Apa yang dimaksudkan dengan “Job Descriptions”?
Keterangan kerja atau lebih dikenali sebagai Job Descriptions ini adalah satu kenyataan bertulis yang menjelaskan tentang tanggungjawab dan tugas bagi sesuatu jawatan yang dipegang.
Keterangan kerja ini haruslah memberi gambaran ringkas tentang peranan pekerjaan. Ia perlu dipastikan selari dengan matlamat dan visi yang ingin dicapai oleh syarikat.
Kenapa pentingnya untuk syarikat menyediakan Job Descriptions ini?
- Sebagai asas dalam pengurusan pekerjaan terutama dalam hal pengambilan dan pemilihan pekerja bagi sesuatu jawatan
– Keterangan kerja yang jelas membantu anda dalam memilih pekerja yang sesuai untuk sesuatu jawatan yang dicari
– Calon juga jelas dan faham tentang tanggungjawab bagi jawatan yang diperlukan
- Dijadikan sebagai penentu dalam penilaian prestasi pekerja
- Menentukan tanggungjawab dan tugas yang harus dipegang oleh pekerja
- Membantu dalam menetapkan gaji yang sesuai bagi sesuatu jawatan dengan melihat kepada tanggungjawab yang dipegang
- Pekerja jelas tentang skop tugas mereka dan lebih fokus dalam menjalankan tanggungjawab kerana mereka tahu tentang apa yang perlu dicapai
Apa yang perlu ada dalam Job Descriptions ini?
- Nama jawatan / Posisi
- Tugas dan tanggungjawab
- Kemahiran yang diperlukan bagi jawatan yang dipegang
- Purata Gaji
- Hierarki jawatan – penerangan mengenai struktur pelaporan (pada siapa perlu lapor)
Sekiranya sesebuah syarikat itu tidak menyediakan Keterangan kerja yang jelas kepada pekerja. Mereka tidak dapat memahami tentang tugas mereka dan tentang apa yang perlu dicapai.
Ketidakfahaman pekerja dengan tugas dan tanggungjawab yang diberi akan membuat mereka berasa kurang motivasi untuk menjalankan kerja. Seterusnya, boleh mengakibatkan penurunan produktiviti syarikat.
Oleh itu, pentingnya Keterangan kerja ini dalam membantu pekerja memahami tugas dan tanggungjawab mereka. Supaya ia seiring dengan usaha untuk mencapai visi syarikat.
Anda memerlukan khidmat nasihat tentang hal-hal persyarikatan seperti percukaian, perakaunan dan payroll, sumber manusia ataupun income tax? Hubungi AMACC di talian 0389208081 atau 011-57536685 (Advisory Department) atau emailkan kepada contact@amacc.com.my Lebih mudah isikan maklumat di sini. Kami sedia membantu
#amacc
#pengurusansumbermanusia