PELAN PERNIAGAAN (BUSINESS PLAN)

KEPENTINGAN PELAN PERNIAGAAN (BUSINESS PLAN) KEPADA BISNES ANDA

Dalam artikel sebelum ni, saya ada kongsikan mengenai 10 punca kenapa syarikat anda gulung tikar?

Salah satu puncanya ialah bila anda buat bisnes tapi tak ada perancangan yang jelas berkenaan matlamat, operasi dan strategi. Lemah merancang sampai ‘terlupa’ nak tetapkan matlamat. Akhirnya, bisnes yang dijalankan pun tak kemana. 

Sebab itu, jika kita berniat serius untuk berniaga kita perlu ada dokumen bertulis yang menjelaskan tentang bisnes yang kita buat. Barulah kita tak ‘sesat’.

Dokumen inilah yang dipanggil kertas kerja perniagaan, pelan perniagaan atau Business Plan.

—————————————

Kenapa penting dan perlu ada Business Plan?

  1. Sebagai panduan supaya usahawan dapat capai matlamat yang diinginkan.
  2. Bantu usahawan kekal fokus dengan objektif yang telah ditetapkan.
  3. Sebagai dokumen sokongan yang penting untuk dapatkan dana atau pelaburan dalam perniagaan.
  4. Dari Business Plan ini jugalah anda dapat lihat dan jelas dengan bisnes yang anda buat. Sama ada mampu berkembang dan berdaya saing dalam industri yang anda ceburi atau tidak.

Nampak saja mudah, tetapi inilah langkah pertama yang anda tak boleh abaikan. Jatuh hukum wajib buat jika anda mahu berjaya.

.

Siapa yang memerlukan Business Plan?

Ada 4 golongan yang memerlukan Business Plan.

  1. Usahawan
  • Menetapkan fokus kepada matlamat dan objektif yang ingin dicapai. Usahawan perlu lebih faham bisnes mereka berbanding orang lain. Mereka perlu tahu bila masa yang sesuai untuk capai apa yang dirancang dalam bisnes.
  1. Pelabur
  • Menilai prestasi sesebuah bisnes sebelum membuat keputusan untuk melabur ke dalam bisnes tersebut. Pelabur akan menilai sekiranya bisnes tersebut mampu untuk berkembang lebih jauh dan mendatangkan keuntungan.
  1. Institusi kewangan
  • Menilai kekuatan bisnes dari segi operasi, pengurusan dan kewangan dalam membayar balik pinjaman atau dana yang diperlukan oleh usahawan
  1. Kakitangan syarikat
  • Kakitangan syarikat perlu fahami matlamat dan objektif utama syarikat untuk bersama-sama membangunkan bisnes dan bergerak seiring dengan apa yang pemilik mahukan. Mereka perlu tahu apa matlamat, tujuan dan peranan dan tanggungjawab mereka.

Sebab itu pentingnya Business Plan diurus dan disediakan dengan lebih bersistematik supaya setiap orang yang terlibat faham kenapa ia wujud.

Tak ada lah nanti anda ‘berjalan’ tanpa tujuan.

Ingat! Dokumenkan apa yang anda mahu capai supaya pemikiran dan idea lebih jelas.

 

business plan

Info berkaitan: Tip Menulis Rancangan Perniagaan


Untuk info tentang pengurusan bisnes, saya ada didalam

1) fb pages
@amsyari shakur

2) telegram
http://bit.ly/AmsyariShakur

 

#celikbisness
#amaccgroup
#AMS


Anda memerlukan khidmat nasihat berkenaan hal-hal persyarikatan seperti percukaian, perakaunan,  pengurusan sumber manusia dan pengurusan perniagaan? Hubungi AMACC di talian 03-89208081 atau 011-57536685 (Advisory Department) atau emailkan kepada contact@amacc.com.my Lebih mudah isikan maklumat anda di sini. Kami sedia membantu.

PUNCA BISNES GULUNG TIKAR

10 Punca Bisnes Anda Gulung Tikar

Mereka yang memulakan perniagaan, kemudian gulung tikar disebabkan banyak perkara.

Begitulah dunia perniagaan. Ada bermacam-macam masalah, tetapi jika tak diselesaikan dari awal ia akan jadi masalah yang lebih besar di kemudian hari.

Penat-penat anda berniaga akhirnya terpaksa tutup syarikat!

Hari ni saya nak kongsikan 10 punca yang membuatkan bisnes anda gulung tikar

—————————————

1. Tiada matlamat / objektif

Objektif bertujuan untuk menetapkan hala tuju sesebuah syarikat dan bagi memastikan fokus utama syarikat tidak tersasar. Ini adalah perkara paling asas yang perlu ada sebelum memulakan apa-apa bisnes. Tanpa matlamat yang jelas, anda tidak akan bersemangat dan tiada motivasi untuk terus berkembang maju. 

.
2. Mengabaikan pelanggan

Perlu diingat pelanggan adalah aset besar bagi setiap perniagaan. Sesebuah perniagaan tidak mungkin mendapat keuntungan tanpa adanya pelanggan. Tanpa pelanggan bisnes yang dijalankan tidak dapat beroperasi. Kekuatan sesebuah perniagaan bukan bergantung kepada kekuatan produk atau servis semata-mata, tetapi hubungan antara syarikat dengan pelanggan juga penting. 

.
3. Tiada sasaran jualan

Sebagai usahawan anda perlu tetapkan sasaran jualan bagi bagi tempoh tertentu seperti jualan mingguan, bulanan atau suku tahunan. Pada masa sama tetapkan strategi untuk capai target jualan. Apabila jualan syarikat dibuat sambil lewa tanpa ada sasaran yang jelas, bisnes anda sukar untuk bergerak kehadapan untuk dapatkan keuntungan.

.
4. Gagal tetapkan prioriti

Terlalu banyak perancangan yang dibuat juga mendatangkan kekeliruan. Dalam setiap urusan perniagaan perlu ada prioriti, kena tahu perkara apa yang perlu diutamakan dan yang perlu didahulukan. Perlu rancang agar tenaga dan masa tidak habis sia-sia untuk perkara yang tidak menguntungkan. 

.
5. Buat sesuatu di luar bidang, kemahiran atau kepakaran

Tanpa kemahiran dan pengetahuan yang sesuai, perniagaan boleh menghadapi risiko kegagalan kerana pengurusan dan operasi perniagaan tidak dapat dikawal dengan baik.

.
6. Lemah urus kewangan

Tiada rekod duit keluar masuk, dokumen perbelanjaan tidak disimpan dengan baik, tiada bajet yang dibuat untuk operasi syarikat, dan mencampurkan urusan peribadi dengan bisnes. Ini antara masalah yang sering berlaku di luar sana. Semakin besar perniagaan anda semakin dalam ilmu yang perlu ada tahu bagaimana untuk menguruskan kewangan secara sistematik.

.
7. Penyelewengan

Inilah masalahnya apabila segala aset syarikat dianggap milik peribadi. Anda membelanjakan duit syarikat untuk kegunaan peribadi. Tidak ada amalan atau konsep pengasingan antara pemilik dan syarikat. Ini belum lagi isu penyelewengan oleh pekerja dalam urusan jualan.

.
8. Tiada pembaharuan dalam produk

Tiada pembaharuan atau sangat minima membuat R&D pada produk dikeluarkan bahkan tidak mengikut trend sesuai dengan kehendak pelanggan antara punca permintaan terhadap produk anda menurun.

.
9. Perbelanjaan overhead yang tinggi

Usahawan perlu bijak dalam meminimakan kos overhead yang dikeluarkan. Perbelanjaan overhead seperti penggunaan air, elekrik, gaji pekerja, sewa premis, bil internet dan telefon antara punca keuntungan syarikat merosot.

.
10. Modal pusingan tidak cukup

Ini antara faktor terbesar yang boleh mengakibatkan kegagalan sesebuah perniagaan. Apabila hasil jualan tidak memberangsangkan dan tiada pulangan modal dalam jangka masa yang ditetapkan.

.

Semoga bermanfaat kepada semua.

#AMS


Untuk info tentang pengurusan bisnes, saya ada didalam

1) fb pages
@amsyari shakur

2) telegram
http://bit.ly/AmsyariShakur

 

#celikbisness
#amaccgroup
#AMS


Anda memerlukan khidmat nasihat berkenaan hal-hal persyarikatan seperti percukaian, perakaunan,  pengurusan sumber manusia dan pengurusan perniagaan? Hubungi AMACC di talian 03-89208081 atau 011-57536685 (Advisory Department) atau emailkan kepada contact@amacc.com.my Lebih mudah isikan maklumat anda di sini. Kami sedia membantu.