBSITE: ๐Ÿ‘‡

https://geniususahawan.com/

JOIN OUR FACEBOOK GROUP: ๐Ÿ‘‡

https://www.facebook.com/groups/395348818323634

JOIN OUR TELEGRAM GROUP: ๐Ÿ‘‡

https://t.me/geniususahawanadvisory

ย 

.

#GenU

#MaxCashReserveย 

#SeminarGeniusUsahawan

#Ceoflix

#FinacialSwagger

Kenapa perlu fikir untung, selain jualan?

Terdapat 5 sebab saya katakan perniagaan perlu fikir untung dan bukan saja hanya fokuskan pada jualan.

.

1) Jualan bukan tunjukkan kekuatan syarikat dalam perniagaan. Memang ia nampak indah di mata para usahawan. Tapi ianya boleh jadi sia-sia jika tidak kita tak ketahui berapa % untung yang dapat. Malah jadi cerita sembang jika ia rugi.

.

2) Melalui untung kita boleh elak dari masalah tunai tidak cukup. Jika bijak dalam pasti untung adalah dalam bentuk tunai. Ia sebenarnya boleh bantu perniagaan untuk dalam membuat keputusan seperti nak belanja marketing dan beli aset.

.

3) Bagi Sdn Bhd untung yang wujud memang ada cukai yang perlu dibayar. Cuma jangan lupa, untung selepas cukai boleh kita ambil sebagai dividen untuk mereka dalam Sdn Bhd (jika penuhi beberapa syarat). Dividen yang diterima tidak dikenakan cukai pada individu.

.

4) Untung boleh bantu perniagaan dan syarikat, untuk ada peluang dapat pinjaman. Makin kuat untung yang wujud untung, makin kuat peluang untuk ada pinjaman. Majoriti bank akan pandang keuntungan syarikat selama 2 tahun.

.

5) Melalui untung, barulah kita boleh fikirkan mempunyai cash reserve. Seperti saya katakan sebelum ni cash reserve sangat penting, dalam kehidupan peribadi kita pun perlu wang untuk teruskan kehidupan. Begitu juga dalam kehidupan perniagaan, perlu ada tunai untuk teruskan perjalanan perniagaan.

.

Apa-apa pun, tindakan untuk naikkan jualan, jangan lupa fikir bagaimana nak tingkatkan keuntungan.


Semoga Bermanfaat.

 


” DAPATKAN ILMU2 BISNES SECARA PERCUMA DARI MENTOR2 USAHAWAN YANG BERPENGALAMAN DARI PELBAGAI BIDANG BISNESS + PERCUMA TEMPLATE PENGURUSAN DUIT BISNES BERNILAI RM97 SEKARANG!” ?

 

WEBSITE:

https://geniususahawan.com/

JOIN OUR FACEBOOK GROUP: Circle Genius Usahawan

https://www.facebook.com/groups/395348818323634

JOIN OUR TELEGRAM GROUP:

https://t.me/geniususahawanadvisory

 

.

#GenU
#MaxCashReserve
#KonvensyenGeniusUsahawan
#Ceoflix
#FinacialSwagger

PKS DALAM HADAPI ‘NEW NORMAL’

Perkara yang perlu dilakukan oleh PKS dalam menghadapi New Normal

New Normal: Kesan wabak pandemik COVID-19 memaksa semua manusia mengubah rutin normal mereka. Perkara biasa yang sudah menjadi kebiasaan tidak lagi boleh dilakukan.

Kehilangan nyawa, kemerosotan ekonomi, rutin perniagaan tidak dapat dijalankan seperti biasa sehingga ada yang mungkin terpaksa menutup operasi mereka dan juga berlakunya peningkatan kadar pengangguran. Besarnya impak yang dibawa oleh wabak pandemik ini kepada seluruh dunia.

Ini jelas mempengaruhi sebahagian besar perniagaan di Malaysia terutamanya PKS. Setelah hampir 2 bulan virus ini mengganggu kehidupan kita, bagaimana kita harus bertindak balas?

Seperti yang dikatakan oleh banyak pakar, ” Kita perlu bangunkan suatu normal baru yang melibatkan semua individu, organisasi, komuniti ataupun negara ”.

Dalam artikel ini saya membincangkan tentang bagaimana seharusnya PKS bertindak balas terhadap “normal baru” dan apa perkara penting yang perlu dilakukan untuk perniagaan mereka.

Semoga bermanfaat.

….

1. Pengurusan Liquidity

Pengurusan liquidity merupakan perkara utama yang perlu dilakukan oleh perniagaan. Analisis dan perancangan liquidity yang baik akan membantu pihak pengurusan mengenal pasti dan meramal kemungkinan masalah yang mungkin berlaku dan ini boleh mengurangkan risiko masalah tersebut menjadi lebih besar.

Setelah Pakej Rangsangan Ekonomiย  diumumkan oleh kerajaan Malaysia, kebanyakkan PKS telah menggerakkan rancangan krisis mereka dengan merebut sebanyak mungkin bantuan kewangan yang diberikan oleh kerajaan. Dengan Bank Negara Malaysia menurunkan kadar faedah dan kerajaan menawarkan geran dan pinjaman, apakah cara paling berkesan untuk memanfaatkan peluang yang diberi? Apakah strategi yang syarikat boleh lakukan untuk menggerakkan perniagaan mereka yang terkesan akibat krisis wabak pandemik ini.

……

2. Fokus pada Aliran Tunai Semasa Syarikat

Pemilik perniagaan harus fokus pada aliran tunai semasa. Apakah dan berapakah perbelanjaan yang boleh dikurangkan, dipotong ataupun ditangguhkan pembayaran?

Sebagai contoh,sediakan senarai pembekal utama dan bayaran kritikal yang mesti dilakukan untuk memastikan kesinambungan operasi syarikat tidak terganggu. Pada masa yang sama, lihat juga bahagian mana yang boleh menjimatkan perbelanjaan, misalnya, batalkan pesanan jika lihat permintaan telah menurun.

Sekiranya boleh, mereka harus mengenalpasti lebihan modal kerja dan membuat inisiatif untuk menukarkannya menjadi tunai dengan cepat.

……

3. Lihat tenaga kerja syarikat

Pekerja adalah aset terbesar syarikat, dan sekarang ini, pekerja anda mungkin sedang risau dengan pekerjaan dan keselamatan masa depan mereka. Di sini, masalah liquidity yang terjadi menyebabkan banyak syarikat mempertimbangkan pemberhentian pekerja.

Cabaran ekonomi yang dihadapi adalah nyata, dan sebilangan perniagaan tidak dapat mengelak daripada perkara ini terjadi.

Kepimpinan yang bagus dapat menyampaikan dengan jelas dan teratur langkah-langkah yang perlu mereka ambil untuk melindungi semua pihak. Tentukan aktiviti pekerjaan yang kritikal yang masih dapat beroperasi, dan menentukan siapa yang boleh melakukan pekerjaan ini dan pekerja mana dalam seluruh organisasi punyai kemahiran untuk membantu lakukannya.

……

4. Semak ketersediaan rantaian bekalan (Supply Chain)

Pemilik perniagaan perlu menilai secarai realistik ketersediaan rantaian bekalan dan permintaan. Memandangkan ekonomi dunia yang perlahan, tetapi mereka perlu jua membuat rancangan untuk mengaktifkan semula pesanan setelah sekatan pergerakaan ditarik balik dan permintaan mulai meningkat.

……

5. Menganalisis status kewangan perniagaan

Perkara ini merupakan langkah penting untuk bertahan dalam krisis. Tanpa ada bimbingan yang betul, anda mungkin membuat keputusan yang salah. Dapatkan nasihat pakar mengenai status perniagaan anda sekarang.ย 

Tidak perlu malu dan sembunyikan status kewangan anda. Anda mungkin terkejut apabila sedar bahawa beban yang ditanggung berkurangan setelah kongsikan dengan yang pakar.

Mempunyai pasukan pengurusan krisis yang berdedikasi juga membantu mengurangkan beban pemilik perniagaan. Ini mampu meringankan beban minda dan tenaga pemilik perniagaan dan mereka boleh fokus kepada isu-isu penting yang lain.

Ingat, jika pemilik perniagaan hanya memfokuskan diri melawan kebakaran, kebakaran akan mendahului, dan pada waktu itu tidak ada perkara lain yang dapat dilakukan!

……

Mengamati model perniagaan baru tidak akan membahayakan perniagaan anda. Model perniagaan anda sekarang mungkin tidak relevan lagi dengan ‘New Normal’. Mungkin ianya sementara dan mungkin juga ianya kekal.

Ingat, kunci kejayaan adalah persiapan, ketangkasan, data yang tepat dan kesediaan untuk merealisasikan idea yang baik. Sememangnya tidak mudah untuk meninggalkan kebiasaan. Tidak mudah untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran baru atau menggunakan sumber yang tidak biasa, tetapi semua ‘pejuang’ tahu bahawa pesimisme dan ketidakpastian merugikan anda pada saat ini.

Walaupun ancaman datang daripada banyak pihak, dengan kekuatan dan tekad yang ada, kita dapat mencapai matlamat kita. Kombinasi tenaga dan kecerdasanย  serta keseimbangan antara emosi dan akal, etika, keupayaan membuat strategi baru berdasarkan pengalaman, semangat kepimpinan, kesedaran kekuatan yang ada dalam kerja berpasukan adalah fator kritikal untuk kejayaan perniagaan.ย 

—-

Penulisan:

NOR FARHANA,

Account Manager,ย 
AMACC Corporate Services Sdn. Bhd.

 


#GenU
#Business Booster

Untuk info tentang pengurusan bisnes, saya ada didalam

1) Facebook pages
@GenU

2) Telegram
@Genius Usahawan Advisory Channel

#amaccgroup
#LHDN
#cukaisyarikat


Anda memerlukan khidmat nasihat berkenaan hal-hal persyarikatan seperti percukaian, perakaunan,ย  pengurusan sumber manusia dan pengurusan perniagaan? Hubungi AMACC di talian 03-89208081 atau 011-57536685 (Advisory Department) atau emailkan kepada contact@amacc.com.my Lebih mudah isikan maklumat anda di sini. Kami sedia membantu.

PENDAFTARAN KELAS START UP GENIUS

Assalamualaikum dan selamat sejahtera ,

AMACC akan mengadakan kelasย  โ€˜STARTย  UP GENIUSโ€™.ย  Maklumat kelas seperti di bawah :

TAJUK KELAS : START UP GENIUS
TARIKH & HARI : 24 JULAI 2019 ( RABU)
MASA : 9.00 am โ€“ 1.00 pm
TEMPAT : AMACC CORPORATE SERVICES SDN. BHD. ( SEKSYEN 7, BANDAR BARU BANGI, SELANGOR)

TOPIK YANG AKAN DIBINCANGKAN DI DALAM KELAS INI :