ENTERPRISE DAN CUKAI

TANGGAPAN SALAH PEMILIK ENTERPRISE TENTANG CUKAI

Enterprise dan cukai: Tanggapan salah yang sering bermain di fikiran pemilik enterprise tentang cukai. 

Seringkali pemilik perniagaan enterprise beranggapan bahawa cukai tidak penting bagi mereka. Di bawah ini saya nyatakan beberapa tanggapan yang salah tentang cukai:

.

1. “Perniagaan saya baru lagi , rugi pulak tu tak payah lah hantar borang cukai”

Seperti yang anda semua sedia maklum, pemilik perniagaan enterprise perlu menghantar borang B kepada LHDN untuk melaporkan pendapatan setiap tahun. Terdapat segelintir pemilik perniagaan enterprise beranggapan bahawa jika mereka baru memulakan perniagaan dan perniagaan tersebut rugi, mereka tak perlu hantar Borang B. Tanggapan ini sememangnya salah kerana  Borang B ini ‘wajib’ dihantar oleh semua pemilik perniagaan enterprise tak kisah sama ada rugi, untung ataupun baru memulakan perniagaan. 

Jika perniagaan anda rugi sekarang ianya sebenarnya boleh di bawa ke tahun hadapan dan tolak dengan untung tahun hadapan, kalau anda tak hantar borang ini  sebenarnya merugikan diri anda sendiri. Selain itu, jika anda tidak hantar borang ini penalti juga akan dikenakan kerana anda tak melaporkan dengan betul jumlah pendapatan.

.

2. “ Tak nak saya daftar dengan LHDN nanti mesti kena bayar cukai”

Tanggapan ini ternyata salah, tak semestinya anda mendaftar LHDN anda perlu membayar cukai. Mendaftar dengan LHDN ini ialah sebenarnya tanggungjawab kita sebagai pemilik  perniagaan di Malaysia walaupun ramai yang tak setuju dengan kenyataan ini tapi itula realitinya. Kiraan cukai  sebenarnya tak sama dengan kiraan untung rugi  syarikat.

Mungkin anda tidak akan dikenakan cukai langsung kerana sudah tolak segala pelepasan yang di beri oleh LHDN. Terdapat banyak pelepasan yang diberi dimana anda boleh menggunakan pelepasan tersebut se maksima mungkin. Untuk lebih lanjut anda boleh rujuk dengan ejen cukai anda tentang pelepasan-pelepasan yang wujud.

.

3. “ Saya dah bayar zakat, buat apa nak bayar cukai lagi”

Zakat ialah undang- undang islam , manakala cukai ialah undang- undang dalam Negara. Ternyata ini adalah dua benda yang berbeza. Tapi jika anda membayar zakat perniagaan sebenarnya ini akan membantu dengan mengurangkan jumlah cukai yang akan dibayar tapi perlu menghantar  borang terlebih dahulu.

Banyak mana pun anda bayar zakat, tetapi tak bayar cukai anda masih akan dikenakan penalti terhadap kesalahan tersebut. Jadi, lagi bagus jika anda mengambil langkah selamat dengan membuat  kedua- duanya iaitu bayar zakat dan bayar cukai.


Semoga bermanfaat.


—-

Penulisan:

NUR HIDAYAH,

Account Executive , 
AMACC Corporate Services Sdn. Bhd.


#GenU
#cukai
#BizMap

 

Untuk info tentang pengurusan bisnes, saya ada didalam

1) Facebook pages
@GenU

2) Telegram
@Genius Usahawan Advisory Channel

 

#amaccgroup


Anda memerlukan khidmat nasihat berkenaan hal-hal persyarikatan seperti percukaian, perakaunan,  pengurusan sumber manusia dan pengurusan perniagaan? Hubungi AMACC di talian 03-89208081 atau 011-57536685 (Advisory Department) atau emailkan kepada contact@amacc.com.my Lebih mudah isikan maklumat anda di sini. Kami sedia membantu.