CUKAI KEUNTUNGAN HARTANAH (CKHT)

PENGETAHUAN CUKAI KEUNTUNGAN HARTANAH (CKHT)

Nota penting untuk pelabur dan penjual hartanah.

* 3 perubahan CKHT 2019
* Cara kiraan CKHT
* 3 jenis belanja dibenarkan untuk tolakan kiraan CKHT
* 1 pengecualian yang dibenarkan tolakan kiraan CKHT
* 7 pengecualian 100% dari dikenakan CKHT
* 3 langkah perlu tahu semasa jual (sudut cukai)

Awas! Nota ni panjang sampai tertidur..

….

Ramai pelabur hartanah masih keliru dengan perubahan pada CKHT tahun 2019.

➡️3 PERUBAHAN CKHT 2019

Apakah perbezaan yang anda kena tahu?

?1) Jualan rumah selepas tahun ke 5

Perubahan yang berlaku kadar cukai berubah mengikut kategori, jika individu (warganegara malaysia) 5%
individu (BUKAN warganegara malaysia) -10%
Syarikat – 10%

.
?2) Pengecualian cukai CKHT akan diberi pada individu

? Warganegara Malaysia
? Rumah kos rendah, sederhana yang bernilai harga balasan/harga pelupusan RM200,000 ke bawah.
? Hanya untuk tahun ke lima ke atas

.
?3) Penentuan harga perolehan harta tanah (Bajet 2020)

? Nilai pasaran pada 1 Januari 2013 ditetapkan sebagai harga pemerolehan bagi pelupusan harta tanah sebelum tahun 2013
? Dikuatkuasa bagi pelupusan harta tanah yang dibuat mulai 12 Oktober 2019.
? Pengiraan keuntungan bermula dari harga pasaran pada tahun 2013 ditolak dengan harga jualan semasa
(harga pasaran hartanah tahun 2013 – harga jualan semasa)
.
.
Selain perubahan diatas, anda juga perlu tahu, KIRAAN CKHT bukan hanya jualan semasa tolak jumlah pemerolehan/nilai pasaran semasa.

Ia adalah melalui keuntungan bersih, untuk lebih jelas sila rujuk pada format kiraan dibahagian foto.
.

➡️3 JENIS BELANJA DIBENARKAN SEPERTI DIBAWAH :-

?1) Penambahbaikan atau membaiki kerosakan hartanah

?2) Belanja untuk mempertahankan hak milik hartanah
? Bayaran premium (untuk hartanah pajakan)
? Kos surveyor
? Kos peguam
? Setem duti

?3) Kos sampingan untuk pelupusan hartanah
? Kos pengiklanan jualan hartanah (jika tiada agen hartanah)
? Setem duti
.

➡️PENGECUALIAN YANG DIBENARKAN DALAM KIRAAN CUKAI

? Pengecualian di bawah perenggan 2 Jadual 4

? Hanya boleh dinikmati oleh individu sahaja.

? Pengecualian sebanyak RM10,000 atau 10% daripada keuntungan yang boleh dikenakan cukai, yang mana lebih tinggi,

? Pelupusan semua bahagian aset (di Malaysia) yang dimiliki oleh individu atau

? Jika seseorang individu itu memiliki setengah bahagian tanah dan individu tersebut melupuskan kesemua setengah bahagian itu, maka pelupusan tersebut adalah pelupusan semua bahagian dan layak mendapat pengecualian ini.

? Sekiranya hanya sebahagian aset dilupuskan, formula untuk menentukan jumlah pengecualian bagi bahagian tersebut adalah:

? (A/B)* C

yang mana;
A– keluasan aset yang dilupuskan
B– jumlah keluasan keseluruhan aset
C– RM10,000 atau 10% daripada keuntungan boleh dicukai, yang mana lebih tinggi

(rujukan website LHDN)

➡️7 PENGECUALIAN 100%

Atau kata lain tiada CKHT dikenakan seperti situasi dibawah masih diteruskan seperti biasa. Iaitu

?A) Setiap individu boleh memilih memohon pengecualian CKHT sekali seumur hidup

? Individu warganegara Malaysia
? Mesti rumah kediaman sendiri
? Mestilah buat rayuan melalui LHDN

?B. Penurunan (Devolution) Aset Simati (wasiat)

Penurunan (devolution) aset simati kepada wasi atau penerima sah yang dinyatakan dalam wasiat atau tak berwasiat, atau kepada pemegang amanah bagi amanah yang diwujudkan mengikut wasiat.

?C. Pemindahan Antara Suami Isteri

Pindah milik aset antara suami dan isteri dengan suatu balasan.

?D. Pemindahan Kepada Syarikat Terkawal

? Pindah milik aset yang dipunyai oleh
▪️Seorang individu,
▪️Isterinya,
▪️Individu bersama-sama dengan isterinya, atau
▪️Dengan orang perseorangan yang mempunyai hubungan dengan individu itu atau isterinya;

KEPADA

Sebuah syarikat (sama ada bermastautin atau tidak di Malaysia) yang dikawal oleh individu itu atau oleh isterinya, atau oleh individu bersama-sama dengan isteri atau orang perseorangan yang mempunyai hubungan;


? untuk balasan yang mengandungi semata-mata saham, atau balasan sebahagian besarnya saham (75%) dan bakinya bayaran wang

?E. Hadiah/Pemberian sukarela kepada kerajaan

Hadiah yang dibuat kepada Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri, pihak berkuasa tempatan atau badan khairat yang dikecualikan daripada cukai pendapatan.

?F. Pengambilan Wajib Mengikut Undang-Undang

Pelupusan sesuatu aset disebabkan oleh pemerolehan wajib berdasarkan mana-mana undang-undang.

?G. Pemberian tanpa balasan/ atas kasih sayang

Pelupusan aset dengan cara pemberian.
Pemberian itu adalah antara:
• Suami dan isteri,
• Ibu/bapa dan anak,
• Datuk/nenek dan cucu,
Penerima dianggap memperoleh aset tersebut pada kos pemerolehan yang dibayar oleh pemberi ditambah perbelanjaan dibenarkan yang dilakukan oleh pemberi.

Kata lain:-
Harga jualan = Harga pemerolehan

➡️3 PERKARA SEBELUM ANDA ISTIHAR CUKAI UNTUK JUALAN HARTANAH

1) Anda perlu ketahui anda dibawah kategori cukai CKHT atau Cukai Pendapatan
(sebab kiraan berbeza)

2) Kenalpasti cara kiraan cukai
? Jumlah tahun pemerolehan
? Kadar cukai yang dikenakan
? Pengecualian yang layak

3) Ketahui proses
? Proses hantar borang,
? Cara bayaran dibuat dan
? Jumlah cukai perlu dibayar

Semoga bermanfaat kepada semua.

#AMS


Untuk info tentang pengurusan bisnes, saya ada didalam

1) fb pages
@amsyari shakur

2) telegram
bit.ly/AmsyariShakur

#amaccgroup
#CKHT
#celikcukai


Anda memerlukan khidmat nasihat berkenaan hal-hal persyarikatan seperti percukaian, perakaunan,  pengurusan sumber manusia dan pengurusan perniagaan? Hubungi AMACC di talian 03-89208081 atau 011-57536685 (Advisory Department) atau emailkan kepada contact@amacc.com.my Lebih mudah isikan maklumat anda di sini. Kami sedia membantu.

BELANJA SYARIKAT YANG TIDAK BOLEH KURANGKAN CUKAI

8 Belanja Syarikat Yang Biasa Berlaku, Tapi Tidak Boleh Kurangkan Cukai

Jika anda jalankan perniagaan, sebelum kita berbelanja banyak kepada sesuatu. Pastikan kita ketahui belanja tersebut dibenarkan atau tidak dalam kiraan cukai. Untuk apa?

➡️ Untuk elak anda bayar cukai yang tinggi disebabkan belanja tersebut
➡️ Untuk merancang cukai syarikat anda.

Belanja yang dijangka boleh kurangkan cukai tapi sebenarnya TIDAK BOLEH KURANGKAN CUKAI

Ini diantara perbelanjaan yang dibuat tetapi tidak dapat mengurangkan cukai disebabkan ia dianggap belanja tidak dibenarkan dalam kiraan cukai.

Semoga bermanfaat.

#AMS

….

1) Perbelanjaan renovasi pejabat

Perbelanjaan ini tidak dibenarkan untuk tuntutan sebagai elaun modal/ boleh kurangkan pendapatan boleh cukai kerana ia dianggap sebagai perbelanjaan bersifat modal yang belum hasilkan bisnes.

Dicadangkan, jika anda buat renovasi, pastikan anda pecahkan perbelanjaan tersebut secara terperinci. Sebagai contoh belian penghawa dingin, kipas, lampu. Ini untuk memudahkan anda menuntut elaun modal perbelanjaan aset tersebut.

……

2) Bayaran derma

Bayaran derma kepada badan selain yang dinyatakan didalam Akta Cukai, adalah tidak dibenarkan kerana ia dianggap perbelanjaan yang bukan untuk menjana pendapatan dan membantu bisnes.

Jika anda berminat untuk menderma, dicadangkan supaya anda mencari institusi yang mempunyai kebenaran daripada Jabatan Dasar LHDN sebagai derma yang dibenarkan. Sebagai contoh derma kepada pihak zakat, yayasan dan banyak lagi.

Sila rujuk: Laman Web LHDN (link)

…..

3) Bayaran kelas motivasi

Belanja yang digunakan untuk kelas yang tiada kaitan dengan bisnes, sebenarnya tidak dibenarkan untuk pemilik syarikat.

Dicadangkan, perbelanjaan ini dilakukan bersama pekerja. Ia boleh dibenarkan dan diletakkan sebagai latihan pekerja.

……

4) Caruman EPF untuk pemilik bisnes

Bagi mereka yang menguna entiti bisnes seperti pemilikan tunggal & pekongsian (lebih mudah dikenali sebagai ENTERPRISE), caruman EPF untuk pemilik tidak dibenarkan sebagai belanja untuk kurangkan cukai
● sebab dianggap sebagai belanja untuk simpanan peribadi

Namun ia boleh dituntut pelepasan dalam cukai individu pemilik tersebut.

……

5) Bayaran upah

Bayaran upah tidak dibenarkan cukai jika ia bersifat umum iaitu tiada surat tawaran dan maklumat terperinci tentang penerima. LHDN boleh anggap ia sebagai belanja yang ingin elak cukai.

Dicadangkan, sebarang perbelanjaan ini, ada wujud perjanjian dengan penerima. Dengan terperinci, mengenai tujuan, jumlah upahan dan maklumat penerima.

……..

6) Perbelanjaan beli tender

Bayaran beli tender tidak dibenarkan cukai kerana ia perbelanjaan modal. Ia bukan perbelanjaan yang sudah janakan pendapatan.

Perbelanjaan yang dibenarkan untuk tender hanyalah bayaran sambungan kontrak.

……..

7) Bayaran under table ??? (faham2 sajalah)

Perbelanjaan ni memang sensitif untuk diungkitkan. Masih ada bisnes yang perlu bayaran yang dianggap komisen @ saguhati kepada orang tertentu atas peluang bisnes yang diberi.

● Ciri- ciri yang tidak dapat tolakan untuk kurangkan cukai
a) Tiada nama penerima wang tersebut
b) Bayaran tersebut dibayar semata-mata untuk dapat peluang peniagaan. Sebagai contoh hendak menemui orang penting.
c) Bayaran tersebut dibayar pada mereka yang tidak istiharkan pendapatan yang diterima dalam cukai pendapatan mereka.

……….

8) Bayaran guaman

Bayaran guaman yang digunakan untuk tujuan dibawah adalah tidak dibenarkan untuk tolakan cukai:-
a) bayaran untuk perjanjian dapat pinjaman permulaan
b) bayaran pinjaman untuk jual beli aset atau hartanah
c) Dalam kata mudah semua bayaran guaman untuk transaksi baru adalah tidak dibenarkan.

●Yang dibenarkan hanya:-
a) bayaran guaman untuk sambungan pinjaman
b) bayaran guaman untuk kutipan hutang klien

 


#AMS

Untuk info tentang pengurusan bisnes, saya ada didalam

1) Facebook pages
@amsyari shakur

2) Telegram
bit.ly/AmsyariShakur

#amaccgroup
#LHDN
#cukaisyarikat


Anda memerlukan khidmat nasihat berkenaan hal-hal persyarikatan seperti percukaian, perakaunan,  pengurusan sumber manusia dan pengurusan perniagaan? Hubungi AMACC di talian 03-89208081 atau 011-57536685 (Advisory Department) atau emailkan kepada contact@amacc.com.my Lebih mudah isikan maklumat anda di sini. Kami sedia membantu.

20 PELEPASAN CUKAI INDIVIDU 2019

PELEPASAN CUKAI INDIVIDU 2019

Kini sudah sampai ke penghujung tahun 2019, kepada mereka yang ada kesempatan untuk memaksimumkan pelepasan yang diberi oleh LHDN, baik guna sepenuhnya.

Terdapat 20 pelepasan cukai individu yang boleh diperolehi dan diusahakan oleh mereka yang layak, antaranya ialah

—————————————

1) Individu dan saudara tanggungan –

➡️ TERHAD RM9000
————-

2) Belanja Kepada Ibu Bapa

Perbelanjaan rawatan perubatan, keperluan khas dan penjaga untuk ibu bapa (Keadaan kesihatan perlu disahkan oleh pengamal perubatan) –

➡️ TERHAD RM5000

ATAU (Pilih salah satu)

Ibu dan Bapa
➡️ Terhad 1,500 bagi hanya seorang ibu
➡️ Terhad 1,500 bagi hanya seorang bapa

➡️ TERHAD RM3000

? Jumlah dibahagi sama rata dengan adik beradik yang tuntut untuk pelepasan cukai
? Pastikan anda tahu no kad pengenalan mak ayah
? Pendapatan mak atau ayah tidak melebihi RM24000/orang bagi setahun
? Umur ibu atau bapa melebihi 60 tahun
————-

3) Peralatan Sokongan Asas (untuk individu kurang upaya, suami/isteri, anak atau ibu bapa yang kurang upaya)

➡️ TERHAD RM6000

?Jangan lupa simpan resit
————-

4) Individu Kurang Upaya –

➡️ TAMBAHAN RM6000

? Perlu dapatkan pengesahan sebagai OKU
————-

5) Yuran Pendidikan (Diri Sendiri Saja) :

(i) Peringkat selain Sarjana dan Doktor Falsafah – bidang undang-undang, perakaunan, kewangan Islam, teknikal, vokasional, industri, saintifik atau teknologi;

(ii) Peringkat Sarjana dan Doktor Falsafah – sebarang bidang atau kursus pengajian

➡️ TERHAD -RM7000
————-

6) Perbelanjaan perubatan penyakit yang sukar diubati (untuk individu atau suami/isteri atau anak-anak)

ATAU

Pemeriksaan perubatan penuh (Diri sendiri, suami / isteri atau anak) – ➡️ TERHAD RM500

➡️ TERHAD KESELURUHAN RM6000
————-

7) Gaya Hidup :

(i) Pembelian buku, jurnal, majalah, suratkhabar bercetak dan penerbitan (selain bahan bacaan terlarang) untuk diri sendiri, suami / isteri atau anak;

(ii) Pembelian komputer peribadi, telefon pintar atau tablet untuk diri sendiri, suami / isteri atau anak;

(iii) Pembelian peralatan sukan untuk aktiviti sukan mengikut Akta Pembangunan Sukan 1997 (tidak terpakai bagi jenis basikal bermotor) dan bayaran keahlian gimnasium untuk diri sendiri, suami / isteri atau anak; dan

(iv) Bayaran langganan internet

➡️TERHAD RM2500

? Simpan resit ya
————-

8) Pembelian peralatan penyusuan

➡️TERHAD RM1000
————-

9) Yuran penghantaran anak ke Pusat Asuhan Kanak-Kanak atau Pra-sekolah

➡️TERHAD RM1000
————-

10) Tabungan bersih dalam skim SSPN (Jumlah simpanan dalam tahun 2019 TOLAK jumlah pengeluaran dalam tahun 2019)

➡️TERHAD RM8000
————-

11) Suami/Isteri /Bayaran alimoni kepada bekas isteri (pasangan tidak mempunyai pendapatan atau memilih untuk istihar cukai taksiran Bersama)

➡️TERHAD RM4000
————-

12) Suami/Isteri kurang upaya

➡️TAMBAHAN RM4000
————-

13) Anak di bawah umur 18 tahun

➡️TAMBAHAN RM2000 / seorang
————-

14) Anak yang belum berkahwin dan berumur 18 tahun dan ke atas dan menerima pendidikan sepenuh masa (peringkat A-Level, sijil, matrikulasi, persediaan atau pra-ijazah)

➡️TAMBAHAN RM2000 / seorang
————-

15) Anak yang belum berkahwin dan berumur 18 tahun dan ke atas tertakluk kepada syarat-syarat berikut:

(i) mengikuti kursus di peringkat diploma dan ke atas di institusi pengajian tinggi dalam Malaysia (tidak termasuk kursus matrikulasi/pra-ijazah).

(ii) mengikuti kursus di peringkat ijazah dan ke atas di institusi pengajian tinggi luar Malaysia.

(iii) kursus dan institusi pengajian tinggi diiktiraf oleh pihak berkuasa Kerajaan yang berkaitan.

➡️TAMBAHAN RM8000 / seorang
————-

16) Anak Kurang upaya

➡️TAMBAHAN RM6000 / seorang

DAN

➡️Pelepasan tambahan sebanyak RM8,000 / SEORANG

? bagi anak kurang upaya yang berumur 18 tahun dan ke atas, belum berkahwin dan mengikuti diploma ke atas di dalam Malaysia @ peringkat ijazah ke atas di luar Malaysia dalam kursus dan di IPT yang diiktiraf oleh pihak berkuasa Kerajaan yang berkaitan.
————-

17) Insuran nyawa dan KWSP TERMASUK tidak melalui potongan gaji

➡️TERHAD RM7000 tetapi pecahan terhad seperti dibawah:-

Epf @ KWSP – Terhad RM4000

Insuran nyawa – Terhad RM3000
————-

18) Skim Persaraan Swasta dan Anuiti Tertunda (Deferred Annuity) – berkuatkuasa mulai Tahun Taksiran 2012 hingga tahun taksiran 2021.

➡️TERHAD RM3000
————-

19) Insurans pendidikan dan perubatan TERMASUK tidak melalui potongan gaji

➡️TERHAD RM3000
————-

20) Caruman kepada Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO)

➡️TERHAD RM250
————-

⚠️Rebut peluang ini selagi belum capai 31 Disember 2019


 

#AMS


Untuk info tentang pengurusan bisnes, saya ada didalam

1) Facebook pages
@GenU

2) Telegram
@Genius Usahawan Advisory Channel

3) Instagram
@Genius Usahawan 

 

#amaccgroup
#LHDN
#cukaiindividu


Anda memerlukan khidmat nasihat berkenaan hal-hal persyarikatan seperti percukaian, perakaunan,  pengurusan sumber manusia dan pengurusan perniagaan? Hubungi AMACC di talian 03-89208081 atau 011-57536685 (Advisory Department) atau emailkan kepada contact@amacc.com.my Lebih mudah isikan maklumat anda di sini. Kami sedia membantu.

BELANJAWAN 2020 – CUKAI SYARIKAT

11 perkara bagi kesan pada syarikat untuk cukai dalam belanjawan 2020

—————————————

Untuk belanjawan 2020 yang baru ini, kerajaan ada umum beberapa perkara penting untuk diketahui oleh mereka yang menjalankan perniagaan.

Saya kongsikan 11 perkara penting yang boleh bagi kesan pada industri peniagaan. Untuk tambahan saya juga terangkan kelebihan cadangan belanjawan ini pada syarikat. Saya harap pekongsian ni dapat beri manfaat pada semua.
.

1) Cukai Pendapatan bagi Perusahaan Kecil & Sederhana (SME)

Semasa:
– Kadar semasa 17 % dikenakan keatas pendapatan bercukai sehingga RM 500,000

Cadangan:
-Dalam belanjawan 2020, kadar cukai 17 % bagi SME dinaikkan daripada RM 500,000 kepada RM 600,000

? Syarat :
– Hanya diberikan kepada syarikat yang keuntungan jualannya tidak melebihi RM 50 juta setahun

?Kelebihan ini berikan penjimatan sehingga RM7000 kepada syarikat


2) Elaun Modal keatas Aset bernilai kecil (Small Value Assets)

Semasa:
– Bagi tahun semasa nilai aset yang tidak melebihi RM 1,300 setiap satu boleh dituntut sepenuhnya dengan had yang ditetapkan sebanyak RM 13,000

Cadangan:
– Kadar nilai aset ini telah ditingkatkan kepada RM 2,000 bagi setiap satu dengan had elaun modal yang boleh dituntut sebanyak RM 20,000

?Kelebihannya syarikat dapat gunakan elaun modal yang lebih untuk kurangkan cukai semasa.


3) Potongan cukai keatas sumbangan projek amal dan komuniti

Semasa:
Potongan diberikan keatas perbelanjaan sumbangan berkaitan dengan pendidikan, kesihatan, peningkatan pendapatan golongan miskin, infrastruktur dan ICT

Cadangan:
Potongan ini diperluaskan lagi dengan merangkumi perbelanjaan bagi projek pemeliharaan alam sekitar dan pemuliharaan bangunan warisan yang ditetapkan oleh Jabatan Warisan Negara.

?Kelebihannya syarikat dapat buat lebih banyak projek CSR (Corporate Social Responsibility) dengan lebih banyak pilihan. Seterusnya dapat membantu syarikat buat pemasaran brand/jenama sambil menderma.


4) Penganjuran aktiviti kesenian, kebudayaan, sukan & rekreasi

Cadangan:
Pengecualian cukai pendapatan sebanyak 50% keatas pendapatan berkanun untuk syarikat yang menganjurkan aktiviti seni kebudayaan yang diluluskan dan pertandingan sukan & rekreasi antarabangsa yang diluluskan

?Syarikat dapat buat kurangan cukai untuk anjuran aktiviti yang disebut diatas

?Kelebihan sama seperti derma, syarikat dapat menganjur sambil membuat pemasaran brand

?Tujuannya untuk menggalakkan penganjuran aktiviti bagi menarik pelancong asing sempena Tahun Melawat Malaysia 2020.


5) Penajaan aktiviti kesenian, kebudayaan & warisan negara

Sebelum:
Had potongan cukai diberikan kepada syarikat yang menaja aktiviti kesenian, kebudayaan dan warisan terhad sehingga rm700, 000

Cadangan:
Belanjwan 2020 ia dinaikkan kepada RM 1juta setahun berbanding RM 700,000 sebelum. Dikuat kuasa mulai tahun 2020.

?Syarikat dapat buat kurangan cukai untuk anjuran aktiviti yang disebut diatas

?Kelebihan sama seperti derma, syarikat dapat menganjur sambil membuat pemasaran brand/jenama

?Tujuannya untuk menggalakkan penganjuran aktiviti bagi menarik pelancong asing sempena Tahun Melawat Malaysia 2020


6) Peluasan Skop Program Internship Berstruktur

Potongan dua kali diberi keatas perbelanjaan syarikat yang melaksakan Program Internship Berstruktur

Semasa:
Berbanding sebelum hanya kepada bidang kejuruteraan dan teknologi sahaja.

Cadangan:
Insentif cukai sedia ada untuk program latihan berstruktur diperluaskan untuk merangkumi Ijazah Sarjana Muda, diploma dan peringkat vokasional di SEMUA bidang akademik

– Bagi tahun taksiran 2020 hingga 2021

?Perbelanjaan diatas menjadi kurangan sekali lagi dalam kiraan cukai. Seterusnya membantu Syarikat membuat kurangan cukai

?Dengan perluaskan kepada semua bidang, syarikat dapat menikmati tanpa memilih bidang pelajar tersebut.


7) Lanjutan tempoh bagi syarikat yang menyertai Skim Latihan Dual Nasional

Potongan dua kali diberikan keatas perbelanjaan yang dilakukan oleh syarikat yang menyertai Skim Latihan Dual Nasional dilanjutkan untuk tempoh 2 tahun

Sebelum:
Mulai 1 Januari 2019 hingga 31 Disember 2019

Cadangan:
Mulai 1 Januari 2020 hinggan 31 Disember 2021

?Perbelanjaan diatas menjadi kurangan sekali lagi dalam kiraan cukai. Seterusnya membantu Syarikat dapat buat kurangan cukai

?Ia mengalakkan syarikat untuk membantu kerajaan kurangkan pengangguran.


8) Lanjutan tempoh potongan cukai keatas PTPTN yang dibayar oleh majikan bagi pihak pekerjanya

Potongan cukai bagi majikan yang menjelaskan bayaran balik pinjaman PTPTN bagi pekerjanya dilanjut kepada 2 tahun

Sebelum:
Mulai 1 Januari 2019 hingga 31 Disember 2019

Cadangan:
Mulai 1 Januari 2020 hinggan 31 Disember 2021

?Membantu syarikat untuk hargai pekerja dan salah satu cara untuk kurangkan beban pekerja

?Membantu kerajaan untuk mempunyai simpanan seterusnya untuk pelajar yang akan datang


9) Potongan cukai keatas Yuran Kesetiausahaan & Yuran Pemfailan Cukai

Sebelum:
– Dibenarkan potongan cukai seperti berikut

i. Yuran Kesetiausahaan sehingga RM 5,000
ii. Yuran Pemfailan Cukai sehinggan RM 10,000

Cadangan:
– Had potongan cukai keatas perbelanjaan yuran kesetiausahaan dan yuran pemfailan cukai digabungkan dan dibenarkan sehingga RM15,000 bagi tahun taksiran

?Bagi memberikan fleksibiliti kepada pembayar cukai

?Memberi syarikat tambahan perbelanjaan dibenarkan untuk kurangkan cukai


10) Insentif Cukai Bagi Pelaburan Sektor Elektrikal & Elektronik

Syarikat yang tamat tempoh kelayakan tuntutan Elaun Pelaburan Semula (EPS) diberikan Elaun Cukai Pelaburan Khas (ITA) sebanyak 50% ke atas perbelanjaan modal yang layak

– Layak dilakukan dalam tempoh 5 tahun

?Mengalakkan syarikat eletrik dan eletronik untuk bersaing

?Disamping dapat kelebihan dari cukai


11) Penganjuran Persidangan di Malaysia

Penganjuran dan mempromosi persidangan antarabangsa di dalam malaysia. Akan dapat 100% pengecualian cukai dalam pendapatan berkanun.

?Mengalakkan syarikat untuk menganjur dan mempromosi persidangan antarabangsa

?Dapat tingkatkan pemasaran brand, disamping dapat kelebihan dari cukai


Jika info ini membantu anda dan rakan anda, boleh war-warkan pada sahabat lain. Melalui belanjawan ini, anda boleh rancang cukai dengan baik.

#AMS

Untuk info tentang pengurusan bisnes, saya ada didalam

1) Facebook pages
@amsyari shakur

2) Telegram
https://t.me/joinchat/AAAAAEhDl_LAzTGDwiQCMA

 

#amaccgroup
#belanjawan2020
#cukaisyarikat


Anda memerlukan khidmat nasihat berkenaan hal-hal persyarikatan seperti percukaian, perakaunan,  pengurusan sumber manusia dan pengurusan perniagaan? Hubungi AMACC di talian 0389208081 atau 011-57536685 (Advisory Department) atau emailkan kepada contact@amacc.com.my Lebih mudah isikan maklumat anda di sini. Kami sedia membantu.