amaccc default posting

Manfaat Berupa Barangan Kepada Staff – Contohnya..

Manfaat berupa barangan merupakan manfaat yang majikan berikan pada pekerja berhubung dengan pekerjaan mereka. Sebarang manfaat yang diterima oleh pekerja adalah dikenakan cukai sebagai sebahagian daripada pendapatan kasar mereka.

Contohnya, sebuah kereta syarikat diberikan kepada pekerja untuk kegunaan peribadi, ini akan menjadi manfaat yang dikenakan cukai ke atas pekerja tersebut.

Manfaat ini tidak boleh ditukarkan kepada wang, walaupun mempunyai nilai wang. Ini bermaksud, apabila manfaat itu diberikan kepada pekerja tersebut, ianya tak boleh dijual, diserah hak atau ditukarkan dengan wang tunai.

Antara contoh manfaat berupa barangan ini antaranya:

i)      Kereta

ii)     Kelengkapan rumah – perabot, aircond

iii)    Kelengkapan dapur

iv)    Hiburan dan rekreasi – Piano, TV

v)      Manfaat atau pemberian telefon talian tetap, telefon bimbit, alat kelui dan PDA (didaftarkan atas nama majikan)

Semua Manfaat berupa barangan yang diterima oleh pekerja akan dikenakan cukai.

Majikan perlu jelas tentang pengiraan setiap manfaat yang diberikan dan perlu melaporkannya dalam Penyata Tahunan Saraan Pekerja (Borang EA atau EC) dan Borang E untuk Majikan.

Bagi pekerja pula, anda dikehendaki melaporkan pendapatan yang diterima termasuk semua jumlaH MBB dalam Borang B / BE masing-masing.

Makluman penting, majikan hendaklah simpan semua rekod dan resit berhubung dengan segala tuntutan bagi perbelanjaan yang dilakukan ke atas pekerja. Rekod dan resit ini hendaklah disimpan selama tujuh (7) tahun.

Pekerja juga dikehendaki menyimpan dokumen berhubung dengan segala penerimaan berkaitan dengan pendapatan penggajian termasuk MBB.

—-

Manfaat yang dikecualikan daripada Cukai;

Terdapat beberapa manfaat yang diterima oleh pekerja yang DIKECUALIKAN daripada dikenakan cukai, antaranya:

1.    Manfaat pergigian

2.    Manfaat penjagaan anak. – Pusat jagaan kanak-kanak yang disediakan oleh majikan untuk anak-anak pekerja

3.    Makan dan minum yang diberikan secara percuma

4.    Khidmat pengangkutan percuma yang disediakan di antara rumah/“pick-up point” dan tempat kerja (pergi dan balik)

5.    Premium insurans wajib bagi pekerja asing bagi menggantikan sumbangan PERKESO

6.    Premium insurans berkelompok bagi melindungi pekerja sekiranya berlaku kemalangan

7.    Cuti semasa bekerja: tertakluk kepada pekerja dan ahli keluarga terdekat saja

i) Dalam Malaysia – tak lebih 3 kali setahun

ii) Luar negara – tak lebih dari sekali setahun dan terhad kepada RM3,000

8.    Manfaat yang digunakan oleh pekerja semata-mata untuk menjalankan tugas-tugasnya.

9.    Diskaun bagi produk majikan yang boleh digunakan atau perkhidmatan yang disediakan oleh majikan (bersyarat)

10.  Manfaat dan bil bulanan telefon talian tetap, telefon bimbit dan langganan jalur lebar (bersyarat)

11.  Manfaat rawatan perubatan

12.  Manfaat petrol (bersyarat)

—-

Walaubagaimanapun, pengecualian ini tak terpakai jika pekerja yang menerima MBB daripada majikan mempunyai kawalan ke atas majikannya.

Maksudnya disini, pekerja yang menerima MBB ini adalah pemilik, pekongsi, atau pemegang saham bagi syarikat/perniagaan tersebut.

 

Semoga bermafaat.

 


“DAPATKAN ILMU2 BISNES SECARA PERCUMA DARI MENTOR2 USAHAWAN YANG BERPENGALAMAN DARI PELBAGAI BIDANG BISNESS + PERCUMA TEMPLATE PENGURUSAN DUIT BISNES BERNILAI RM97 SEKARANG!” ?

WEBSITE: 

https://geniususahawan.com/

JOIN OUR FACEBOOK GROUP: 

https://www.facebook.com/groups/395348818323634

JOIN OUR TELEGRAM GROUP: 

https://t.me/geniususahawanadvisory

 

.

#GenU

#MaxCashReserve 

#SeminarGeniusUsahawan

#Ceoflix

#FinacialSwagger

amaccc default posting

Jualan Tinggi, Belanja Pun Naik?

Sangat penting untuk kita tahu, bila ada jualan naik, akan ada beberapa perbelanjaan turut sama naik. Kenapa ini berlaku?

Saya letakkan formula Double SPM, untuk terangkan sebab perbelanjaan ini naik.

Antara sebab yang menjadikan ia bertambah adalah:-

1) Sources / Sumber

Bila ada permintaan yang tinggi pada jualan, maka akan ada beberapa pertambahan pada sumber sedia ada. Antaranya pertambahan pekerja, komputer atau kenderaan. Bila ada tambahan sumber ini, akan sebabkan beberapa pertambahan perbelanjaan. Contohnya seperti pertambahan belanja bagi EPF, SOCSO dan overtime jika berlaku pertambahan pekerja. Untuk pembelian komputer, ianya akan melibatkan tambahan servis dan selenggara.

2) Places / tempat

Bila produk bertambah banyak, tempat penyimpanan produk pun perlu dibesarkan. Maka disini akan wujudnya pertambahan perbelanjaan untuk besarkan tempat penyimpanan tersebut. Bagi mereka yang menjalankan servis, kemungkinan perlukan pertambahan pekerja. Maka tambahan pekerja ini memerlukan ruang kerja yang besar. Jadi perubahan atau renovasi perlu dibuat.

3) Maintenances and repair

Bila dah ada penggunaan mesin dalam menghasilkan produk, perbelanjaan repair atau selanggara akan berlaku. Perkara ini tidak dapat dielakkan dan akan ada terutamanya bila mesin telah digunakan melebihi apa yang biasa.

4) Stock

Apabila ada tawaran atau promosi produk, permintaan bagi produk keluaran akan meningkat. Dalam masa yang sama, kebanyakkan pemilik produk menggunakan sistem agen untuk buat jualan / tingkatkan jualan. Jadi disini akan wujudnya penambahan perbelanjaan stok dimana syarikat akan meningkat pembelian stok untuk menampung peningkatan permintaan.

5) Personal needs

Bila jualan semakin tinggi dan produk semakin dikenali, pemilik syarikat akan ada keinginan untuk meningkatkan kualiti diri. Maka disini, mereka mula tingkatkan gaji, elaun dan bonus untuk diri sendiri. Malah tak dinafikan mereka juga ingin mengubah kenderaan dan tempat tinggal yang lebih baik sesuai dengan taraf sosial mereka.

6) Marketing

Bila ada stok yang banyak, maka peranan marketing sangat penting untuk memastikan semua stok tersebut terjual. Jadi disini mereka mula berbelanja untuk marketing seperti FBads, IG ads, billboard atau sponsor.

—-

Banyak sebenarnya perkara yang boleh menyebabkan perbelanjaan syarikat bertambah bila jualan semakin meningkat. Semuanya ini bergantung pada nature of business sesuatu syarikat tu.

Semoga bermanfaat.

—–

 

“DAPATKAN ILMU2 BISNES SECARA PERCUMA DARI MENTOR2 USAHAWAN YANG BERPENGALAMAN DARI PELBAGAI BIDANG BISNESS + PERCUMA TEMPLATE PENGURUSAN DUIT BISNES BERNILAI RM97 SEKARANG!” ?

WEBSITE: ?

https://geniususahawan.com/

JOIN OUR FACEBOOK GROUP: ?

https://www.facebook.com/groups/395348818323634

JOIN OUR TELEGRAM GROUP: ?

https://t.me/geniususahawanadvisory

 

.

#GenU

#MaxCashReserve

#SeminarGeniusUsahawan

#Ceoflix

#FinacialSwagger

Nak Ada Cash Reserve?

Nak cash reserve power ada 5 benda pantang jangan kau langgar 3 tahun pertama bisnes kau,

1. Jangan beli keta besau

2. Jangan beli ghumah besau

3. Jangan tayang-tayang kekayaan kau

4. Jangan rompak syarikat kau

5. Jangan campur kau dengan company

 

Kenapa ?

Meh aku citer…

1) 3 tahun pertama, bisnes baru nak mula kearah mempunyai kekuatan tunai. Maka sebaiknya 3 tahun pertama, bina lah kekuatan cash reserve sekurang-kurangnya 6 bulan belanja operasi dan admin. Barulah seronok nak plan nak beli semua beshau

2) Beli kenderaan yang tiada kaitan dengan bisnes bukan boleh kurangkan cukai sepeuhnya. Dah lah baru nak berbisnes yang ada kekuatan tunai. Sibuklak nak tambah lagi beban dengan cukai tinggi

3) Sibuk apa nak tayangkan kekayaan kat facebook, instagram. Sampai lupa ada mata yang jeles atau nak tahu siapa lah orang kaya ni.

So jangan lah sibuk nak kata, kenapa mereka cari anda. Sebab anda pun dah sibuk nak dedahkan. Maka kurang lah lagi duit jika terpaksa bayar kompaun dan yang terkurang lapor. Selalunya cukai lah..

4) Kenalah pandai jaga pengurusan kewangan peribadi gak. Tidak kira dah berduit atau tidak berduit, jika tak pandai uruskan memang tak akan pernah cukup.

Bila tak cukup mulalah menjeling kat akaun bank bisnes. Ni duit semua aku yang punya. Maka mulalah anda digelar perompak duit syarikat.

5) Elakkan semua perbelanjaan peribadi nak masuk dalam syarikat. Kononnya buat macam ni boleh kurangkan cukai. Kena lah bijak sikit.

3 tahun pertama baru nak bina duit. dah sibuk fikir nak kurangkan cukai. Dari fikir nak kurangkan cukai. Fikirkan nak ada duit reserve untuk boleh maximise lagi perbelanjaan akan datang atau simpan untuk ada pelaburan. Betul.. kurangkan cukai tu tak salah, tapi bukan larikan cukai.. harap semua faham ya…

Semoga Bermanfaat.

 

.

” DAPATKAN ILMU2 BISNES SECARA PERCUMA DARI MENTOR2 USAHAWAN YANG BERPENGALAMAN DARI PELBAGAI BIDANG BISNESS + PERCUMA TEMPLATE PENGURUSAN DUIT BISNES BERNILAI RM97 SEKARANG!” ?

 

WEBSITE:

https://geniususahawan.com/

 

JOIN OUR FACEBOOK GROUP: Circle Genius Usahawan

https://www.facebook.com/groups/395348818323634

 

JOIN OUR TELEGRAM GROUP:

https://t.me/geniususahawanadvisory

 

.

#GenU

#MaxCashReserve 

#KonvensyenGeniusUsahawan

#Ceoflix

#FinacialSwagger

DIVIDEN SYARIKAT

Apa itu Dividen Syarikat?

Merupakan pengagihan keuntungan syarikat kepada pemegang saham berdasarkan peratusan saham yang dimilikinya. Jumlah yang akan diterima pemegang saham tertakluk kepada jumlah saham yang dimiliki di dalam syarikat tersebut.

Dividen diagihkan melalui 3 cara iaitu:

  • Tunai – Dibayar dalam bentuk wang 
  • Saham – Dibayar dalam bentuk saham tambahan 
  • Asset – Dibayar dalam bentuk asset (Dividen ini jarang dilakukan)


Syarat pengagihan:

  • Dibayar kepada pemegang saham jika syarikat mempunyai keuntungan sahaja.
  • Pengagihan dividen tersebut dibenarkan oleh pengarah syarikat.
  • Syarikat mestilah solven selepas pengagihan dividen dibuat. Solven bermaksud syarikat berupaya untuk membayar hutang 12 bulan selepas pengagihan dividen dibuat.
  • Boleh dibuat bila-bila masa sahaja mengikut apa- apa jumlah yang telah dipersetujui oleh pengarah syarikat.
  • Semua dividen wajib diisytiharkan kepada Bursa Malaysia
  • Dividen dibayar selepas ditolak jumlah cukai syarikat


Bilakah Dividen Perlu Diagihkan?

  • 2 kali atau 3 kali (setahun) bergantung kepada syarikat.
  • 3 jenis tempoh pengagihan:
    • Dividen interim

Diisytihar untuk satu jangka masa yang pendek iaitu 3 atau 6 bulan, dibayar dalam tempoh perakaunan semasa, dibuat berdasarkan prestasi keuntungan syarikat sebelum tempoh perakaunan berakhir.

    • Dividen akhir

Diisytihar selepas penyedian penyata kewangan syarikat (12 bulan), pembayaran dibuat selepas tempoh perakaunan semasa, biasanya nilai dividen lebih tinggi berbanding interim.

    • Special/Extra dividen

Dibayar secara tiba-tiba oleh syarikat, diisytihar apabila syarikat mencatatkan keuntungan luar biasa.

 

Cara Pengiraan 

Formula: Unit Saham yang dipegang (Unit) X Nilai Dividen (RM/per saham)

Contoh: Unit yang dipegang = 200 unit, Nilai dividen (RM) = RM 0.20
Jawapan: 200 unit x RM 0.20 = RM 40

Jumlah dividen yang akan diterima pemegang saham tersebut ialah sebanyak RM 40.

 

Kelebihan Membayar Dividen

  • Menunjukkan kestabilan sesebuah syarikat. Syarikat yang berupaya membayar dividen lebih kerap amat disukai oleh pelabur kerana menunjukkan prestasi syarikat tersebut.
  • Dapat menarik ramai pelabur
  • Berkongsi rezeki yang diterima dengan pelabur
  • Menjalinkan hubungan baik antara pelabur dan syarikat.

Nak tahu lagi banyak info bisnes, follow dan join saya di

1) fb pages
@amsyari shakur

2) telegram
http://bit.ly/AmsyariShakur

 

#AMS


Anda memerlukan khidmat nasihat tentang hal-hal persyarikatan seperti percukaian, perakaunan dan payroll, sumber manusia ataupun income tax? Hubungi AMACC di talian 0389208081 atau emailkan kepada contact@amacc.com.my Lebih mudah isikan maklumat di sini. Kami sedia membantu.

#amacc
#pengurusansyarikat